Monday 31 July 2017

LAPORAN BERTUGAS MINGGUAN


Tarikh : 31 Julai 2017
Hari     : Isnin
Masa : 7.40 - 8.10 Pagi


Guru Bertugas
1) Cik Ili Syahirah binti Abd Ghani
2) Anis Farha binti Md Isa
3) Cik Tengku Fairus binti Raja Hassan
4) Pn. Nor Sabariah binti Awang Ngah
5) Pn. Nurul Hidayah binti

Pengacara Majlis : Cik Ili Syahirah binti Abd Ghani
Pembaca Doa : Adik Alif Firhan
Pembaca Ikrar : Adik Amirul Hakim bin Zamri

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas

(En. Mohd Faizul)

1. Tepati Masa Rehat

Murid-murid diingatkan agar tidak membuang masa ketika waktu makan dengan berbual-bual dan bermain-main sehingga  menyebabkan murid-murid lewat untuk berkumpul di dewan terbuka.

2. Jaga Kebersihan
Murid diingatkan sekali lagi supaya meletakkan pinggan yang telah digunakan ke dalam besen yang telah disediakan oleh pihak pengurusan kantin. Murid turut diingatkan supaya tidak meninggalkan sebarang sampah atau pembalut makanan di atas meja di kantin. Buang sampah ke dalam tong sampah dan bukannya di luar tong sampah.

3. Keceriaan Kelas
Keceriaan dan kebersihan kelas kurang memuaskan. Sampah sarap tidak dibuang menyebabkan kelas kelihatan kotor

Laporan Keceriaan Kelas


Tahap 1



1) 3 Jaguar – 85 %
2) 3 Puma - 80%
3)  3 Cheetah - 78%



Tahap 2



1) 6 Exora - 94%
2) 5 Bestari - 89%
3) 6 Alza - 78%

Laporan Disiplin
(Ustazah Salwa binti Mohd Hadi)



1. Pelihara tingkah laku
Murid-murid diingatkan supaya menjaga adab dan tingkah laku yang baik sewaktu berada di sekolah. Murid diingatkan supaya memelihara mulut dengan menyebut perkara atau perkataan yang elok sahaja.



2. Tugas Pengawas
Pengawas berperanan dalam membantu guru mengawal murid terutamanya ketika rehat dan waktu murid berkumpul di dewan terbuka. Beliau mengingatkan pengawas agar mencatat nama murid yang bising.
Ucapan Pentadbir

(Pn Salmah binti Ismail)



Sarapan Pagi

Mengingatkan murid agar bersarapan terlebih dahulu sebelum hadir ke  sekolah bagi mengelak sakit perut dan tidak bermaya ketika berada di sekolah. Beliau turut mengingatkan murid agar mengambil sarapan yang berkhasiat dan elak mengambil makanan segera dan kurang berkhasiat.

Idola
Pn. Salmah mengucapkan tahniah di atas kejayaan adik Aqlan yang menjuarai pertandingan Islamic Children Festival MICF di Maep Serdang. Beliau mengharapkan agar murid-murid lain dapat mengikut jejak langkah adik Aqlan.






Thursday 27 July 2017

CERAMAH TENTANG PORNOGRAFI DAN AKIL BALIGH

Salam sejahtera..

Dimaklumkan Unit Bimbingan dan Kaunseling, Hal Ehwal Murid akan mengadakan satu ceramah yang berkaitan dengan pornografi dan akil baligh kepada murid-murid SK Desa Pinggiran Putra.  Butiran tentang ceramah tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh: 15 Ogos 2017
Hari: Selasa
Masa: 10.30 pagi hingga 1.30 tengahari
Sasaran: Murid Tahun 4, 5 dan 6
Penceramah : Wanita IKRAM Putrajaya (Mother Againts Pornography)

Sehubungan itu mohon ibu bapa/penjaga untuk memastikan kehadiran anak-anak tuan/puan pada tarikh tersebut.

Sekian terima kasih

CERAMAH TENTANG SALAH LAKU DISIPLIN DI KALANGAN MURID SEKOLAH

Salam sejahtera..

Dimaklumkan Unit Bimbingan dan Kaunseling, Hal Ehwal Murid bersama-sama Unit Displin SEDERAP akan mengadakan satu ceramah yang berkaitan dengan salah laku disiplin murid seperti ponteng sekolah, menonton video pornografi, buli, membuat perlakuan lucah, peras ugut dan lain-lain kepada murid-murid SK Desa Pinggiran Putra.  Butiran tentang ceramah tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh: 23 Ogos 2017
Hari: Rabu
Masa: 8 pagi hingga 10 pagi
Sasaran: Murid Tahun 4, 5 dan 6
Penceramah : ASP Sobri dari Ketua Unit Jenayah, Balai Polis Daerah Sepang.

Sehubungan itu mohon ibu bapa/penjaga untuk memastikan kehadiran anak-anak tuan/puan pada tarikh tersebut.

Sekian terima kasih.

Wednesday 26 July 2017

AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM

                            LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM

Tarikh                    : 26 Julai  2017
Hari                        : Rabu
Masa                     : 2.30-4.30 petang
Perjumpaan           : Persatuan Badan Beruniform  Bil 10/2017

BIL
UNIT KOKO
TEMPAT
AKTIVITI
KEHADIRAN
Guru
Murid
1
Pergerakan Puteri  Islam

Sudut PPIM

Aktiviti
Taman Mini Puteri

10/10
51/51
2

Pengakap

Dataran Terbuka

Aktiviti
1.Latihan Kawad Kaki
2.Ikatan
7/7
      56/61
3
Tunas Kadet Remaja


Dataran Terbuka

Aktiviti:
1.Latihan kawad kaki
2.ikatan
7/10
72/75
4
Pandu Puteri Tunas

 Lobi & Parking

Aktiviti:
1.Latihan Kawad Kaki
2. Ikatan
6/9
37/42

Jumlah Kehadiran                            : 216      
Jumlah Kehadiran Sepatutnya        :  229      
Peratus Kehadiran                         : 94.32%


RUMUSAN
Aktiviti PBB dapat dilaksanakan dengan baik. Murid-murid dan guru memberikan komitmen dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum PBB. Kesungguhan mereka jelas terbukti apabila mereka memberikan kerjasama pada setiap aktiviti yang dilaksanakan.Kehadiran masih belum mencapai 95%. Murid-murid yang tidak hadr aktiviti kokurikulum akan dipantau dan diberi teguran.

Pencatat
SALMAH ISMAIL

                                                         LAPORAN BERGAMBAR





 PROGRAM 1 SEKOLAH 1 SILAT
 KEHADIRAN : 33/50
AKTIVITI: BUAH PUKUL DAN TEMPOH BELA DIRI



 Terima kasih kepada guru-guru penasihat dan murid-murid yang menjayakan aktiviti mingguan kokurikulum ini.







Monday 24 July 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN MINGGU 26

TARIKH : 24 Julai 2017
HARI : Isnin
MASA : 7.40 Pagi hingga 8.10 Pagi

Guru Bertugas
1) Wan Anna Wahidah bt Wan Mat Tahir
2) Mohd Faizul bin Zakaria
3) Fazira bt Ismail
4) Muhammad Jawad Faruqi bin Zainal Abidin
5) Nur Izzati bt Muhammad Hairi
6) Norwati bt Mohammad Supian


Pengacara Majlis : Pn. Wan Anna Wahidah bt Wan Mat Tahir
Pembaca Doa          : Adik Al Firhan bin Sulaimi (6 Alza)
Pembaca Ikrar         : Adik Amirul Hakim bin Zamri (6 Alza)


Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
(Pn. Rozayma bt Zaman)

1) Pn. Rozayma mengucapkan terima kasih kepada semua terutama murid yang terlibat dalam semua program minggu lepas terutama Program Doktor Muda bersama Lifebuoy.
2) Murid hendaklah senyap semasa berada di dewan terbuka terutamanya semasa selepas rehat agar dapat memudahkan urusan guru dan pengawas untuk mengawal pergerakan masuk ke dalam kelas semula.
3) Pengawas kurang berkesan dan berkira semasa melakukan tugas.


Ucapan Guru Disiplin
(Ustazah Salwa bt Mohamad Hadi)

1) Murid perlu menjaga tingkah laku semasa berada di dalam majlis. Perlu menghormati guru berucap semasa dalam  majlis.
2) Ustazah Salwa menegur murid membuang sampah merata-rata semasa Majlis Hari Raya.


Murid yang menyambut Hari Lahir (24 Julai)

1) Aryan Al- Fateh bin Mohd Akhmel
2) Nur Irdina Humairah bt Md Razif
3) Summayyah bt Md Faridz
4) Syahful Qhalis Muhammad  Khalif bin Syahful Faisal

23 Julai
1) Puteri Nur Dania bt Zulkifli



Ucapan Pentadbir
(En. Sukimin bin Juki)

1) Guru Besar mengucapkan selamat menduduki peperiksaan percubaan UPSR kepada calon UPSR.
2) Murid perlu memberi penekanan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu enam aspirasi murid antaranya, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Kemahiran Dwibahasa, Etika dan Kerohanian, Identiti Nasional dan Pengetahuan.
3) Ucapan Tahniah diberikan kepada semua guru yang menjayakan Program Sambutan Hari Raya SEDERAP 2017.
















Thursday 20 July 2017

Minggu Sihat Doktor Muda: Program IM4U Lifebuoy - Demo Cuci Tangan Murid Tahun 1

Tarikh: 20 Julai 2017
Hari   : Khamis
Masa : 10.00 - 12.00 pagi
Sasaran : Semua Murid Tahun 1
Penglibatan: 15 orang Doktor Muda
Turut hadir : 2 orang wakil dari Lifebuoy



















Minggu Sihat Doktor Muda: Program Jalinan "Dengue Patrol" SK Sungai Merab VS Doktor Muda SEDERAP

Tarikh    : 19 Julai 2017
Hari       : Rabu
Mas       : 8.30 – 10.00 pagi
Tempat  : Dewan Terbuka, SEDERAP
Sasaran  : Murid Tahun 3, 4 & 5

Maklumat Program:                  
Murid-murid SK sungai Merab melaksanakan peranan mereka sebagai Duta kepada rakan-rakan sebaya dengan menyampaikan mesej hapus denggi dan perangi aedes kepada rakan-rakan sebaya mereka.

Aktiviti-aktiviti:
·         Persembahan Choral Speaking
·         Sesi penerangan ringkas dan pengedaran risalah
·         Pameran

·         Demo membuat perangkap nyamuk bersama 10 orang ahli Doktor Muda 













Minggu Sihat Doktor Muda: Demo Cuci Tangan (Tahun 2 & 3)

Tarikh : 17 Julai 2017
Masa   : 1.00 - 1.30 petang
Tempat: Dewan Terbuka, Sederap
Sasaran: Murid Tahun 2 & 3