Saturday 10 November 2018

Hari Orientasi Tahun 1 dan Prasekolah 2019

Assalamualaikum w.b.tt dab salam sejahtera buat semua warga SK Desa Pinggiran Putra.

Seperti sedia maklum, SK Desa Pinggiran Putra telah mengadakan Hari Orientasi Tahun 1 2019 dan Prasekolah , butir program adalah seperti berikut:
              
                Tarikh: 10 November 2018
                Hari: Sabtu
                Masa: 7.30pagi-12tgh
                Tempat: SK Desa Pinggiran Putra

Seawal pagi jam 7.30 pagi SKDPP telah dipenuhi dengan kehadiran ibu bapa dan murid malah seisi keluarga berbetulan Hari Orientasi ini diadakan pada hari Sabtu. Suasana meriah dengan keceriaan anak-anak dan ibu bapa sepanjang program berjalan.

Majlis telah dimulai dengan sesi pendaftaran, taklimat semakan fail murid, taklimat ibu bapa bersama barisan pentadbir, taklimat disiplin serta taklimat PBS, LINUS dan Transisi. Manakala aktiviti untuk warga baru SKDPP iaitu anak-anak tahun 1 bermula dengan pengagihan kumpulan, taklimat ringkas, ujian diagnostik dan tempahan baju sukan. Sesi orientasi pra sekolah pula telah berlangsung di Pusat Sumber Sekolah.

Pn Maznah bt Mohd Noor,Penolong Kanan Pentadbiran telah kongsikan maklumat tentang Program Transisi Dan Amalan Guru Penyayang (PTGB), Program Linus dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Taklimat disiplin telah disampaikan oleh Ustazah Salwa, Guru Disiplin SEDERAP. Beliau telah memberikan maklumat tentang budaya disiplin SEDERAP, kedatangan murid serta kekemasan pelajar. Sesi taklimat diteruskan oleh En Mohd Shafiq bin Shabarudin,Pegawai PTPTN cawangan Selangor. Beliau menerangkan tentang pembukaan akaun SSPN-i. Diberikan juga taklimat tentang penyewaan loker,pembelian baju PJ dan peratusan kehadiran.

Majlis bersurai pada jam 12 tengahari. Semoga program yang telah dijalankan sedikit sebanyak membantu dan memberi semangat berkobar-kobar anak-anak tahun 1 dan prasekolah untuk hadir ke sekolah nanti.
Lihatlah corat-coret warna-warni dari bingkisan hari Orientasi Tahun 1 dan Prasekolah 2019







Akhir kata,
 jutaan terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Hari Orientasi Tahun 1 dan prasekolah 2019 terutamanya jawatankuasa program, Guru Besar, barisan pentadbir, guru-guru, staff, PIBG, ibu bapa dan murid-murid.

1 comment:

Blogger said...

If you're trying to lose kilograms then you absolutely need to start following this brand new custom keto plan.

To create this service, licenced nutritionists, personal trainers, and cooks joined together to produce keto meal plans that are effective, decent, money-efficient, and fun.

Since their grand opening in January 2019, 1000's of people have already transformed their body and health with the benefits a proper keto plan can provide.

Speaking of benefits; clicking this link, you'll discover 8 scientifically-proven ones given by the keto plan.

Post a Comment