Saturday 7 September 2024

                                    SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN & BAHASA 2024
                                                    SK DESA PINGGIRAN PUTRA
                                            TARIKH PROGRAM: 28 – 30 OGOS 2024

Panitia Sejarah dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu, Pusat Sumber Ibnu Rusyd, Panitia Pendidikan Seni Visual, Panitia Pendidikan Muzik, Panitia Reka Bentuk Teknologi dan Panitia Bahasa Inggeris telah mengadakan aktiviti Bulan Kebangsaan berbentuk karnival bermula pada 28 hingga 30 Ogos 2024 yang bertemakan Malaysia Madani: Jiwa Merdeka. Justeru itu, pihak panitia mengambil inisiatif mengadakan pelbagai aktiviti melibatkan murid Tahun 1 hingga 6, PPKI dan Prasekolah. Semua aktiviti yang dilaksanakan telah memberi manfaat dan pendedahan kepada semua murid. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan telah berjaya memupuk hubungan mesra dan kerjasama antara seluruh warga SK Desa Pinggiran Putra.

 OBJEKTIF PROGRAM

1. Memupuk semangat patriotisme dan cinta akan negara Malaysia.
2. Mencungkil bakat terpendam murid-murid Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra secara holistik.
3. Memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil dari aktiviti berbentuk patriotik yang dijalankan.
4. Mendidik minda murid untuk terus mendalami dan menghayati semangat kemerdekaan  dalam diri.
5. Menyemai semangat cinta akan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan dan memperkasakan Bahasa Inggeris melalui pertandingan yang dipertandingkan.
6. Melahirkan murid yang sentiasa menyanjungi keindahan Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris melalui   pertandingan yang dipertandingkan.

AKTIVITI - AKTIVITI YANG DIJALANKAN.

Berikut adalah sebahagian daripada gambar - gambar aktiviti yang telah dijalankan bagi sesi pagi dan petang sepanjang berlangsungnya Karnival Bulan Kebangsaan dan Bulan Bahasa.



Perasmian Oleh Pn Hjh Anita Binti Saridin, Guru Besar

Pertandingan Koir Kemerdekaan




    
Permainan Tradisional


Pertandingan Mencipta Kolam  


Tayangan Cerita Kemerdekaan


Pameran Makanan Tradisional


Pameran Seni

PPKI



Pameran Bendera, The Sarong


Pertandingan Pakaian Tradisional



Poetry Recitation Competition and  Quiziz


No comments:

Post a Comment