Assalamu'alaikum w.b.t.
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-11 Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 22hb Jun 2024 (Sabtu). Ribuan terima kasih diucapkan khususnya kepada barisan pentadbir, guru-guru, AJK PIBG serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam merencana, mengelola serta melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG SK Desa Pinggiran Putra.
Tahniah kepada ibu bapa yang sudi melapangkan masa untuk hadir memenuhi dewan sebagai tanda komitmen serta tanggungjawab sebagai ahli PIBG. Pelbagai usul, idea, komen serta cadangan yang diberikan oleh ibu bapa semasa mesyuarat amat dihargai. Pemuafakatan antara ibubapa/penjaga dengan guru akan menjadi kunci kejayaan PIBG dan sekolah. Semoga kerjasama yang erat dan mesra antara ibu bapa, guru-guru dan warga sekolah terus terjalin demi kecemerlangan sekolah dan kemenjadian murid.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan AJK PIBG bagi sidang 2023/2024 yang lalu atas khidmat bakti yang telah dicurahkan dengan sangat cemerlang. Tahniah kerana dikekalkan bagi sidang 2024/2025. Semoga dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi.
Berikut merupakan rakaman memori sepanjang majlis berlangsung :
Pendaftaran
Perasmi, Encik Samzini Bin Abdullah Pegawai SIPartners+, PPD Sepang |
Ucapan Guru Besar Pn.Hjh Anita Binti Saridin |
Ucapan YDP PIBG Dr Abd Rashid Bin Abdul Hamid |
Antara Pemenang Cabutan Bertuah
Barisan AJK PIBG SKDPP 2023/2024 dikekalkan untuk Sesi 2024/2025 |
Antara ibubapa/Penjaga yang hadir
Persembahan Murid
No comments:
Post a Comment