PROGRAM RAKAN INKLUSIF
HARI JALINAN MESRA SK DESA PINGGIRAN PUTRA
27 OGOS 2024
10.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI
_____________________________________________________________________________
Terlebih dahulu, kami pihak sekolah ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang telah sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis perbincangan akademik murid pada hari ini. Kehadiran anda semua menunjukkan komitmen dan keprihatinan yang tinggi terhadap perkembangan akademik dan pendidikan anak-anak kita.
Majlis ini diadakan dengan tujuan untuk memperkukuhkan lagi kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam memastikan kecemerlangan akademik murid-murid dapat dicapai. Sokongan dan penglibatan aktif anda semua amat penting dalam membantu kami memahami keperluan dan potensi setiap murid, serta dalam merangka strategi terbaik untuk meningkatkan prestasi mereka.
Sekali lagi, terima kasih atas kehadiran dan sokongan padu yang diberikan. Semoga perbincangan kita pada hari ini membawa manfaat yang besar dan membuka jalan kepada kejayaan anak-anak kita di masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
LAPORAN PERHIMPUNAN:
1. Pengerusi Majlis oleh pengawas bertugas.
2. Bacaan Doa oleh pengawas bertugas.
Encik Mahadir bin Midun
Perhimpunan tamat pada jam 8.00 pagi.
PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIFPPKI SK DESA PINGGIRAN PUTRA |
DEFINISI PENDIDIKAN INKLUSIF
“Program Pendidikan Inklusif”
merupakan suatu program pendidikan
bagi murid berkeperluan khas yang
dihadiri oleh murid berkeperluan khas
bersama-sama dengan murid lain dalam
kelas yang sama di sekolah kerajaan atau
sekolah bantuan kerajaan.
(Sumber: Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Pendidikan Khas), 2013)
KONSEP PPI:
MBK mengikuti bidang akademik dan bukan akademik
bersama murid arus perdana dengan menyediakan
khidmat sokongan di dalam dan di luar bilik darjah.
MATLAMAT
PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF
Meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada MBK
mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-sama
murid di arus perdana. PPI juga memberi kesedaran kepada
masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK dan percaya
bahawa ketidakupayaan mereka boleh diminimakan jika diberi
peluang yang sama.
DUA PENDEKATAN PENDIDIKAN INKLUSIF
Inklusif Penuh | Inklusif Separa |
-MBK yang berdaftar dalam APDM kelas aliran perdana. -MBK mengikuti mata pelajaran -MBK mengikuti aktiviti koakademik dan kokurikulum sepenuhnya bersama murid arus perdana. | -Dilaksanakan hanya untuk MBK yang berdaftar di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dengan mengambil kira penglibatan MBK dalam bidang akademik, koakademik dan kokurikulum
|
PERANAN & TANGGUNGJAWAB PIHAK SEKOLAH
Guru Pendidikan Khas: Kenalpasti MBK yang berada di kelas arus perdana @ di PPKI bagi ditempatkan dalam PPI. Berperanan sebagai guru pendamping seperti: i Membimbing & membantu MBK semasa PdP. ii Membantu menyediakan RPI MBK melalui perbincangan dengan guru mata pelajaran. iii Bekerjasama dengan guru arus perdana berkaitan tentang perkembangan murid. |
Guru Mata Pelajaran: i. Menerima & melaksanakan PdP bagi MBK dalam kelas inklusif. ii. Bekerjasama dengan guru pendidikan khas untuk menjaga kebajikan MBK iii. Berbincang dengan guru pendidikan khas untuk membantu |
Guru Bimbingan Kaunseling: i.Menyediakan laporan khidmat kaunseling untuk MBK (jika perlu) ii.Bekerjasama dengan guru pendidikan khas untuk menjaga kebajikan MBK. iii.Memberikan khidmat bimbingan & kaunseling kepada MBK, Ibubapa/ Penjaga. |
Guru Disiplin: i. Menyediakan laporan atau maklumat berkaitan disiplin bagi murid yang terlibat ii. Membantu pentadbir melancarkan pelaksanaan PPI iii. Bekerjasama dengan guru pendidikan khas dalam melaksanakan PPI. |
Pembantu Pengurusan Murid: i. Menghantar & mengambil MBK yang mengikuti inklusif separa. ii. Membantu guru dalam PPI dalam menyediakan keperluan MBK. iii. Membantu guru pendidikan khas menjaga hal ehwal MBK di PPKI Iv. Mengurus keperluan murid di PPI. |
CIRI-CIRI MURID PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)
SINDROM DOWN |
-Lidah yang tebal, kasar dan pendek, serta cenderung terjelir. -Mata sentiasa berair dan merah. -Mata sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata. -Mulut yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat. -Bentuk muka yang kecil. -Bahagian kepala leper. -Tangan yang lebar dan pendek serta garisan tapak tangan satu melintang. -Majoriti berambut lurus dan lembut. -Jari dan tangan lebar yang pendek dan berbonggol. -Berbadan gembal dan rendak. -Badan yang agak bongkok. -Suka bermanja, bermain dan gembira. -Dapat bergaul dengan baik. -IQ di antara 30 hingga 80. -Kecacatan dapat dikesan sebaik selepas lahir. |
AUTISME |
-Bermasalah komunikasi -Sukakan rutin -Sering berada dalam dunia tersendiri -Ekolalia (mengulang atau meniru kata-kata) -Cederakan diri sendiri -Kompulsif -Tidak suka bergaul -Tidak ada tentangan mata -Kerencatan bahasa -Masalah kefahaman -Tidak suka disentuh -Bermasalah interaksi sosial -Pergerakan berulang-ulang |
SEREBAL PALSI |
-Kecacatan anggota – tangan, kaki, tubuh badan -Masalah pergerakan -Masalah postur -Kekejangan -Pergerakan tidak terkawal -Masalah imbangan badan -Masalah komunikasi -Masalah motor halus/kasar -Masalah tulisan -Masalah perkembangan motor halus /kasar |
HYPERAKTIF |
|
HYPOAKTIF |
|
PINTAR CERDAS |
|
ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER (ADHD) |
|