Wednesday 29 June 2016

Ihya' Ramadan minggu 2: Pertandingan mewarna dan pertandingan buku skrap tazkirah ramadan.

Aktiviti : Pertandingan mewarna tahap 1
Ketua : Cik Nik Asmah Binti Ruman
Tarikh : 21 hingga 24 Jun 2016
Masa : Tahun 1 dan 2 - 9.40 pagi hingga 10.00 pagi
: Tahun 3 - 10.10 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat : Kantin dan kelas
: Murid tahap 1

Panitia Pendidikan Agama Islam telah mengadakan pertandingan mewarna poster Ihya' Ramadan pada waktu rehat. Aktiviti mewarna poster ini bertujuan menanam perasaan menghargai bulan Ramadan disamping mencungkil bakat murid dan melatih pelajar menggunakan waktu lapang dengan aktiviti berfaedah.



Pertandingan mewarna tahap 1 semasa waktu rehat

Murid 3 Bakawali mewarna dengan tekun


Aktiviti : Pertandingan buku skrap tazkirah Ramadan
Ketua : Pn. Umi Nazihah Binti Che Ghani
Tarikh : 21 hingga 24 Jun 2016
Masa : 10.10 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat : Kelas
Sasaran : Murid tahap 2
Sementara murid tahap 1 menyertai pertandingan mewarna, murid tahap 2 pula menyertai pertandingan buku skrap tazkirah Ramadan. Murid diminta menyediakan buku skrap yang mengandungi sekurang-kurangnya 5 tazkirah Ramadan samada dihasilakan secara individu ataupun secara berkumpulan. Aktiviti ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan perasaan menghargai dan bulan Ramadan murid.


Murid menyiapkan buku skrap tazkirah ramadan  bersama rakan semasa waktu rehat

Monday 27 June 2016

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-23 (27 Jun – 1 Julai 2016)


Tarikh: 27 Jun 2016
Masa: 7.40 - 8.10 pagi
Hari: Isnin

Guru bertugas:
1. Cik Ili Syahirah bt. Abd Ghani
2. Pn. Atirah bt. Mustapa
3. Pn. Anis Farhah bt. Md Isa
4. Pn. Fauzan bt. Mohamad
5. Pn. Hannah Najihah bt. Abd Razak

Pengacara majlis: Cik. Ili Syahirah bt. Abd Ghani
Bacaan doa: Norfizri Nazrin b. Nordin
Bacaan ikrar murid: Mohamad Akmal b. Mohd. Khir

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas :

Guru : Cik Nik Asmah bt. Ruman

1. Disiplin pelajar kurang memuaskan.
2. Kebersihan kelas juga kurang memuaskan.
3. Ubah sikap, hormati guru walaupun tidak mengajar.
4. Rebut peluang 10 hari terakhir Ramadan.

Keputusan Pertandingan Keceriaan Kelas Mingguan:

Johan Tahap 1: 3 Anggerik
Johan Tahap 2: 6 Utarid

Ucapan Pentadbir :
Guru : En. Sukimin b. Juki

1. Tahniah kerana hadir ke sekolah dalam minggu terakhir sebelum cuti raya. Cuti Hari Raya bermula pada 4 hingga 10 Julai 2016. Sekolah dibuka semula pada 11 Julai 2016. 

2. Dilarang menjual barang di sekolah terutamanya barang yang diragui penggunaannya.

3. Penuhkan masa lapang dengan membaca.

4. Mohon ampun dan maaf kepada ibu bapa dan saudara mara dan nikmati hari raya dengan sebaiknya.



Ucapan guru bertugas minggu lepas




Tempat pertama keceriaan kelas tahap 1



Pemenang keceriaan kelas tahap 2



Ucapan guru besar











Monday 20 June 2016

Ihya' Ramadan minggu 1 : Tadarus al-Qur'an dan bacaan surah-surah pendek.

Aktiviti : Tadarus al-Qur'an
Ketua : Cik Salwa Binti Mohd. Hadi
Tarikh : 14 hingga 20 Jun 2016
Masa : 9.40 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat : Kelas
Sasaran : Semua guru dan murid tahun 3 hingga 6

Panitia Pendidikan Islam SK Desa Pinggiran Putra telah mengadakan aktiviti Tadarus al-Qur'an sebagai sebahagian dari Program Ihya' Ramadan. Program ini melibatkan semua guru dan murid tahun 3 hingga 6. Berikut adalah jadual aktiviti dan laporan tadarus al-Qur'an yang dijalankan.

JADUAL TADARUS AL-QUR'AN
Kelas/Guru Muka Surat Tarikh mula Tarikh tamat
6 Marikh
En. Hassan (K) 482-511 14-Jun-16 15-Jun-16
Pn. Herda 512-541 14-Jun-16 16-Jun-16
Pn. Husna 542-561 14-Jun-16 15-Jun-16
Pn. Noraida 562-581 14-Jun-16 20-Jun-16
Pn. Nurhafizah 582-604 14-Jun-16 16-Jun-16
6 Utarid
Pn. Noor Hayati (K) 382-481 14-Jun-16 16-Jun-16
Pn. Fazira 402-421 14-Jun-16 20-Jun-16
Pn. Wan Anna 422-461 14-Jun-16 20-Jun-16
Pn. Ruhamaak 442-461 14-Jun-16 20-Jun-16
Cik Ili Syahirah 462-481 14-Jun-16 16-Jun-16
5 Alza
En. Zulhilmi (K) 282-311 14-Jun-16 16-Jun-16
Pn. Sabariah 312-341 14-Jun-16 16-Jun-16
Pn. Anis Farhah 342-361 14-Jun-16 15-Jun-16
Pn. Sha'azrina 362-381 14-Jun-16 16-Jun-16
5 Exora
Pn. Umi Nazihah (K) 202-221 14-Jun-16 16-Jun-16
Pn. Rozayma 222-241 14-Jun-16 20-Jun-16
Pn. Atirah 242-261 14-Jun-16 20-Jun-16
Pn. Nurul 262-281 14-Jun-16 20-Jun-16
4 Amanah
En. Mohd. Faizul (K) 122-141 14-Jun-16 16-Jun-16
Cik Noorul 142-161 14-Jun-16 15-Jun-16
Pn. Noor Asiah 162-181 14-Jun-16 15-Jun-16
Pn. Ifahayati 182-201 14-Jun-16 15-Jun-16
4 Bestari
Cik Nik Asmah (K) 62-81 14-Jun-16 20-Jun-16
Pn. Norwati 82-101 14-Jun-16 16-Jun-16
Pn. Suhaizan 102-121 14-Jun-16 15-Jun-16
3 Anggerik
Pn. Syajaratuddur (K) 22-41 14-Jun-16 15-Jun-16
Pn. Nik Suhaila 42-61 14-Jun-16 16-Jun-16
3 Bakawali
Cik Salwa (K) 1-10 14-Jun-16 15-Jun-16
Cik Tengku Fairus 11-21 14-Jun-16 15-Jun-16
Kumpulan tadarus 6 Marikh


Kumpulan tadarus 3 Bakawali


Aktiviti : Bacaan surah-surah pendek
Ketua : Pn. Nur Izzati Binti Hairi
Tarikh : 14 hingga 20 Jun 2016
Masa : 9.40 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat : Dewan terbuka
Sasaran : Murid tahun 1 dan 2
Sementara murid tahun 3 hingga 6 bertadarus bersama guru di kelas masing-masing, pelajar tahun 1 dan 2 di kumpulkan di dewan terbuka untuk membaca surah-surah pendek bersama-sama. Aktiviti ini bertujuan menggalakkan murid sentiasa membaca al-Qur'an walaupun murid masih belum lancar membaca surah-surah panjang dalam al-Qur'an dan sentiasa membaca al-Qur'an  walau di mana jua.

Bacaan surah-surah pendek hari pertama.

Pelajar membaca surah dari buku teks

Aktiviti diketui oleh Pn. Nur Izzati

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-22 (20 Jun – 24 Jun 2016)

Tarikh: 20 Jun 2016
Masa: 7.40 - 8.10 pagi
Hari: Isnin

Guru bertugas:
1. Pn. Noor Asiah binti Mohd Yusof
2. Cik. Nurul 'Aqilah binti Mohd Tahir
3. Pn. Fazira binti Ismail
4. Cik Nik Asmah binti Ruman
5. Cik Tengku Fairuz binti Raja Hassan

Pengacara majlis: Cik. Nurul 'Aqilah binti Mohd Tahir
Bacaan doa: Mohd Afiq Harith bin yusni Amir
Bacaan ikrar muridAaron Huzair bin Nik Mazli

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas :

Guru : Pn. Nurul hidayah binti Wahid

1. Mengucapkan tahniah diatas disiplin murid sepanjang minggu lepas.
2. Murid-murid diingatkan juga menjalankan tanggungjawab membersih dan menceriakan kelas.
3. Murid diingatkan supaya mengurangkan aktiviti ke tandas.

Taklimat guru disiplin:

Guru: Pn. Rozayma binti Zaman

1. Murid-murid diberi taklimat tentang bahaya bermain mercun.

Keputusan Pertandingan Keceriaan Kelas Mingguan:

Johan Tahap 1: 3 Anggerik
Johan Tahap 2: 5 Exora

Ucapan Pentadbir :
Guru : Pn Salmah binti Ismail

1. Menggunakan masa terluang dengan aktiviti berfaedah.
2. Meneruskan aktiviti membersihkan dan menceriakan kelas.
3. Murid diingatkan untuk terus fokus kepada usaha meneruskan pembelajaran di sekolah.

 Cik Nurul 'Aqilah mengacarakan perhimpunan
Mohd Afiq membacakan doa

Aaron membacakan ikrar murid


laporan guru bertugas minggu lepas

Laporan disiplin oleh Pn Rozayma


Ketua kelas 3 Anggerik menerima hadiah kecerian


Disediakan oleh: Puan Noor Asiah binti Mohd Yusof

Wednesday 15 June 2016

PROGRAM IHYA' RAMADAN SK DESA PINGGIRAN PUTRA

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2016

Ramadan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan kesedaran dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan.

1.0. OBJEKTIF
1.1           Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,intelekdan sosial selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan.
1.2            Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkanpelajar yang berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi.
1.3            Membentuk pelajar yang prihatin dan mempunyai sifat ihsan melalui amalan sedekah.
1.4           Melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna.

2.0. SASARAN
2.1         Semua pelajar dan guru SK Desa Pingiran Putra 

3.0. AKTIVITI
3.1 TADARRUS AL-QURAN GURU DAN PELAJAR
Ketua             : Cik Salwa Binti Mohd Hadi
Tarikh             : Sepanjang Ramadan
Hari                 : Setiap Hari
Masa             : 9.40 pagi – 10.00 pagi
Tempat         : Di dalam kelas masing-masing
Sasaran         : Tahun 3 hingga 6

3.2 BACAAN SURAH PENDEK 1-2
Ketua             : Pn. Nur Izzati Binti Muhammad Hairi
Tarikh              : Sepanjang Ramadan
Hari                 : Setiap hari
Masa              : 9.40 Pagi hingga 10.00 Pagi
Tempat          : Dewan terbuka
Sasaran         : Tahun 1 dan 2

3.3 BACAAN ISTIGHFAR
Ketua             : Cik Salwa Binti Mohd. Hadi
Tarikh              : Sepanjang Ramadan
Hari                 : Setiap hari
Masa              : 7.40 Pagi dan 10. Pagi
Tempat          : Dataran Perhimpunan dan Dewan Terbuka
Sasaran         : Semua pelajar

3.4 BACAAN SURAH BERSERTA TAFSIR (5 MINIT PERHIMPUNAN PAGI)
Ketua             : En. Mohd. Faizul Bin Zakaria
Tarikh              : Sepanjang Ramadan
Hari                 : Setiap hari
Masa              : 7.30 Pagi hingga 7.35 Pagi
Tempat          : Dataran Perhimpunan
Sasaran         : Semua pelajar

3.5 KUTIPAN DERMA / GALAKAN BERSEDEKAH (TABUNG IHYA’ RAMADAN)
Ketua             : Tn Hj Zulhilmi Bin Nawawi
Tarikh              : 20 Hingga 24 Jun 2016
Hari                 : Setiap hari
Masa              : 7.40 Pagi
Tempat          : Dataran Perhimpunan
Sasaran         : Semua pelajar

3.6 SUMBANGAN RAMADAN OLEH IBU BAPA
Ketua             : Tn Hj Zulhilmi Bin Nawawi
Tarikh              : 20 Hingga 24 Jun 2016
Hari                 : Setiap hari
Masa              : 7.40 Pagi
Tempat          : Dataran Perhimpunan
Sasaran         : Pelajar miskin

3.7 PERTANDINGAN MEWARNA POSTER BULAN RAMADAN BAGI PELAJAR PRASEKOLAH DAN TAHAP 1
Ketua             : Cik Nik Asmah Binti Ruman
Tarikh              : 21 hingga 24 Jun 2016
Hari                 : Setiap hari
Masa              : 9.40 Pagi hingga 10.00 Pagi
Tempat          : prasekolah dan kantin sekolah
Sasaran         : Pelajar prasekolah dan tahap 1

3.8 PERTANDINGAN BUKU SKRAP TAZKIRAH IHYA’ RAMADAN TAHAP 2
Ketua             : Pn. Umi Nazihah Binti Che Ghani
Tarikh              : 20 hingga 24 Jun 2016
Hari                 : Setiap hari
Masa              : 9.40 Pagi hingga 10.00 Pagi
Tempat          : Kelas masing-masing
Sasaran         : Pelajar tahap 2

3.9 PERTANDINGAN NASYID RAMADAN
Ketua             : En. Hassan Helmin Bin Yaacob
Tarikh              : 27 Jun 2016
Hari                 : Isnin
Masa              : 9.40 Pagi - 10.30 Pagi
Tempat          : Dewan terbuka
Sasaran         : Pelajar tahap 2

3.10 MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM IHYA’ RAMADAN DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN
Ketua             : Pn. Noor Hayati Binti Miswan
Tarikh              : 30 Jun 2016
Hari                 : Khamis
Masa              : 9.40 Pagi hingga 1.00 Petang
Tempat          : Dewan terbuka
Sasaran         : Semua pelajar

5.0. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
5.1  Rujuk Lampiran 1

6.0. TENTATIF PROGRAM
6.1  Rujuk Lampiran 2

7.0. ANGGARAN PERBELANJAAN
7.1 Rujuk Lampiran 3

8.0. PENUTUP

Diharap program ini akan dapat melahirkan umat yang cemerlang di dunia dan akhirat serta menjadi insan yang bertakwa disamping menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup untuk kejayaan di dunia dan di akhirat. Dengan berpuasa dan berzakat serta bersedekah akan dapat melatih pelajar membantu rakan mereka yang kurang bernasib baik.