LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGUAN
Tarikh: 21 September 2026 – 25 September 2026
SENARAI GURU BERTUGAS (KUMP. 2)
1. Norwati Bt Mohammad Supian2. Nurul Hanan Bt Hussin3. Umi Nazihah Bt Che Ghani4. Zainor Yarisah Bt Sapari5. Syahriha Bt Raman6. Fazira Bt Ismail7. Mohd Shazuwan Bin Che Lah
1. PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH
Perhimpunan rasmi sekolah pada minggu ini telah ditangguhkan berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang melebihi 100. Langkah ini diambil bagi menjaga keselamatan dan kesihatan semua warga sekolah susulan keadaan jerebu yang berlaku.
2. PEMBERIAN CERMIN MATA
Satu aktiviti pemberian cermin mata kepada adik Ali Muhammad bin Abdul Razak telah dilaksanakan pada minggu ini. Pemberian cermin mata ini diharapkan dapat membantu murid tersebut meningkatkan keselesaan dan keupayaan penglihatan, khususnya semasa mengikuti proses pembelajaran di dalam kelas.
Penyampaian cermin mata kepada adik Ali Muhammad bin Abdul Razak.
3. PEPERIKSAAN PKSK TINGKATAN 4
Peperiksaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 4 telah dijalankan bertempat di Bilik Makmal Komputer Sederap. Pelaksanaan peperiksaan berjalan dengan teratur dan lancar dengan kerjasama warga sekolah yang terlibat.
Guru bertugas Peperiksaan PKSK Tingkatan 4 di Bilik Makmal Komputer Sederap.
4. TAKLIMAT LATIHAN KEBAKARAN
Pada 23 September 2026, pihak sekolah telah menerima kunjungan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Dengkil bagi menyampaikan taklimat berkaitan latihan kebakaran.
Taklimat ini bertujuan memberikan pendedahan kepada warga sekolah mengenai prosedur keselamatan, tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran serta tatacara pengosongan bangunan dengan selamat. Taklimat ini diharapkan dapat meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan warga sekolah dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.
PENUTUP
Secara keseluruhannya, aktiviti dan urusan sekolah sepanjang Minggu Ke-32 telah berjalan dengan baik dan lancar. Kerjasama daripada semua guru, kakitangan dan warga sekolah amat dihargai bagi memastikan keselamatan, kebajikan serta kelancaran aktiviti sekolah sentiasa terpelihara.
Disediakan oleh:
Guru Bertugas Mingguan
21 – 25 September 2026



