Monday, 9 August 2021

PROSES PENGESAHAN PENEMPATAN TAHUN 1/2022N

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Keputusan penempatan Tahun 1/2022 akan dipaparkan dalam sistem Permohonan Tahun 1 Online 1 Ogos ini. 

Oleh yang demikian proses pengesahan boleh dibuat berdasarkan panduan berikut:


*TINDAKAN IBU BAPA*


*1. PERAKUAN PENEMPATAN*

📌 Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online.

📌 Surat Penempatan dan dokumen  pengesahan sekolah tidak perlu dihantar SECARA FIZIKAL ke sekolah. Namun Salinan tersebut perlu DICETAK dan DISIMPAN dengan SELAMAT oleh ibu/bapa/penjaga untuk kegunaan semasa PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.

📌 Ibu/bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu MENGHUBUNGI SEKOLAH YANG DITEMPATKAN untuk bantuan proses pengesahan tersebut.


*2. PERMOHONAN RAYUAN*

📍Permohonan RAYUAN PENEMPATAN hanya dibuat secara ONLINE dalam sistem dan *TIADA* proses RAYUAN MANUAL.

📍Sekiranya ingin membuat RAYUAN, perakuan online perlu dibuat  kerana Butang RAYUAN hanya akan aktif selepas proses PERAKUAN ibu/bapa/penjaga dilaksanakan.

📍Keputusan RAYUAN adalah MUKTAMAD dan perlu DISEMAK sendiri ibu/bapa/penjaga dalam sistem yang sama.

📍Keputusan RAYUAN perlu dicetak dan DISIMPAN oleh ibu/bapa/penjaga dengan SELAMAT untuk kegunaan PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan. 


*TINDAKAN SEKOLAH*


1. MUAT TURUN, CETAK dan SIMPAN SEMUA SURAT PENEMPATAN termasuk KEPUTUSAN RAYUAN dari SISTEM (softcopy & hardcopy).


2. Semak STATUS PERAKUAN ibu/bapa/penjaga. Hubungi ibu/bapa/penjaga yang tidak membuat PERAKUAN online. Sekiranya ibu/bapa/penjaga menghadapi masalah, mohon pihak sekolah membantu bagi menyelesaikan proses tersebut. 


3. Rekod catatan bagi setiap tindakan yang telah diambil.


Semoga maklumat yang dikongsikan ini boleh digunakan sebagai panduan pelaksanaan proses kerja tersebut. Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan terus kepada saya. 


Sekian, terima kasih.

PK HEM SKDPP

Encik Zairi bin Mhd Lauri

No comments:

Post a Comment