Wednesday 15 November 2017

Hari       : Isnin
Tarikh    : 13 November 2017
Masa      : 7.40-8.10 pagi
Tempat  : Dataran Perhimpunan SK Desa Pinggiran Putra

Guru Bertugas   :  1.  En. Mohd Faizul bin Zakaria
                           2.  Pn. Fazira binti Ismail
                           3.  Pn. Nur Izzati binti Muhammad Hairi
                           4.  Pn. Norwati binti Mohammad Supian
                           5.  Pn. Wan Anna Wahidah binti Wan Mat Tahir
                           6.  En. Muhammad Jawad Faruqi bin Zainal Abidin

Pengacara Majlis    : En. Mohd Faizul bin Zakaria
Bacaan Doa            : Adik Zharif Hashimi
Bacaan Ikrar Murid : Adik Amirul Hakim

                 

Laporan Perhimpunan:


1Nyanyian 3 buah lagu - Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan Pn. Norwati binti Mohammad Supian.
2Bacaan Doa oleh pengawas bertugas, Adik Zharif Hashimi
3Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Penggunaan Jalan Raya yang dipimpin oleh Cik Salwa binti Mohd Hadi.
4Bacaan Ikrar Murid oleh pengawas bertugas, Adik Muhammad Amirul Hakim bin Zamri 

5
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas: Pn. Umi Nazihah binti Che Ghani

5.1  Murid diberikan penekanan untuk memastikan mereka berada pada tempat yang ditetapkan oleh guru dan tidak merayau-rayau di kawasan sekolah. Selain itu, murid juga harus meminta kebenaran sekiranya hendak ke tandas.

5.2  Murid-murid dinasihatkan supaya membuang sampah ke dalam tong sampah yang disedikan di sekitar kawasan sekolah.

6Ucapan Pentadbir : Pn. Maznah bt Mohd Noor



6.1 Pihak sekolah mengucapkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua murid kerana dapat hadir ke sekolah pada hari ini.

6.2 Beliau juga memberi makluman tentang penyerahan buku teks untuk tahun hadapan kepada semua murid kecuali murid tahun 2. Aktiviti ini akan dilaksanakan pada hari Selasa 14 November 2017.

6.3 Selain itu, pada hari Jumaat (17 November 2017) pula akan berlangsungnya Hari Jalinan Kasih SK Desa Pinggiran Putra. Sehubungan dengan hal ini, satu surat makluman akan diberikan kepada ibu bapa terutamanya bagi murid-murid Tahun 5 yang bakal menghadapai UPSR pada tahun hadapan.

6.4 Pada hari Sabtu bersamaan 18 November 2017 akan diadakan Program Orientasi bagi murid Tahun 1 dan Prasekolah 2018.

6.5 Pn Maznah juga mengambil kesempatan ini untuk menegaskan sekali lagi kepada semua murid untuk senantiasa menjaga kebersihan serta disiplin masing-masing ketika berada di sekolah. Semua sampah dan kotoran mestilah dibuang ke dalam tong sampah bukannya ditepi atau di atas penutup sampah.

6.6 Akhir sekali, beliau memohon kepada semua murid untuk mengekalkan kehadiran ke sekolah sehingga tamat sesi persekolahan tahun 2017.






Perhimpunan Pagi dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang dipimpin oleh Pn. Norwati binti Mohammad Supian



Pengacara majlis pada minggu ini iaitu Ustaz Mohd Faizul bin Zakaria



Kelangsungan majlis diteruskan dengan ucapan daripada guru bertugas iaitu Pn. Umi Nazihah Che Ghani dan GPK Akademik Pn Maznah binti Mohd Noor.

1 comment:

Blogger said...

Easy "water hack" burns 2 lbs OVERNIGHT

At least 160 thousand women and men are utilizing a easy and secret "liquids hack" to drop 1-2lbs each night as they sleep.

It is very easy and works with everybody.

Here's how to do it yourself:

1) Take a drinking glass and fill it half full

2) And then do this crazy HACK

you'll be 1-2lbs thinner when you wake up!

Post a Comment