Saturday 30 November 2019

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BAHAN BANTU MENGAJAR MORPHUN

Tarikh : 19 November 2019
Masa : 8.00 pagi - 10.00 pagi
Tempat : Dataran Ilmu SK Putrajaya Presint 11(1)

Sebanyak 8 buah prasekolah dari daerah Putrajaya dan Sepang serta 2 buah Tabika KEMAS masing-masing dari Putrajaya dan Banting telah terpilih untuk menerima bahan bantu mengajar (BBM) Morphun.

Morphun merupakan  alat mainan berunsur pembinaan berupa blok blok kecil yang telah meraih pelbagai anugerah dan penghargaan di peringkat global. Mainan manipulatif dan edukatif ini dapat membantu perkembangan  kognitif murid-murid melalui permainan kreatif, kemahiran motor halus, koordinasi mata dan tangan serta kemahiran menyelesaikan masalah.

Pengasas Bersama (Co Founder) selaku Pengarah Urusan Morphun, Mr Colin Simonds dalam penerangannya sangat menggalakkan kanak-kanak di awal usia perkembangan untuk meneroka persekitaran mereka serta tidak terikat kepada akademik semata-mata. Produk Morphun membantu anak-anak mengembangkan idea dan imaginasi melalui pembinaan dalam mereka cipta model-model yang di luar kotak pemikiran mereka. Sebagai ibu bapa, kita perlu memainkan peranan dalam memberi dorongan dan galakan kepada anak-anak dan bukannya membataskan idea-idea kreatif mereka. Turut hadir dalam majlis penyerahan tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan Pusat STEM Negara, Dr. Ihsan bin Ismail. Beliau juga amat berharap usaha ini dapat meningkatkan minat serta pengetahuan pelajar terhadap sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.

Dalam majlis tersebut, setiap sekolah yang diwakili oleh 3 orang murid prasekolah telah menerima 4 buah kotak Morphun untuk dikongsi bersama kelas prasekolah di sekolah yang terpilih.


Gambar:

Ucapan daripada Ketua Pengarah Kanan Pusat Stem Negara, Dr. Ihsan Ismail
Penerangan daripada Mr. Colin Simonds tentang produk Morphun


Antara rekaan kreatif yang boleh dibina daripada produk Morphun


Penyerahan produk Morphun kepada SK Desa Pinggiran Putra (yang telah diwakili oleh 3 orang murid prasekolah)

Setiap sekolah menerima 4 buah kotak produk Morphun

Murid mencuba produk Morphun yang telah diserahkan

Pn. Maznah (mewakili guru besar) turut bersama dalam majlis penyerahan ini.

Bergambar kenangan bersama Mr. Collins dan Dr. Ihsan




Tuesday 26 November 2019

TAKLIMAT KEMASUKAN MURID PRASEKOLAH SESI 2020

Tarikh      : 23 November 2019 (Sabtu)
Masa        : 8.00 pagi
Tempat     : Dewan Terbuka 


Ibu Bapa/penjaga telah hadir seawal jam 8.00 pagi. Mereka mula memenuhi meja pendaftaran untuk sesi pendaftaran bagi mendengar taklimat kemasukan ke Prasekolah sesi 2020. Taklimat bermula pada jam 9.00 pagi. Dimulai dengan ucapan aluan daripada Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra, En. Sukimin bin Juki.

Majlis diteruskan dengan Taklimat Prasekolah yang telah disampaikan oleh Pn. Nurulhanis binti Noh. Antara perkara-perkara penting yang telah diterangkan dalam taklimat tersebut ialah Waktu Pembelajaran Murid Prasekolah, Peraturan-peraturan Prasekolah dan juga Peranan Ibu Bapa/ Penjaga murid Prasekolah. Selesai taklimat tersebut, pelantikan AJK PEWARIS Sesi 2020 turut dijalankan. AJK terdiri daripada kaum Ibu Bapa murid yang dicalonkan. Taklimat berakhir jam 11.00 Pagi.

AJK PEWARIS Prasekolah Sesi 2020

Penasihat:En. Sukimin bin Juki

Pengerusi : En. Roslan bin Ab Rahman

Naib Pengerusi : En. Ahmad Saifudin bin Che Othman

Setiausaha ; Pn. Nurulhanis binti Noh

Naib Setiausaha : Pn. Nik Suhaila binti Nik Ahmad

Bendahari : Wan Salawati binti Wan Md. Nor

Naib Bendahari : Pn. Mona Azwa binti Azami

Juruaudit : En. Azizi bin Mohd Ali

AJK :
1. Pn. Nurul Hidayah binti Isnan
2. Cik Nur Afizah binti Azmi
3. En. Wan Muhd Amran bin Wan Mustapha
4. En. Muhamad Hafiszan bin Abu Samah
5. En. Syahful Faisal bin Abu Hassan

Gambar



Pendaftaran ibu bapa/penjaga murid Prasekolah sesi 2020


Antara ibu bapa/penjaga yang hadir ke taklimat



Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra, Encik Sukimin bin Juki 



Penolong Kanan 1, Pn Maznah binti Mohd Noor turut hadir bersama.
                                                                                                                      

Taklimat Prasekolah oleh Pn. Nurulhanis binti Noh

 Sesi pemilihan AJK PEWARIS sesi 2020


Barisan AJK PEWARIS sesi 2020

Sunday 24 November 2019

MAJLIS APRESIASI SK. DESA PINGGIRAN PUTRA 2019


Pada 16 November 2019 (Sabtu) yang lalu, Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra (SEDERAP) telah mengadakan Majlis Apresiasi`Sederap 2019 bertempat di Dewan Serbaguna Blok E12, Aras 9, Parcel E, Kementerian Pendidikan Malaysia,Putrajaya. Majlis ini dapat dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama daripada semua guru, pentadbir, kakitangan sekolah ibu bapa serta Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG).Majlis Apresiasi ini dianjurkan khusus untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam segi jasmani, emosi, rohani dan sosial selain mampu memberi motivasi kepada murid-murid untuk meningkatkan prestasi akademik, sahsiah dan kokurikum pada masa hadapan.
     Majlis Apresiasi Sederap 2019 dimulakan tepat pada jam 7.30 pagi bagi sesi pendaftaran penerima hadiah dan anugerah bersama-sama dengan ibu bapa mereka. Majlis dimulakan tepat pada jam 8.15 pagi. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran  Puan Hajah Noor Ruzilawati Binti Ruddin, Timbalan Pengurus Besar Johor Corporation (JCORP) yang merupakan tetamu utama merangkap perasmi pada majlis tersebut. Hadiah penghargaan yang disampaikan pada hari tersebut ialah menerusi bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid. Anugerah yang disampikan pula ialah Anugerah Khas PPKI, Anugerah Sinaran,  dan Anugerah Khas Tokoh Murid Majlis Apresiasi 2019 iaitu Anugerah Sinar Bestari, Anugerah Sinar Nurani, Anugerah Sinar Kesatria dan Anugerah Tokoh Bitara. Majlis berakhir pada jam 1.45 petang. Pihak sekolah merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua  pihak yang terlibat secara langsung atau tidak atas kerjasama yang padu dalam menjayakan majlis ini.

Para penerima anugerah.
Para pentadbir, tatmu-tetamu khas dan YDP PIBG
                                         Persembahan action song

                                          Persembahan dikir barat
                                          Tarian joget berhibur daripada murid prasekolah
                                         Persembahan tarian tradisional
                                          Para hadirin



                                                 










Friday 22 November 2019

Hari Terakhir Persekolahan 2019

Bersama Ketua Murid Muhammad Ajmal Amin bin Mohd Fajri yang juga merupakan Juara Golf MSSM dan beberapa siri jelajah dalam dan luar negara.


Berhimpun kali terakhir di Dewan Terbuka bagi tahun 2019

Sesi bersalaman






Terima kasih kepada semua guru, AKP, PIBG, ibu/bapa/penjaga, murid-murid serta semua stake holders.

Jumpa lagi tahun hadapan 2020! In shaa Allah

Wednesday 20 November 2019

Hari Jalinan Mesra Tahun 1 hingga 5, Prasekolah dan PPKI Bil 2/2019

Hari Jalinan Mesra Tahun 1 - 5, Prasekolah & PPKI akan dijalankan mengikut ketetapan berikut:  

Tarikh     : 21 November 2019 (Khamis)
Masa       : 9:00 pagi - 12.00 tengah hari  (Prasekolah hingga 11.30 pagi)
Tempat   : Kelas anak masing-masing

Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir untuk membincangkan prestasi terkini anak-anak tuan/puan.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2019/1442H

   Pada hari Selasa iaitu 19 November 2019, Unit Panitia Agama Islam Dan Bahasa Arab SEDERAP telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Dan Sambutan Maulidur Rasul di kalangan warga sekolah yang bertempat di Dewan Terbuka.

   Majlis tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi dengan perarakan masuk murid-murid Khatam Al-Quran seramai 22 orang . Kemudian diiringi dengan bacaan doa yang dilafazkan oleh Ustaz Mohd Faizul Bin Zakaria. Sejurus itu, maka telah bermulalah bacaan Khatam Al-Quran dimulai dengan surah Ad-Dhuha sehingga surah terakhir iaitu surah An-Nas yang mana diketuai oleh Ustaz Mohd Faizul Bin Zakaria. Sepanjang majlis itu berlangsung, murid-murid dan guru-guru begitu khusyuk mendengar alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang dialunkan.

   Setelah selesai Majlis Khatam Al-Quran, majlis diteruskan lagi dengan beberapa persembahan yang menarik daripada murid-murid sekolah sendiri. Persembahan pertama daripada murid-murid Prasekolah di mana mereka mengadakan persembahan nasyid 25 Rasul. Kemudian, diikuti dengan persembahan Kalam Jamaie yang bertajuk  'Al'aqlu salim fil jismi salim'. Kedua-dua persembahan tersebut telah menambat hati para murid dan guru pada hari tersebut.

   Tepat jam 9.00 pagi, majlis diteruskan pula dengan Slot Ceramah Maulidur Rasul bertajuk 'Akhlak Terpuji' yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan, iaitu Ustazah Nurul Hidayah Binti Kamarudin merupakan Naib Johan Rancangan Ustazah Pilihan Astro Oasis. Ceramah yang disampaikan lebih kurang sejam itu berjaya mencuit hati dan mendapat respon yang baik daripada murid-murid.

   Sempena Sambutan Maulidur Rasul juga, murid-murid turut melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan seperti kuiz Maulidur Rasul dan  pertandingan selawat antara kelas. Sepanjang aktiviti yang dijalankan, murid-murid ternyata seronok dan aktif dalam aktivit-aktiviti yang disertai oleh mereka.

    Alhamdulillah, Majlis ini dengan jayanya telah berakhir pada jam 1 petang.




Antara gambar-gambar menarik yang sempat dirakam pada majlis tersebut:




 




                        



 





 


 

 















Sekian, terima kasih.