Thursday, 18 April 2019



LAPORAN LATIHAN KEBAKARAN SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PINGGIRAN PUTRA (SEDERAP) 2019

Rasional

Pada 17 April 2019 Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra (SEDERAP) telah membuat latihan kebakaran dan simulasi pengosongan bangunan yang melibatkan semua warga sekolah. Latihan ini perlu bagi mempersiapkan murid-murid dan warga sekolah dengan pengetahuan dan tindakan yang betul serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran. Sememangnya sesuatu bencana, kemalangan atau musibah boleh berlaku bila-bila masa tanpa diduga. Justeru semua warga sekolah perlu memahami dengan jelas mengenai langkah-langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku kebakaran atau bencana alam serta dapat bertindak secara spontan.

Matlamat

Melatih murid-murid dan warga sekolah agar mengutamakan keselamatan dengan mengambil tindakan yang betul serta tidak panik dan menggunakan arah laluan kecemasan seperti yang telah dilatih sekiranya berlaku kebakaran.

Objektif
1.           Memberi kesedaran kepada murid-murid dan warga sekolah agar sentiasa bersedia            menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran.
2.             Melatih murid-murid dan warga sekolah agar dapat mengambil tindakan yang betul sekiranya berlaku kebakaran.
3.        Mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada semua warga sekolah agar dapat mengambil langkah-langkah awal bagi mencegah kebakaran daripada berlaku.

Tentatif Program

Tarikh   : 17 April 2019
Hari       : Rabu
Masa    : 08.50pagi hingga 09.40pagi
Tempat Berkumpul : Padang Bola SK Desa Pinggiran Putra

Aktiviti 

Masa
Tempuh masa digunakan
Aktiviti
8:50 am
5 minit
Loceng Amaran kebakaran dibunyikan
8:50 am – 8:55 am
5 minit
Simulasi pengosongan bangunan
8.55 am – 9:05 am
10 minit
Semakan jumlah warga sekolah
9:05 am – 9:20 am
15 minit
Taklimat ringkas keselamatan
Dewan Terbuka
9:20 am – 9:40 am
20 minit
Demonstrasi memadam kebakaran
9:40 am
Bersurai/melaksana aktiviti sekolah seperti biasa

Gambar lampiran:-


1) Sebelum hari kejadian

Mesyuarat sebelum melaksanakan latihan kebakaran 2019



2) Semasa hari latihan dilaksanakan
Simulasi pengosongan bangunan dan murid berkumpul di tempat yang selamat

Taklimat Latihan Kebakaran

Demonstrasi memadam kebakaran
Murid perempuan membuat demonstrasi memadam kebakaran



Murid membuat demonstrasi memadam kebakaran



3) Selepas latihan kebakaran

Encik Faizul sedang membersihkan tempat membuat demonstrasi memadam kebakaran

1 comment:

Blogger said...

Did you know there's a 12 word phrase you can tell your partner... that will induce deep emotions of love and impulsive appeal for you buried inside his heart?

That's because deep inside these 12 words is a "secret signal" that fuels a man's impulse to love, please and guard you with his entire heart...

12 Words Who Trigger A Man's Desire Response

This impulse is so hardwired into a man's mind that it will drive him to work harder than ever before to do his best at looking after your relationship.

In fact, triggering this powerful impulse is absolutely important to getting the best ever relationship with your man that the second you send your man one of these "Secret Signals"...

...You'll instantly notice him expose his soul and mind for you in a way he's never experienced before and he will identify you as the only woman in the world who has ever truly fascinated him.

Post a Comment