Monday, 10 July 2017

SUKAN TAHUNAN 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kepada,
Ibu bapa dan Penjaga,
Murid-Murid,
SK Desa Pinggiran Putra.

PENANGGUHAN SUKAN TAHUNAN KALI KEEMPAT, 
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PINGGIRAN PUTRA TAHUN 2017.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah memohon maaf kerana Sukan Tahunan yang sepatutnya dilaksanakan pada tarikh 16 Julai 2017 telah ditangguhkan tarikhnya kepada:

            Tarikh : 24 September 2017
            Hari     : Ahad

Ini adalah disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan dan juga memberi ruang kepada ibu bapa dan anak-anak SEDERAP yang masih lagi meraikan Aidil Fitri.

Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan amat kami hargai dan diucapkan terima kasih.

SALMAH BINTI ISMAIL
PK Kokurikulum
SK Desa Pinggiran Putra

No comments:

Post a Comment