Thursday, 23 October 2025

 LAPORAN PERHIMPUNAN GURU BERTUGAS


Sekolah: SK Desa Pinggiran Putra

Minggu: 36

Tarikh: 23 – 24 Oktober 2025

Guru Bertugas:

1. Norwati Binti Mohammad Supian 

2. Paiezah Binti Ibrahim

3. Syahriha Binti Raman

4. Wan Malaikah Binti Ashaari

5. Noorazimah Bin Ab Jalil

6. Mohd Faizul Bin Zakaria

7. Noor Hayati Binti Miswan


1. Kehadiran Murid

Kehadiran murid pada hari ini berada pada tahap yang baik. Purata kehadiran harian adalah sekitar 95%. Tiada kes ponteng tanpa sebab yang serius dilaporkan.

2. Disiplin

Secara keseluruhan, disiplin murid terkawal. Terdapat beberapa teguran kecil berkaitan kelewatan ke kelas dan kebersihan pakaian sekolah. Guru bertugas telah menasihati murid yang terlibat.

3. Kebersihan dan Keceriaan

Penong Kanan Hal Ehwal Sekolah Murid menasihatkan supaya murid pakai face mask dan menjaga kesihatan kerana sekarang ramai murid yang demam dan sekiranya ada tanda influenza murid diminta jangan hadir ke sekolah dan segera jumpa doktor.

4. Cikgu Suhaida menasihatkan murid supaya buat ulangkaji dan buat persediaan untuk menghadapi Ujian Akhir Sesi Akademi (UASA) yang akan berlangsung pada 24 hingga 30 Oktober 2025.


Tuan Haji Zairi Bin MHD Lauri PK Hem SK Desa Pinggiran Putra



Cikgu Suhaida memberi nasihat kepada murid tentang Ujian Akhir Sesi Akademi (UASA)