Tarikh : 21 Oktober 2019
Hari : Isnin
Masa : 7.40-8.10 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Desa Pinggiran Putra
Guru Bertugas :
1. Pn. Nurulhanis binti Noh (Ketua Kumpulan)
2. Pn. Mariyah binti Mat Daud
3. Pn. Satriana binti Hapi
4. Cik Salwa binti Mohd Hadi
5. En. Sashi Kumar a/l Vetharajoo
6. Cik Ili Syahirah binti Abd Ghani
7. Pn. Siti Norhazwani binti Zainol
8. Pn. Nurul Huda binti Wan Abdullah
Laporan Perhimpunan :
1. Nyanyian 3 buah lagu - Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang dipimpin oleh Adik Fakhira Najwa binti Rosli
2. Bacaan Doa yang dipimpin oleh Adik Muhammad Irsyaduddin Hafiy bin Yusni Amir
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Pengguna Jalan Raya yang dipimpin oleh Pn. Noraida binti Abd. Aziz.
4. Bacaan Ikrar Murid yang dipimpin oleh Adik Muhammad Ajmal Amin
5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn. Nur Hanani binti Ramlan
- Murid-murid diingatkan untuk sentiasa jaga kebersihan di kantin, sampah perlu dibuang di dalam tong sampah.
- Murid -murid diingatkan supaya tidak berlari di belakang bilik PPKI dan di tapak perhimpunan. Selepas waktu rehat murid-murid perlu berkumpul segera di dewan terbuka.
- Murid-murid turut diingatkan supaya tidak bermain di kawasan prasekolah semasa rehat dan selepas waktu pulang.
6. Penyampaian hadiah peserta Perkhemahan Perdana Badan Beruniform (oleh Cik Nanthini)
- Hadiah Persembahan Terbaik
- Tempat Pertama: Kumpulan 9
- Tempat Kedua: Kumpulan 8
- Tempat Ketiga: Kumpulan 2
- Tempat Keempat: Kumpulan 1
- Tempat Pertama: Kumpulan 1
- Tempat Kedua: Kumpulan 2
- Tempat Ketiga: Kumpulan
- Tempat Keempat: Kumpulan 6
- Tempat Kelima: Kumpulan 3
- Tempat Keenam: Kumpulan 7
- Peserta Terbaik Lelaki: Muhammad Ashraff bin Abdul Hafiz (6 Cempaka)
- Peserta Terbaik Perempuan: Nur Aisyah Iman bin Faizul Akmam (6 Cempaka)
7. Penyampaian hadiah kepada murid PPKI (oleh En. Jawad)
- Kejohanan Futsal Kategori Pendidikan Khas Daerah Sepang
Pencapaian: Naib Johan
- Pertandingan 'Super Autisme, Sport For All'
Pencapaian: Nur Rahman bin Abd Rahim - Johan Pertandingan Renang 100m bawah
15 tahun & Johan dalam larian 100m dan 80m.
8. Penyampaian hadiah Pemulihan Khas (oleh Pn. Asiah)
- Kem Intervensi PdPc Pemulihan Khas Daerah Sepang
Pencapaian: - Aisyah Humairah (2 Zamrud): Tempat ketiga Stesen Explorace
- Mohammad Baiz Qayyim (3 Rajawali): Tempat ketiga Stesen Pokok
- Mohamad Syameel (3 Rajawali): Naib Johan Stesen Mate e-Fun Games
- Amirul Reezki (2 Zamrud): Johan Stesen Jejak Lebah
9. Penyampaian hadiah peserta pidato (oleh Pn. Nor Sabariah)
10. Ucapan pentadbir oleh En. Sukimin bin Juki, Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra
- PPPM telah menggariskan 6 aspirasi murid dan 6 aspirasi guru dalam mencapai hasrat negara maju.
- Tiga (3) perkara yang ingin dibangunkan dalam diri murid ialah kognitif, afektif dan psikomotorik. Kognitif merupakan aspek yang berkaitan dengan proses berfikir. Afektif pula bermaksud segala yang berkaitan tentang emosi seperti penghargaan, nilai, perasaan, semangat, minat dan sikap dalam sesuatu perkara. Psikomotorik bermaksud perilaku gerakan dan koordinasi jasmani dan kemampuan fizikal seseorang murid. Ketiga perkara ini sangat penting dalam membantu murid mengembangkan kemampuan diri secara menyeluruh.