Friday, 2 June 2017

PRASEKOLAH : MAJLIS SAMBUTAN HARI JADI MURID PRASEKOLAH KALI PERTAMA

Tarikh   : 25 Mei 2017 (Khamis)
Masa    : 9.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Dewan Makan Prasekolah


Majlis yang diadakan bertujuan untuk meraikan murid-murid prasekolah yang lahir dari bulan Januari hingga Jun. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran ibu bapa murid prasekolah. Walaupun tidak semua ibu bapa yang dapat menghadirkan diri, namun kehadiran sebahagiannya tetap memberi kegembiraan dan keceriaan kepada murid-murid.

Terlebih dahulu, majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada En. Johan Cruyff selaku Pengerusi Pewaris Prasekolah Sesi 2017. Seterusnya, seramai 21 orang murid yang lahir dari bulan Januari hingga Jun telah dijemput untuk bergambar beramai-ramai bersama dengan 3 biji kek yang telah ditempah khas untuk mereka.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran barisan pentadbir yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama berkongsi kegembiraan dengan murid-murid. Pada kali ini, Guru Besar, En Sukimin bin Juki tidak dapat turut serta atas urusan yang tidak dapat dielakkan.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AJK Pewaris yang telah bekerjasama dengan pihak prasekolah bagi memastikan majlis dapat berjalan seperti yang telah dirancang. Terima kasih juga diucapkan kepada semua ibu bapa atas sokongan dan sumbangan yang telah diberi. Sesungguhnya hanya tuhan sahaja yang dapat membalas segalanya.


Semua teruja datang awal pada hari ini


Teruja tengok kamera:)


Ceria semua..


Tak sabar nak makan kek..

Macam-macam gaya si cilik..


Ibu bapa turut hadir memeriahkan majlis


Ucapan daripada Pengerusi Pewaris, En. Johan Cruyff
Murid-murid yang lahir dari bulan Januari hingga Jun
Bergambar kenangan bersama guru-guru dan pembantu
Murid-murid yang diraikan

Kita makan dulu...



Pemberian cenderahati kepada semua murid yang telah disampaikan oleh Pn. Maznah

Nurul...

Sedondon pula Adam dengan Pn. Maznah

Shasha Adeera..

Tasneem.. 

1 comment:

Blogger said...

As claimed by Stanford Medical, It is in fact the ONLY reason women in this country get to live 10 years more and weigh an average of 19 kilos lighter than us.

(And by the way, it is not about genetics or some secret diet and really, EVERYTHING to do with "how" they eat.)

BTW, What I said is "HOW", and not "WHAT"...

TAP on this link to find out if this easy quiz can help you discover your real weight loss possibilities

Post a Comment