Monday 16 July 2018

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH BAGI TEMPOH 1 DISEMBER 2018 HINGGA 30 NOVEMBER 2020

Sukacita dimaklumkan bahawa tempoh tamat tender bagi pengusaha kantin sekolah ini  akan tamat pada 30 November 2018.

Sehubungan dengan itu kami mempelawa kepada sesiapa yang berminat untuk membuat Sebut Harga Kantin yang baru dan bolehlah mendapatkan borang sebut harga tersebut di pejabat sekolah SEBELUM 30 OGOS 2018 pada waktu pejabat..

Sila rujuk surat Kenyatan Tawaran Sebut Harga Kantin yang disertakan seperti di bawah ini.

Sekian dimaklumkan. terima kasih.

PK HEM



TAWARAN SEBUT HARGA UNTUK KANTIN SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PINGGIRAN PUTRA

1.   Tawaran adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berminat untuk mengendalikan kantin  sekolah ini bagi tempoh dari 1 Disember 2018 hingga 30 November 2020 (24 bulan).

2.   Sebut harga hendaklah dihantar di dalam surat berlakri dan bertanda “SEBUT HARGA KANTIN SK DESA PINGGIRAN PUTRA” di bahagian atas sudut kiri. Borang serta dokumen-dokumen lain berkaitan, hendaklah sampai ke Pejabat sekolah pada atau sebelum 30.08.2018 jam 12.00 tengah hari.

3.     Setiap sebut harga hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM100 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja) dalam bentuk kiriman wang/ wang pos/ draf bank/ cek berpalang atas nama GURU BESAR SK DESA PINGGIRAN PUTRA. Permohonan tanpa wang pertaruhan tidak akan dilayan dan dipertimbangkan. Wang pertaruhan akan dikembalikan semula kepada  pemohon-pemohon yang tidak berjaya.

4.   Borang-borang serta dokumen lain yang berkaitan boleh didapati di Pejabat sekolah mulai 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada waktu pejabat secara PERCUMA.

Jumlah anggaran murid untuk tahun 2019 adalah seperti berikut;
                 Jumlah murid Melayu              = 780 orang
                 Jumlah murid Cina                  = tiada
                 Jumlah murid India                  = tiada
                 Lain-lain                                   = tiada
                 Jumlah besar                           = 780 orang     
                 Jumlah guru                             = 44 orang
                 Jumlah kakitangan                   = 7 orang
                 Pekerja swasta                         = 8 orang
                 Sesi persekolahan                    : 1 sesi (pagi sahaja)

5.     Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad dan sebarang bantahan atau rayuan tidak akan dilayan.

6.     Dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan bersama borang permohonan ialah;
i.              Sijil Pendaftaran Perniagaan (ROB)
ii.             Sijil Pendaftaran Sijil Kewangan(ROT)
iii.            Sijil Kursus Pengendalian Makanan
iv.   Lesen Perniagaan Majlis Perbendaharaan (jika sedang berniaga), cetakan pendaftaran online FOSIM (Food Safety Information Management) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, jika belum sila daftar melalui laman web : http//fosimdimestic.moh.gov.my
v.             Markah kebersihan kantin sekarang (jika ada kantin).

1 comment:

Blogger said...

Did you realize there is a 12 word phrase you can say to your partner... that will induce deep feelings of love and instinctual attractiveness for you deep within his chest?

That's because hidden in these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's instinct to love, idolize and look after you with all his heart...

12 Words Who Trigger A Man's Desire Impulse

This instinct is so built-in to a man's mind that it will make him try better than before to to be the best lover he can be.

Matter-of-fact, fueling this all-powerful instinct is absolutely important to achieving the best ever relationship with your man that the moment you send your man a "Secret Signal"...

...You will immediately find him open his heart and soul for you in a way he's never experienced before and he'll perceive you as the only woman in the world who has ever truly appealed to him.

Post a Comment