Tuesday 15 November 2022

PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN 14 NOVEMBER 2022

Perhimpunan rasmi mingguan pada kali ini tidak dapat dijalankan di dataran perhimpunan SEDERAP kerana cuaca hujan. Walau bagamanapun, para murid tahun 1 hingga 5 tetap berhimpunan di kelas bersama-sama guru kelas masing-masing. Para murid  tahun 6 dihimpunkan di dewan terbuka bersama-sama dengan para pentadbir dan guru-guru Panitia Bahasa Arab untuk menjaya pelancaran Minggu Bahasa Arab peringkat SK Desa Pinggiran Putra bagi tahun 2022. 

Sebagai makluman, guru-guru yang bertugas pada kali ini adalah dari kumpulan 4 :
  1. MUHAMMAD JAWAD FARUQI BIN ZAINAL ABIDIN (K)
  2. SITI SUHAIDA BINTI SANIMAN
  3. MOHD SHAZUWAN BIN CHE LAH 
  4. ANIS FARHAH BINTI MD ISA
  5. NOR SABARIAH BINTI AWANG NGAH
  6. ZAHARIAH BINTI ZAINAL ABIDIN
  7. ROZAYMA BINTI ZAMAN
  8. ILI SYAHIRAN BT ABD GHANI
  9. NORSYUHADA BINTI RAMLI FAUZAN BINTI MUHAMMAD
  10. NUR IZZATI BINTI MUHAMAD HAIRI
  11. SURYANA BINTI SYUIB
  12. SHA'AZRINA BINTI MOHD IMRAN
  13. MOHAMED FAKARUDIN BIN ABD TALIB
  14. NORLIZAWATI BINTI MOHD RAZALI
Majlis pelancaran ini telah dijalankan dalam dwibahasa (bahasa Arab dan bahasa Melayu) dan dikendalikan oleh adik Izz Zara Nedeera dari kelas 5 Berlian dengan bimbingan Ustazah Suryana Syuib.  
Izz Zara Nadeera sebagai pengacara majlis



Bacaan ikrar Rukun Negara diketuai oleh ketua kumpulan guru bertugas iaitu Cikgu Muhammad Jawad Faruqi, manakala bacaan doa pula dipimpin oleh wakil pengawas iaitu Muhammad Danish 'Afyf (6 Rajawali) dan Ketua Murid SK Desa Pinggiran Putra iaitu Aryan Fateh ( 6 Kenyalang) pula memimpin bacaan ikrar murid. 


Berikutnya, majlis pelancaran Minggu Bahasa Arab dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Pantia Bahasa Arab, Puan Anis Farhah. Tuan Guru Besar, Puan Hjh. Anita binti Saridin telah menyampaikan ucapan  perasmian dan menyempurnakan gimik pelancaran Minggu Bahasa Arab. Persembahan khas dari gabungan murid tahap satu  menyerikan lagi majlis yang diadakan ini. 


Ketua Panitia Bahasa Arab, Puan Anis Farhah binti Md. Isa

Guru Besar, Puan Hajh. Anita binti Saridin

Persembahan murid

Gimik pelancaran 

Para guru panitia Bahasa Arab bersama-sama barisan pentadbir SEDERAP


Dicatat oleh, 
Cikgu Siti Suhaida binti Saniman. 









No comments:

Post a Comment