Wednesday 15 June 2022

LAPORAN BERTUGAS MINGGUAN (13 JUN - 16 JUN 2022)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Berikut ialah senarai guru bertugas pada minggu ini.

1.   Tengku Fairus binti Raja Hassan

2.    Mohd Muslihuddin bin Mohd Noor

3.    Nur Syahirah binti Md Nasir

4.    Nurhafiza binti Mohamad Ramdzan

5.    Nurul Hanan binti Hussin

6.    Siti Aishah binti Md Sarif

7.    Siti Amalina binti Mazni

8.    Sofiah binti Abdul Halim

9.    Suraya binti Md Saad

10.  Nurul Huda binti Wan Abdullah

11.  Paiezah binti Ibrahim

12.  Fatin Habibah binti Mazlan

13.  Mohd Azizun Sauri bin Aziz

14.  Zuhaila binti Hamid

15.  Noraniza binti Salleh

16.  Syajaratuddur binti Mahamod




Barisan guru bertugas pada minggu ini


Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Cikgu Salsabila)

Cikgu Salsabila guru bertugas minggu lepas menyebut tentang masalah pembuangan sampah. Murid-murid dingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan dipersekitaran sekolah. Selain itu, beliau turut mengingatkan agar murid-murid jangan berlari kerana boleh mendatangkan kecederaan sekiranya terjatuh. Murid-murid perlu mengangkat tangan dengan tatacara yang betul semasa bacaan ikrar dan yang terakhir beliau memohon murid-murid yang kehilangan wang berjumpa dengan beliau memandangkan jumlahnya agak besar.










Pn Salsabila memberi laporan guru bertugas pada minggu lepas






Ucapan Pentadbir (Puan Anita)

Guru Besar mengucapkan tahniah kepada murid atas kehadiran ke sekolah pada hari ini.Beliau mengharapkan murid-murid mengenali para pentadbir dan guru-guru SEDERAP. Murid perlu menghormati guru-guru dengan memberi salam. Guru Besar turut menegaskan tentang kehadiran murid semasa pagi. Murid perlu mengikut peraturan sekolah datang sebelum 7.30 pagi. Mohon kerjasama ibu bapa untuk memastikan murid datang ke sekolah mengikut masa yang ditetapkan. Murid perlu menjaga kebersihan kelas. Murid diingatkan untuk tidak membuang sampah melalui tingkap arah padang. Semasa rehat murid diingatkan untuk mengutip sisa makanan dan buang dalam tong sampah. Puan Anita juga turut mengingatkan murid-murid tentang pemakaian baju unit uniform pada setiap hari isnin setiap minggu ke 3. Beliau sering mengingatkan dan menegaskan murid yang tidak hadir ke sekolah untuk memaklumkan kepada guru kelas dan sertakan dokumen ketidakhadiran. 









No comments:

Post a Comment