PERHIMPUNAN SESI PAGI
Hari : ISNIN
Tarikh : 6 MEI 2024
Masa : 7.30 - 8.00 PAGI
Tempat : Dewan Terbuka SK Desa Pinggiran Putra
SENARAI GURU BERTUGAS PADA MINGGU INI:
SURYANA BINTI SHUIB
TENGKU FAIRUS BINTI RAJA HASSAN
MOHD FAIZUL BIN ZAKARIA
SITI AMALINA BINTI MAZNI
SYAHRIHA BINTI RAMAN
SITI NUR AIN BINTI ABDUL RAHMAN
NIK SUHAILA BINTI NIK AHMAD
LAPORAN PERHIMPUNAN
Bacaan Doa oleh pengawas bertugas.
Nyanyian 3 buah lagu - Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan
Lagu Sekolah.
Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh ketua guru bertugas Puan Suryana binti Shuib
Bacaan Ikrar Murid oleh pengawas bertugas.
1. Murid- murid yang menaiki basikal diminta meletakkan basikal di tempat parking yang disediakan, disusun dengan baik supaya keadaan basikal berada dalam keadaan yang selamat.Semua pelajar diminta menguruskan masa dengan baik terutamanya semasa rehat. Jangan membazir masa, selepas loceng rehat tamat berbunyi, semua dikehendaki bergerak ke kelas masing - masing.
1. Peringatan kepada semua murid untuk tidak membuang botol-botol air minuman ke dalam longkang kerana longkang telah tersumbat. Kos untuk membaiki longkang tersumbat adalah tinggi.
2. Murid perlu membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.
3. Semasa di kantin murid- murid perlu mematuhi peraturan di kantin. Beratur semasa membeli makanan, jangan tolak menolak dan makan dengan tertib. Buang gelas plastik dan plastik makanan ke dalam tong sampah.
4. Murid - murid diminta fokus pada pelajaran, bagi tumpuan semasa berada di dalam kelas.
5. Banyakkan minum air kosong kerana keadaan cuaca yang panas dan tidak menentu.
Perhimpunan tamat tepat pada jam 8.00 pagi
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh,
NIK SUHAILA BINTI NIK AHMAD
No comments:
Post a Comment