Monday 23 October 2023

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU 30

 Hari        : Isnin

Tarikh    : 23 Oktober 2023

Masa     : 7.30 – 8.00 pagi

Tempat : Dewan Terbuka SK Desa Pinggiran Putra

 

SENARAI GURU BERTUGAS

1. Nur Hanani binti Ramlan

2. Nurhafiza binti Mohamad Ramdzan

3. Nurul Huda binti Wan abdullah

4. Mohammad Soleh bin Adnan

5. Siti Amalina binti Mazni

6. Siti Masra binti Abdul Kadir

7. Nur Hazwani binti Mat Zaki



Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, Sekolah dan bacaan ikrar oleh Ustazah Hanani.




HADIAH KECERIAAN KELAS- MINGGUAN

1. 6 Berlian

2. 6 Delima

3. 5 Barium




LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS OLEH PN. WAN MALAIKAH

1. Kehadiran - Datang lambat jangan dijadikan amalan. Pastikan hadir sebelum 7.20 pagi setiap hari. 
2. Budaya memberi salam kepada guru.
3. Jaga tingkah laku. Elak bermain bola di dewan terbuka.


PENYAMPAIAN HADIAH JOHAN PIDATO MBMMBI PERINGKAT NEGERI SELANGOR.
  Pada bulan Julai, seorang Murid, Nurul Izzah binti Roslan dari kelas 5 Platinum telah mendapat johan dalam pertandingan pidato mewakili sekolah dalam pertandingan pidato sekolah-sekolah daerah Sepang. Nurul Izzah telah mewakili daerah Sepang dalam pertandingan pidato negeri Selangor pada 25 September 2023. Beliau sekali lagi telah mengharumkan nama sekolah kerana telah berjaya merangkul johan peringkat negeri Selangor. Tahniah diucapkan. 


Ucapan Pentadbir Penolong Kanan Kurikulum, Pn. Maznah.

1. Kehadiran ke sekolah. Murid perlu patuh peraturan sekolah. Hadir sebelum 7.20 pagi.
2. Amalkan budaya sapa dan salam. Tunduk dan beri salam. 
3. Bermain hanyalah di kawasan bermain. Secara spesifik di padang sekolah. Bukan di kawasan yang tidak sesuai dan bahaya. 
4. Amalkan budaya cintakan kebersihan. Buang sampah ke dalam tong sampah.



Sekian Terima Kasih


Monday 16 October 2023

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU 27

 Hari        : Isnin

Tarikh    : 16 Oktober 2023

Masa     : 7.30 – 8.00 pagi

Tempat : Dataran Perhimpunan SK Desa Pinggiran Putra

 

SENARAI GURU BERTUGAS

  1. SURYANA BINTI SHUIB (KETUA)
  2. NURUL HUDA HANANI BINTI AB GHANI
  3. SYAHRIHA BT RAMAN
  4. WAN MALAIKAH BINTI WAN ASHA'ARI
  5. MOHD MUSLIHUDDIN BIN MOHD NOOR
  6. SITI NUR AIN BINTI ABDUL RAHMAN



Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, Sekolah dan bacaan ikrar oleh Ustazah Suryana.





LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS.

1. Kehadiran - Datang lambat jangan dijadikan amalan
2. Kebersihan & Keselamatan
    - kebersihan di kantin perlu dijaga
    - keceriaan kelas : kelas perlu dibersihkan setiap hari


PENYAMPAIAN SIJIL PERTANDINGAN PIDATO PIALA PENGARAH
IPG PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN
  Pada 12 Oktober 2023, seorang murid kita telah layak ke pusingan akhir Pertandingan Pidato Piala Pengarah IPG Pendidikan Islam peringkat Kebangsaan dan telah berjaya mendapat tempat keenam. Beliau merupakan SHARIFAH NAYLI TIHANI BINTI SYED IKLIS.


                                                

Ucapan Pentadbir Penolong Kanan PPKI

1. Menceritakan temasya olimpik rimba antara Arnab dan kura-kura.
     - Pengajaran dari kisah ini: Datang sekolah mesti fokus belajar dlm kelas supaya tidak 
       ketinggalan. Murid mesti sentiasa memberi tumpuan semasa guru mengajar.
2. Tahniah diucapkan kepada murid yang berpakaian Unit beruniform dengan lengkap. 
3. Mohon ambil perhatian apa yang disampaikan oleh guru bertugas.

Sekian Terima Kasih

Adik Abdul Somad dari kelas 6 Delima mewakili kelas beliau
bagi menerima hadiah kelas paling ceria untuk minggu ke 27

Monday 2 October 2023

 

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU 26

 Hari        : Isnin

Tarikh    : 2 Oktober 2023

Masa     : 7.30 – 8.00 pagi

Tempat : Dataran Perhimpunan SK Desa Pinggiran Putra.

 

SENARAI GURU BERTUGAS

  1. FAZIRA BINTI ISMAIL (KETUA)
  2. TENGKU FAIRUS BINTI RAJA HASAN
  3. ATIRAH BINTI MUSTAFA
  4. NURUL HANAN BINTI HUSSIN
  5. SASHI KUMAR A/L VARATHARAJOO
  6. NAFSAH BINTI KASSIM
  7. AMIR FIRDAUS BIN ABDULLAH SANI

Guru bertugas minggu ke 26


LAPORAN PERHIMPUNAN


Bacaan ikrar daripada Cikgu Fazira


1.     Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, Sekolah dan bacaan ikrar oleh Cikgu Fazira.

Laporan guru bertugas minggu lepas- Ustazah Norhayati binti Miswan.

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS.


1. Disiplin ketika berjalan dari Kelas ke bilik khas. Murid dinasihatkan supaya jangan berlari-lari.

2. Memakai kasut ketika keluar dari bilik khas sebelum masuk ke kelas kerana kebanyakkan murid berkaki ayam dan hanya memegang kasut ditangan.Keadaan ini tidak menjamin kebersihan diri murid-murid.

3. Memakai pakaian sukan yang sesuai. Murid perempuan tidak dibenarkan memakai seluar selain dari seluar tracksuit.

En. Zairi Penolong Kanan HEM menyampaikan ucapan.

                                                
Ucapan Pentadbir HEM

1. Bila Lagu dinyanyikan murid yang datang lambat perlu berhenti. Jangan berjalan bagi menghormati lagu Kebangsaan.

2. Murid perlu memakai pakaian sukan dengan kemas dan hanya dibenarkan memakai seluar trackshuit sahaja.

3. Sekolah menggalakkan murid-murid untuk tidak terlibat dengan buli dan juga menjaga akhlak yang baik.

4. Sekolah akan menghargai murid-murid yang sentiasa menjaga sahsiah dan akhlak yg baik. Hadiah akan diberi kepada murid yang terbaik yang berupa basikal dan wang tunai RM50 kepada murid yg mendapat tempat kedua terbaik dan tempat ke 3 akan mendapat alatan persekolah.

Antara hadiah-hadiah yang disediakan.
                                     

5. Pihak HEM juga akan memberi hadiah kepada murid yang sentiasa hadir penuh ke sekolah.

6. Program minyak masak yang tidak digunakan boleh dibawa ke sekolah. Bagi program ini murid yang berjaya membawa banyak minyak masak akan mendapat hadiah.
 
7. Bermula jumaat minggu ini pihak sekolah akan menyediakan tabung bagi pembinaan bumbung. Murid2 yang ingin menderma boleh meletakan wang ke dalam tabung.Tiada Paksaan dan semoga yang menderma mendapatkan keberkatan.



Adik Safa menerima hadiah bersama guru-guru PPKI

Adik Abdul Somad dari kelas 6 Delima mewakili kelas beliau
bagi menerima hadiah kelas paling ceria untuk minggu ke 25.



Sekian Terima Kasih