Tuesday 13 April 2021

PROGRAM BULAN DAKWAH, IHYA' RAMADAN 2021

   Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan taufik dan inayah-Nya, Gimik Pelancaran Program Bulan Dakwah, Ihya' Ramadan dan Khatam Al-Quran 2021 bersama 1442H telah dirasmikan semalam pada pukul 1.02 Tengah hari dalam bentuk montaj dengan jayanya sempena ketibaan bulan Ramadan Al-Mubarak. Program ini telah dirasmikan oleh En. Sukimin Bin Juki, Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra.


Jom saksikan video gimik perasmian ini:

https://youtu.be/BkmKGJkYpVA


   Program ini merupakan program tahunan yang dilaksanakan peringkat sekolah di bawah anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab SEDERAP. Di antara objektif program ini adalah untuk membina sahsiah murid supaya menjadi insan mulia, dapat membangunkan diri, berbakti kepada agama dan berketrampilan serta dapat membudayakan suasana Ramadan dengan ibadah dan aktiviti yang berfaedah.

   Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan sepanjang bulan Ramadan ini bermula 13 April - 10 Mei 2021. Antaranya ialah :

             1) Pertandingan mewarna poster ( Murid PraSekolah, PPKI dan Tahun 1) 

             2) Pertandingan teka silang kata ( Murid Tahun 2)

             3) Pertandingan melukis poster Ramadan ( Murid Tahun 3)

             4) Pertandingan e-Nasyid Ramadan Solo ( Murid Tahun 4)

             5) Pertandingan e-Kalam Arabi ( Murid Tahun 5)

             6) Pertandingan e-Daie Cilik ( Murid Tahun 6)

                 dan banyak lagi.


Akhir kata, diharapkan program ini dapat memberi impak positif dalam diri murid-murid SEDERAP dan beroleh keberkatan dan kerahmatan di sisiNya.


       "RAMADAN KAREEM, ALLAHU AKRAM"



Sekian, terima kasih.






No comments:

Post a Comment