MAJLIS SIMBOLIK PEMAKAIAN LENCANA JALUR GEMILANG PADA PAKAIAN SERAGAM MURID DI INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Hari : Isnin
Tarikh : 21 April 2025
Masa : 730 pagi
Tempat : Dataran Terbuka SK Desa Pinggiran Putra
Sempena menyemarakkan semangat perpaduan dan cintakan negara, SK Desa Pinggiran Putra telah mengadakan Majlis Simbolik Pemakaian Lencana Jalur Gemilang kepada semua murid.
Fokus utama program ini adalah untuk meningkatkan semangat patriotisme, memupuk perpaduan, serta menonjolkan identiti kebangsaan dalam mewujudkan perasaan bangga dan penghormatan terhadap negara kita Malaysia.
Majlis telah dirasmikan oleh Datuk Wan Hashim bin Wan Rahim, Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Perancangan dan Pembangunan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Semoga program seperti ini terus menjadi platform untuk menyemai nilai cinta negara dalam jiwa anak-anak, seterusnya melahirkan generasi yang berwibawa dan berjiwa Malaysia.
 |
Ketibaan Datuk Wan Hashim bin Wan Rahim |
 |
Bacaan Ikrar Rukun Negara |
 |
Bacaan doa oleh Ustad Mohd Faizul bin Zakaria |
 |
Penyampaian mesej sahsiah oleh adik Aayat Aliyah |
 |
Ucapan aluan daripada Puan Guru Besar |
 |
Ucapan perasmian daripada perasmi |
 |
Gimik perasmian : menyematkan lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid |
No comments:
Post a Comment