Saturday 28 November 2020

HASIL KEBUN@ECO GARDEN SEDERAP

Terdapat lebih daripada 40 jenis pokok tumbuhan di Eco Garden SEDERAP. Tumbuhan yang terdapat di Eco Garden SEDERAP terbahagi kepada pokok sayuran (berdaun dan berbuah), pokok buah-buahan dan pokok herba. Pengeluaran hasil daripada kebun kami amat menggalakkan memandangkan tanah di sini sangat subur. Hasil kebun segar yang diperoleh mendapat sambutan yang baik daripada para guru dan staf SK Desa Pinggiran Putra. Wang yang diperolehi daripada hasil kebun tersebut kami gunakan semula untuk penambahbaikkan kebun kami.























Antara hasil yang terdapat di Eco Garden SEDERAP



Hasil kebun dijual kepada para pentadbir, guru dan staf

Saturday 21 November 2020

PENCEGAHAN HASIL TANAMAN DARIPADA SERANGAN HAIWAN & SERANGGA PEROSAK@ECO GARDEN SEDERAP


Masalah utama di kebun kami ialah, hasil tanaman yang dikeluarkan akan menjadi sasaran tupai dan serangga perosak yang lain walaupun telah dibalut dengan plastik/ kertas. Untuk mengatasi masalah ini, kami telah cuba menggunakan botol mineral terpakai untuk melindungi hasil tanaman yang hanya menunggu masa untuk dipetik. Kaedah ini didapati sangat berkesan kerana hasil tanaman tersebut terjaga dan selamat daripada sasaran haiwan ldan serangga perosak sehingga dipetik.





Botol mineral terpakai digunakan untuk melindungi sayuran/ buah daripada serangan haiwan perosak

Saturday 14 November 2020

PENGEZONAN KAWASAN TANAMAN@ECO GARDEN SEDERAP

Eco Garden SEDERAP mengaplikasikan teknik pengezonan kawasan di mana kami telah menetapkan dan mengasingkan kawasan bagi hasil semaian/ pencambahan benih, kawasan tanaman separa matang dan kawasan tumbuhan jangka panjang. Dengan melaksanakan teknik ini, kami lebih mudah untuk memantau tanaman-tanaman dalam Eco Garden dan teknik ini nampak lebih sistematik.










Pengasingan pokok daripada anak benih, pokok yang belum matang, separa matang dan pokok yang telah matang