Wednesday, 17 August 2022

 

LAPORAN LATIHAN KEBAKARAN SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PINGGIRAN PUTRA (SEDERAP) 2022 

Rasional 

Pada 17 Ogos 2022 Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra (SEDERAP) telah membuat latihan kebakaran dan simulasi pengosongan bangunan yang melibatkan semua warga sekolah. Latihan ini perlu bagi mempersiapkan murid-murid dan warga sekolah dengan pengetahuan dan tindakan yang betul serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran. Sememangnya sesuatu bencana, kemalangan atau musibah boleh berlaku bila-bila masa tanpa diduga. Justeru semua warga sekolah perlu memahami dengan jelas mengenai langkah-langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku kebakaran atau bencana alam serta dapat bertindak secara spontan.

Matlamat

Melatih murid-murid dan warga sekolah agar mengutamakan keselamatan dengan mengambil tindakan yang betul serta tidak panik dan menggunakan arah laluan kecemasan seperti yang telah dilatih sekiranya berlaku kebakaran.

Objektif

1.           Memberi kesedaran kepada murid-murid dan warga sekolah agar sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran.

2.             Melatih murid-murid dan warga sekolah agar dapat mengambil tindakan yang betul sekiranya berlaku kebakaran.

3.        Mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada semua warga sekolah agar dapat mengambil langkah-langkah awal bagi mencegah kebakaran daripada berlaku.

Tentatif Program

Tarikh   : 17 Ogos 2022

Hari       : Rabu

Masa    : 08.25pagi hingga 09.40pagi

Tempat Berkumpul : Padang Sebelah Bilik PPKI dan Padang Bola Baling

Aktiviti 

 

Masa

Tempuh masa digunakan

Aktiviti

8:25 am

5 minit

Loceng Amaran kebakaran dibunyikan

8:25 am – 8:30 am

5 minit

Simulasi pengosongan bangunan

8.30 am – 8:40 am

10 minit

Semakan jumlah warga sekolah

8:40 am – 9:00 am

20 minit

Taklimat keselamatanoleh guru

9:00 am – 9:40 am

40 minit

Taklimat kegunaan alat pemadam kebakaran dan demonstrasi memadam kebakaran oleh bomba

9:40 am

Bersurai/melaksana aktiviti sekolah seperti biasa

 

Gambar lampiran:-


Simulasi pengosongan dari bilik darjah



Taklimat cara menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran dan cara menggunakan alat pemadam kebakaran oleh pegawai bomba




Wakil murid untuk demonstrasi memadam kebakaran


Demonstrasi memadam kebakaran oleh wakil murid




Penyapaian Sijil Penghargaan Kepada Pegawai Bomba 




No comments:

Post a Comment