Friday 28 July 2023

LAPORAN LATIHAN KEBAKARAN SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PINGGIRAN PUTRA (SEDERAP) 2023

 Rasional

Pada 26 Julai 2023 Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra (SEDERAP) telah membuat latihan kebakaran dan simulasi pengosongan bangunan yang melibatkan semua warga sekolah. Latihan ini perlu bagi mempersiapkan murid-murid dan warga sekolah dengan pengetahuan dan tindakan yang betul serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran. Sememangnya sesuatu bencana, kemalangan atau musibah boleh berlaku bila-bila masa tanpa diduga. Justeru semua warga sekolah perlu memahami dengan jelas mengenai langkah-langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku kebakaran atau bencana alam serta dapat bertindak secara spontan.

Matlamat

Melatih murid-murid dan warga sekolah agar mengutamakan keselamatan dengan mengambil tindakan yang betul serta tidak panik dan menggunakan arah laluan kecemasan seperti yang telah dilatih sekiranya berlaku kebakaran.

Objektif

1.     Memberi kesedaran kepada murid-murid dan warga sekolah agar sentiasa bersedia   menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran.

2.            Melatih murid-murid dan warga sekolah agar dapat mengambil tindakan yang betul sekiranya berlaku kebakaran.

3.        Mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada semua warga sekolah agar dapat mengambil langkah-langkah awal bagi mencegah kebakaran daripada berlaku.

Perjalanan  Program

Tarikh   : 26 Julai 2023

Hari       : Rabu

Masa    : 02.20petang hingga 03.20petang

Tempat Berkumpul : Kawasan Lapang SK Desa Pinggiran Putra

Aktiviti 

Masa

Tempuh masa digunakan

Aktiviti

2:20 pm

5 minit

Loceng Amaran kebakaran dibunyikan

2:25 pm – 2:30 am

5 minit

Simulasi pengosongan bangunan

2.30 pm – 2:40 pm

10 minit

Semakan jumlah warga sekolah

2:40 pm – 3:00 pm

15 minit

Taklimat ringkas keselamatan

Dewan Terbuka

3:00 pm – 3:20 pm

20 minit

Demonstrasi memadam kebakaran

3:20 pm

Bersurai/melaksana aktiviti sekolah seperti biasa

 

Gambar lampiran:-



Pengosongan Bangunan 


Murid berpindah ke tempat selamat




                                                 Murid berkumpul di tempat lapang


Taklimat Latihan Kebakaran oleh Pegawai Bomba Dengkil






 

Demostrasi cara menggunakan alat pemadam api oleh wakil guru


No comments:

Post a Comment