Tuesday, 7 February 2017

PROGRAM SEKOLAH





               HARI KANTIN
  SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PINGGIRAN PUTRA                           Persiaran 4A
                 Desa Pinggiran Putra
                   Sepang Selangor
                                         
                               Tarikh : 25 FEBRUARI 2017                   
            Sabtu : 08.00 pagi-04.00 petang
                   
              Anjuran Bersama
            PIBG SK Desa Pinggiran Putra

            Datanglah
      Beramai-Ramai       

                                               Gerai Jualan
                                                   Pertandingan mewarna
                                                       Jualan  Tudung
 .                                      Pertandingan bakat cilik PRA sekolah
                                                 Permainan Roller Blade
                                             Jualan Hasil daripada kilang
                                                  Jualan buku / majalah
 .                                         Jualan pakaian terpakai (Bundle)
                                            Jualan makanan dan minuman
                                    Jualan pokok-pokok bunga /pokok benih
 .                                                   Menunggang kuda
                                                          Permainan  
 .                                   Gerai aneka jenis makanan bergoreng
                                       Gerai Aneka jenis kuih,, kerepek dll
                                                       Rumah Hantu  
 .                                                          Games
                                                Jom Beli Pizza dan roti
                                                     Jom Beli ice cream

Hadiah Cabutan Bertuah 
Menanti Anda

Jangan Berlengah....
Beli Kupon Segera

Pembelian menggunakan KUPON Sahaja


Membeli Sambil Membantu

Monday, 6 February 2017

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 6




Tarikh : 06 Februari 2017
Masa : 7.40-8.10 Pagi
Hari : Isnin

Guru Bertugas
1) YM TENGKU FAIRUS BT. RAJA HASSAN
2) PN. NOR SABARIAH BT. AWANG NGAH
3) PN. ANIS FARHAH BT. MD ISA
4) CIK ILI SYAHIRAH BT. ABD. GHANI
5) PN. NURUL HIDAYAH BT. WAHID @ AB WAHID

Pengacara Majlis : YM Tengku Fairus bt. Raja Hassan
Pembaca Doa : Amirul Hakim b. Zamri
Pembaca Ikrar : Aliff Firhan b. Sulaimi

Perasmian Program Jom Ke Sekolah, Pelancaran Penubuhan Kelab Pencegah Jenayah Dan Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil.

Dirasmikan oleh Lans Kopral Muhammad Khairul Anuar  b Zailani, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)  IPD Sepang, En. Rosli b. Badri, Penyelia Sekolah Rendah (Murid) PPD Sepang.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa, Ikrar murid diikuti bacaan Perutusan Ketua Polis Negara, bacaan Perutusan Menteri Pendidikan Malaysia dan ucapan perasmian Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil. Majlis diakhiri dengan bacaan Ikrar pemimpin kecil dan sesi bergambar.











Wednesday, 1 February 2017

KOKURIKULUM

LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM

Tarikh                     : 01 Feb  2017
Hari                        : Rabu
Masa                      : 2.30-4.30 petang
Perjumpaan           : Persatuan Badan Beruniform  Bil 02/2017

BIL
UNIT KOKO
TEMPAT
AKTIVITI
KEHADIRAN
Guru
Murid
1
Pergerakan Puteri  Islam

Surau
1.       Buku Skrab dari bahan terbuang


9/10
42/51
2

Pengakap

PSS

1.       Pengurusan Buku Log

8/9
      52 /59
3
Tunas Kadet Remaja

Dewan Terbuka

1.       Megemaskan Buku Log
2.       Pengenalan TKRS kepada Ahli Tahun 4
7/8
60/73
4
Pandu Puteri Tunas
Tahun 1

1.       Melengkapkan Buku Skrab
8/9
30/40

Jumlah Kehadiran                            : 184      
Jumlah Kehadiran Sepatutnya         : 223      
Peratus Kehadiran                        : 82.5% 

Kehadiran Program 1 Sekolah 1 Silat : 40/46

RUMUSAN
Aktiviti Persatuan Unit Beruniform ini dapat dilaksanakan dengan baik. Murid-murid menyaksikan pertunjukan Silat Patani yang diketuai oleh Cikgu Tina . Kehadiran ahli unit  82.5%. Hari ini bermula Program 1 Sekolah 1 Silat mulai jam 4.30 petang hingga 5.30 petang.

Disediakan oleh :
Salmah binti Ismail









    :



Laporan Pelaksanaan Perubahan Laluan Kenderaan Di hadapan Sekolah Pada 1.1.2017

Hari ini Rabu, 1 Februari 2017 SEDERAP mencatatkan sejarah apabila dilaksanakan perubahan arah laluan kenderaan di hadapan sekolah.  Selain daripada AJK PIBG, guru dan ibubapa, tidak kurang daripada 10 orang JK Penduduk  Desa Pinggiran Putra datang membantu untuk melaksanakan perubahan ini. Alhamdulillah rezeki warga SEDERAP, sempena Cuti Umum Hari Wilayah di Putrajaya maka begitu ramai yang hadir membantu secara sukarela pada sesi pengenalan perubahan laluan ini.

Hasil daripada pemerhatian pada hari ini didapati:
  1. Terdapat sebuah kenderaan yang berhenti terlalu lama di Drop Zone A hingga
  2. menyebabkan kenderaan beratur panjang hingga ke simpang luar berdekatan restoran Fenomena. (arah Jalan 4A/1)
  3. Terdapat kereta yang diparkir pada penghujung Pusingan U di Zon A hingga menyebabkan beberapa kenderaan lain terpaksa 'gohead-gostan' beberapa kali untuk melepasinya.  Ini menyebabkan laluan kenderaan di Zon A terhenti kelancarannya.
  4. Terdapat kereta yang berhenti dan menurunkan anak (Zon A) di lorong sebelah kiri (sebelum pondok Pengawal Keselamatan). Lorong ini sebenarnya dikhaskan untuk laluan guru dan kakitangan sekolah untuk masuk ke kawasan sekolah.
  5. Antara punca yang menyebabkan tempoh masa menurunkan anak di Drop Zone menjadi semakin panjang sedikit ialah:
    1. anak-anak tidak bersedia lebih awal dengan beg dan tidak berada di tempat duduk sebelah kiri kenderaan sebelum kereta berhenti untuk menurunkannya
    2. ibu/bapa/penjaga bersalam dan mencium anak
    3. di Drop Zone pemandu kenderaan turun dan meninggalkan kenderaan untuk menghantar anak ke kawasan sekolah
    4. di Drop Zone A kereta berada di kedudukan yang memerlukannya diundur ke belakang untuk membolehkannya bergerak keluar membuat pusingan U.
  6. Terdapat motorsikal yang melintasi jalan mati dari Zon A masuk ke Zon B. Ini membahayakan murid yang melalui penghadang jalan mati ini.
  7. Intensiti bilangan kenderaan di Zon B adalah sangat kurang berbanding dengan di Zon A.
  8. Murid prasekolah melintas dari kawasan blok Nukleus (pejabat) ke blok Isotop (prasekolah).
  9. Terdapat penduduk yang tidak mengetahui pelaksanaan perubahan laluan ini.  Beliau yang datang dari arah Zon B bukan bertujuan untuk menghantar anak ke sekolah namun sekadar  ingin ke arah Jalan 4A/1 terpaksa membuat pusingan U.


Memandangkan esok berkemungkinan besar bilangan sukarelawan akan berkurangan maka amat ditagih kerjasama sepenuhnya daripada semua agar:
  1. Tidak memarkir/memberhentikan kenderaan sebelum pintu pagar utama.  Lorong sebelah kiri adalah untuk laluan masuk para guru dan kakitangan sekolah.
  2. Sangat digalakkan agar cium dan bersalam dapat dilakukan lebih awal dan bukannya sewaktu hendak turun kereta
  3. Anak sudah bersedia berada di tempat duduk sebelah kiri agar apabila tiba mereka boleh terus turun.
  4. Elakkan daripada pemandu keluar daripada kenderaan kerana ia akan melengahkan giliran kenderaan berikutnya
  5. Motorsikal juga perlu membuat pusingan U seperti kenderaan lain
  6. Bagi yang ingin memarkir kenderaan, bolehlah berbuat demikian di seberang jalan selepas membuat pusingan U iaitu di bahu jalan tepi anak sungai.  Namun diharap dapat elakkan
    1. dari memarkir terlalu lama kerana ruang yang ada adalah terhad
    2. tidak memarkir kenderaan di kawasan tempat pusingan U kerana ia akan menghalang kelancaran laluan
  7. Guru perlu berhati-hati sewaktu memandu masuk untuk memarkir kereta masing-masing kerana dibimbangi tiba-tiba terdapat murid melintas.
  8. Murid-murid prasekolah akan masuk melalui pintu pagar kecil bersama-sama murid-murid lain dan berkumpul di dataran perhmpunan dahulu sebelum masuk ke kelas masing-masing.


Peringatan kepada murid-murid (ibubapa pesan di rumah/kenderaan, para guru semasa perhimpunan dan dalam kelas dari masa ke semasa):
  1. Sebaik turun dari kenderaan terus naik ke atas bahu jalan menuju ke pintu pagar
  2. Murid prasekolah terus berkumpul ke Dataran Perhimpunan.  Guru atau PPM akan datang membawa mereka ke kelas masing-masing.
  3. Murid Berkeperluan Khas (MBK) dan PPKI dibenarkan terus masuk ke dalam kawasan sekolah.  Mohon disediakan pengenalan khas untuk membolehkan kenderaan mudah dikenali oleh Pengawal Keselamatan.


Pastikan Drop Zone hanya untuk BERHENTI, TURUNKAN dan JALAN semata-mata.

Di kesempatan ini pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada barisan AJK PIBG, Jawatan Kuasa Penduduk Desa Pinggiran Putra Jalan 5, Pengawal Keselamatan, ibu/bapa/penjaga dan semua yang terlibat dalam melaksanakan perubahan ini.




PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 4




Tarikh : 23 Januari 2017
Masa : 7.40-8.10 Pagi
Hari : Isnin

Guru Bertugas
1) EN HAZIM BIN HARUN
2) PN. HANNAH NAJIHAH BT RAZAK
3) PN. ROZAYMA BT ZAMAN
4) PN. UMI NAZIHAH BT CHE GHANI
5) PN. NURHAFIZA BT MOHAMAD RAMDZAN

Pengacara Majlis : En Hazim bin Harun
Pembaca Doa : Amirul Hakim
Pembaca Ikrar : Zarif Hashimi.


Laporan guru bertugas minggu lepas.
Guru : Cik Salwa bt bdul Hadi.
1. Murid diminta supaya segera makan sewaktu rehat dan bukannya bermain-main dahulu sehingga lewat untuk makan. Ada segelintir murid yang baru hendak makan sedangkan loceng sudah berbunyi.
2. Murid diingatkan  supaya berkumpul dan bersedia untuk berbaris di dewan terbuka 5 minit sebelum loceng tamat rehat dibunyikan.
3. Murid tidak dibenarkan berambut panjang dan berfesyen-fesyen. Rambut murid hendaklah sentiasa pendek dan kemas.
4. Murid-murid digalakkan untuk memotong kuku pada setiap hari jumaat.

Ucapan Pentadbir
Pentadbir PK HEM : En Rosdin bin Ibrahim .
1.    Murid-murid tahun 6 diminta berubah sikap dan berikan tumpuan penuh terhadap perperiksaan UPSR.
2.   Keselamatan diri perlu di utamakan :
-         Elakkan membeli makanan di luar sekolah. Murid-murid digalakkan membeli makanan di kantin sekolah yang sudah terjamin kebersihnnya.
-         Murid-murid hendaklah mengelak daripada didekati oleh orang-orang yang tidak dikenali.
-         Murid-murid yang menaiki basikal pergi balik ke sekolah diminta lebih berhati-hati dengan mengunakan laluan di tepi jalan sahaja.

  

Bacaan Ikrar

Ucapan Pentadbir: GPK HEM En Rosdin bin Ibrahim



Ucapan Guru Bertugas  minggu lepas : Cik Salwa

Ucapan Pengerusi Majlis: En Hazim bin Harun