Tuesday 12 April 2016

PRASEKOLAH: GOTONG ROYONG PRASEKOLAH SK DESA PINGGIRAN PUTRA (SEDERAP)

Tarikh: 9 April 2016

Masa: 8.00 pagi - 12.30 tengah hari

Lokasi: Sekitar kawasan prasekolah


Objektif :

i.  Mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat bekerjasama antara guru-guru, pembantu murid dan para ibu bapa.
ii. Membersih dan menceriakan kawasan prasekolah.


Laporan Aktiviti:

Sebelum memulakan kerja-kerja gotong royong, ibu bapa telah menikmati sedikit jamuan ringan yang disediakan hasil daripada 'potluck' para ibu yang hadir pada hari tersebut. Sejurus bersarapan, gotong royong telah dijalankan pada jam 8.45 pagi.

Gotong royong telah dilaksanakan secara berkumpulan iaitu kumpulan berkebun, kumpulan mengecat dan kumpulan menggantung banner. Setiap kumpulan diketuai oleh seorang wakil ibu bapa yang telah dilantik dikalangan AJK Pewaris Prasekolah.

Aktiviti berkebun yang diketuai oleh En. Mardinas merangkap Pengerusi Pewaris Prasekolah telah dimulakan dengan menanam anak-anak pokok betik. Selain daripada pokok betik, anak pokok rambutan dan anak  pokok mempelam juga turut ditanam. Terdapat juga tumbuhan renek dan tanaman herba seperti pokok kari, pokok 'belalai gajah', pokok 'pecah kaca' dan pokok 'stevia'. Pokok-pokok yang ditanam adalah hasil sumbangan daripada AJK Pewaris Prasekolah.

Ruang makan prasekolah turut dicat indah hasil kerjasama para ibu bapa yang hadir. Kumpulan mengecat telah diketuai oleh En. Mohd Najib. Bagi memastikan kerja-kerja mengecat berjalan dengan lancar, para ibu yang menguruskan jamuan turut membantu bersama-sama mengecat ruang makan prasekolah. Setelah selesai kerja-kerja mengecat, para ibu bapa membantu membalut meja makan yang telah disumbang oleh ibu bapa murid prasekolah pada tahun ini. Sebanyak 8 buah meja makan telah disumbangkan untuk kegunaan murid-murid prasekolah.

Aktiviti menggantung banner pula telah diketuai oleh En. Shaharim. Banner-banner yang perlu digantung telah ditempah terlebih dahulu oleh cikgu. Banner- banner telah digantung disekeliling bangunan prasekolah. Walaupun pada awalnya menghadapi pelbagai rintangan akhirnya banner-banner tersebut berjaya juga digantung dengan kerjasama dan bantuan daripada para bapa yang hadir.

Aktiviti gotong royong selesai pada jam 12.30 tengah hari. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang hadir bersama-sama bagi meluangkan masa dan memerah keringat untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Terima kasih juga atas komitmen yang tinggi dan kerjasama padu yang diberikan sepanjang aktiviti gotong royong berjalan. Jasa dan pengorbanan tuan/puan sekalian hanya Allah yang dapat membalasnya. Terima kasih.

Jamuan yang disediakan hasil 'potluck' daripada para ibu bapa yang hadir


Berbincang dan merancang samentara menunggu sarapan

Bersarapan sambil merapatkan silaturahim


Anak pokok betik yang pertama

Anak pokok betik yang kedua daripada tiga

Menanam anak pokok mempelam

Anak pokok rambutan hasil sumbangan ibu bapa 

Harap-harap menjadila pokok rambutan ni.. Boleh murid-murid prasekolah merasa

Antara orang-orang kuat yang bertungkus lumus pada hari tersebut

En. Azizi membuang batu-batu simen di taman permainan





Bersama-sama membersihkan persekitaran prasekolah yang luas






Melepaskan lelah sambil melihat hasil tanaman masing-masing


Walaupun matahari sudah tinggi,tetap gigih memberikan komitmen
Murid-murid prasekolah turut membantu
Persiapan sebelum mengecat
Para ibu turut sama membantu mengecat ruang makan
Tekun mengecat sehingga selesai


Menghias dinding yang telah dicat dengan corak bata

Membalut meja makan murid hasil daripada sumbangan ibu bapa 


Sebanyak 8 buah meja makan murid telah disumbang oleh ibu bapa pada tahun ini
Selamat datang ke Prasekolah SEDERAP


Team En. Shaharim yang telah bertungkus lumus menggantung banner


Banner comel yang siap digantung







1 comment:

Blogger said...

In this manner my associate Wesley Virgin's story launches in this SHOCKING and controversial video.

You see, Wesley was in the military-and shortly after leaving-he discovered hidden, "mind control" secrets that the government and others used to get whatever they want.

As it turns out, these are the EXACT same tactics many famous people (notably those who "come out of nothing") and the greatest business people used to become wealthy and successful.

You probably know how you use only 10% of your brain.

Mostly, that's because most of your brainpower is UNCONSCIOUS.

Maybe that thought has even taken place INSIDE your very own head... as it did in my good friend Wesley Virgin's head seven years back, while riding an unlicensed, beat-up trash bucket of a car with a suspended license and in his pocket.

"I'm absolutely fed up with living check to check! Why can't I turn myself successful?"

You've been a part of those those questions, ain't it so?

Your success story is going to start. You just need to take a leap of faith in YOURSELF.

Take Action Now!

Post a Comment