Wednesday, 27 January 2021
Dipohon semua guru besar dan guru memahami intipati penjelasan daripada facebook Menteri Pendidikan YBMK DrvRadzi Jidin ini berkaitan PdPR.
Dr Radzi Jidin
https://www.facebook.com/1560866277543941/posts/2581409692156256/?d=n
Apabila PKP dilaksana buat pertama kali pada 18 Mac 2020, sesi persekolahan dijalankan dengan kaedah yang cukup berbeza daripada sebelumnya. Pada waktu itu KPM telah memutuskan supaya Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dilaksanakan melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
KPM memahami bahawa murid-murid di seluruh negara merangkumi pelbagai latar belakang sosioekonomi. Setiap guru juga berdepan dengan situasi dan cabaran yang berbeza. Oleh itu, sejak kali pertama PdPR dilaksanakan, KPM sentiasa menekankan bahawa kaedah PdPR yang ingin digunakan mestilah mengambil kira kesesuaian guru dan murid.
Sepertimana yang dijelaskan dalam Manual PdPR KPM, PdPR tidak terhad kepada kaedah dalam talian. Guru boleh menetapkan pelbagai kaedah PdPR luar talian yang bersesuaian untuk murid mereka.
Antara kaedah luar talian yang digunakan ialah penyerahan modul pembelajaran atau latihan kepada murid. Murid akan melaksanakan PdPR dengan menyiapkan modul yang diberikan dan menghantar semula kepada guru untuk diperiksa. Kemudian, guru akan menyerahkan modul yang berikutnya.
Modul diserahkan kepada murid melalui pelbagai pendekatan. Ada sekolah yang menggunakan kaedah pandu lalu untuk penyerahan modul. Ramai juga guru yang menghantar sendiri modul ke rumah murid. Bahkan, saya dimaklumkan guru SMK Pulau Gaya menaiki bot untuk menghantar bahan pembelajaran kepada murid mereka.
Sama ada secara dalam talian mahupun di luar talian, kesungguhan guru untuk menyampaikan ilmu kepada anak didik tiada tolok bandingnya. Terima kasih, Cikgu!
Kepada ibu bapa, kami mengucapkan setinggi penghargaan atas sokongan dan dokongan yang diberikan kepada guru sepanjang tempoh yang mencabar ini.
Pandemik COVID-19 yang muncul tanpa diduga telah memberi kesan mendalam kepada sektor pendidikan di seluruh dunia. Walau apa pun cabaran, KPM akan terus berusaha gigih untuk memberikan yang terbaik kepada generasi pewaris negara.
Kami tidak sempurna tetapi kami cakna dan sentiasa ikhlas berusaha.
Marilah kita bersatu hati untuk lakukan yang terbaik demi masa depan anak-anak kita. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
Sent from my iPhone
Tajaan Sanitasi
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ahli Majlis Perbandaran Sepang, Zon Pinggiran Putra atas tajaan sanitasi Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra semalam.
Kami berbesar hati menerima tajaan ini sebagai langkah pencegahan wabak yang sedang melanda negara kita.
Terima kasih.
#kitajagakita
#staysafe
Tuesday, 19 January 2021
Panduan Membuka Buku Teks Digital dalam Portal DELIMA.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Saturday, 16 January 2021
Wednesday, 13 January 2021
Monday, 11 January 2021
Sunday, 10 January 2021
TAKLIMAT PERSEDIAAN MURID TAHUN 1 2021 SK DESA PINGGIRAN PUTRA SECARA ONLINE
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
TAKLIMAT PERSEDIAAN MURID TAHUN 1 2021 SK DESA PINGGIRAN PUTRA SECARA ONLINE
Tarikh: 11 Januari 2021 (Isnin)
Masa: 10.00 pagi
Live Youtube di https://youtu.be/6GMQIjNCMOs
Wednesday, 6 January 2021
Hari Pengambilan Fail Peribadi Murid dan Bayaran Murid Tahun Satu 2021 SK Desa Pinggiran Putra.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Monday, 21 December 2020
PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI) HOLISTIK
Faedah Pendidikan
Inklusif
Pendidikan inklusif memberi peluang kepada murid
berkeperluan khas untuk menjalani PdP serta bergaul bersama murid arus perdana
yang lain. Pendidikan inklusif bertepatan dengan ‘Public Law 94-142 part B’ yang
menyatakan bahawa pendidikan inklusif memberi peluang pendidikan kepada semua
murid berkeperluan khas. Pendidikan inklusif membolehkan murid berkeperluan
khas mendapat hak mengikuti pendidikan dalam suasana yang tidak terhad. Antara
faedah pendidikan inklusif adalah:
i.
Meningkatkan penerimaan murid berkeperluan khas dalam kalangan murid arus
perdana dan warga sekolah.
ii.
Meningkatkan akses dan peluang murid berkeperluan untuk belajar dalam
persekitaran yang harmoni.
iii.
Mengoptimumkan potensi murid berkeperluan dalam setiap aspek perkembangan.
iv.
Menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan murid berkeperluan khas.
v.
Menanam sikap hormat-menghormati dan menerima perbezaan antara individu yang
berbeza.
vi. Mewujudkan jalinan
persahabatan antara murid untuk perkembangan sosial dan emosi yang sihat.


































