Hari ini Rabu, 1 Februari 2017 SEDERAP mencatatkan sejarah apabila dilaksanakan perubahan arah laluan kenderaan di hadapan sekolah. Selain daripada AJK PIBG, guru dan ibubapa, tidak kurang daripada 10 orang JK Penduduk Desa Pinggiran Putra datang membantu untuk melaksanakan perubahan ini. Alhamdulillah rezeki warga SEDERAP, sempena Cuti Umum Hari Wilayah di Putrajaya maka begitu ramai yang hadir membantu secara sukarela pada sesi pengenalan perubahan laluan ini.
Hasil daripada pemerhatian pada hari ini didapati:
Hasil daripada pemerhatian pada hari ini didapati:
- Terdapat sebuah kenderaan yang berhenti terlalu lama di Drop Zone A hingga
- menyebabkan kenderaan beratur panjang hingga ke simpang luar berdekatan restoran Fenomena. (arah Jalan 4A/1)
- Terdapat kereta yang diparkir pada penghujung Pusingan U di Zon A hingga menyebabkan beberapa kenderaan lain terpaksa 'gohead-gostan' beberapa kali untuk melepasinya. Ini menyebabkan laluan kenderaan di Zon A terhenti kelancarannya.
- Terdapat kereta yang berhenti dan menurunkan anak (Zon A) di lorong sebelah kiri (sebelum pondok Pengawal Keselamatan). Lorong ini sebenarnya dikhaskan untuk laluan guru dan kakitangan sekolah untuk masuk ke kawasan sekolah.
- Antara punca yang menyebabkan tempoh masa menurunkan anak di Drop Zone menjadi semakin panjang sedikit ialah:
- anak-anak tidak bersedia lebih awal dengan beg dan tidak berada di tempat duduk sebelah kiri kenderaan sebelum kereta berhenti untuk menurunkannya
- ibu/bapa/penjaga bersalam dan mencium anak
- di Drop Zone pemandu kenderaan turun dan meninggalkan kenderaan untuk menghantar anak ke kawasan sekolah
- di Drop Zone A kereta berada di kedudukan yang memerlukannya diundur ke belakang untuk membolehkannya bergerak keluar membuat pusingan U.
- Terdapat motorsikal yang melintasi jalan mati dari Zon A masuk ke Zon B. Ini membahayakan murid yang melalui penghadang jalan mati ini.
- Intensiti bilangan kenderaan di Zon B adalah sangat kurang berbanding dengan di Zon A.
- Murid prasekolah melintas dari kawasan blok Nukleus (pejabat) ke blok Isotop (prasekolah).
- Terdapat penduduk yang tidak mengetahui pelaksanaan perubahan laluan ini. Beliau yang datang dari arah Zon B bukan bertujuan untuk menghantar anak ke sekolah namun sekadar ingin ke arah Jalan 4A/1 terpaksa membuat pusingan U.
Memandangkan esok berkemungkinan besar bilangan sukarelawan akan berkurangan maka amat ditagih kerjasama sepenuhnya daripada semua agar:
- Tidak memarkir/memberhentikan kenderaan sebelum pintu pagar utama. Lorong sebelah kiri adalah untuk laluan masuk para guru dan kakitangan sekolah.
- Sangat digalakkan agar cium dan bersalam dapat dilakukan lebih awal dan bukannya sewaktu hendak turun kereta
- Anak sudah bersedia berada di tempat duduk sebelah kiri agar apabila tiba mereka boleh terus turun.
- Elakkan daripada pemandu keluar daripada kenderaan kerana ia akan melengahkan giliran kenderaan berikutnya
- Motorsikal juga perlu membuat pusingan U seperti kenderaan lain
- Bagi yang ingin memarkir kenderaan, bolehlah berbuat demikian di seberang jalan selepas membuat pusingan U iaitu di bahu jalan tepi anak sungai. Namun diharap dapat elakkan
- dari memarkir terlalu lama kerana ruang yang ada adalah terhad
- tidak memarkir kenderaan di kawasan tempat pusingan U kerana ia akan menghalang kelancaran laluan
- Guru perlu berhati-hati sewaktu memandu masuk untuk memarkir kereta masing-masing kerana dibimbangi tiba-tiba terdapat murid melintas.
- Murid-murid prasekolah akan masuk melalui pintu pagar kecil bersama-sama murid-murid lain dan berkumpul di dataran perhmpunan dahulu sebelum masuk ke kelas masing-masing.
Peringatan kepada murid-murid (ibubapa pesan di rumah/kenderaan, para guru semasa perhimpunan dan dalam kelas dari masa ke semasa):
- Sebaik turun dari kenderaan terus naik ke atas bahu jalan menuju ke pintu pagar
- Murid prasekolah terus berkumpul ke Dataran Perhimpunan. Guru atau PPM akan datang membawa mereka ke kelas masing-masing.
- Murid Berkeperluan Khas (MBK) dan PPKI dibenarkan terus masuk ke dalam kawasan sekolah. Mohon disediakan pengenalan khas untuk membolehkan kenderaan mudah dikenali oleh Pengawal Keselamatan.
Pastikan Drop Zone hanya untuk BERHENTI, TURUNKAN dan JALAN semata-mata.
Di kesempatan ini pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada barisan AJK PIBG, Jawatan Kuasa Penduduk Desa Pinggiran Putra Jalan 5, Pengawal Keselamatan, ibu/bapa/penjaga dan semua yang terlibat dalam melaksanakan perubahan ini.
1 comment:
In this fashion my pal Wesley Virgin's report starts in this shocking and controversial VIDEO.
Wesley was in the army-and soon after leaving-he discovered hidden, "MIND CONTROL" secrets that the CIA and others used to get whatever they want.
THESE are the exact same methods many famous people (notably those who "come out of nowhere") and elite business people used to become wealthy and successful.
You've heard that you only use 10% of your brain.
That's mostly because most of your brain's power is UNCONSCIOUS.
Perhaps that conversation has even occurred INSIDE OF YOUR own mind... as it did in my good friend Wesley Virgin's mind around seven years back, while driving an unlicensed, beat-up trash bucket of a car with a suspended driver's license and $3.20 on his banking card.
"I'm so frustrated with going through life paycheck to paycheck! When will I get my big break?"
You've taken part in those conversations, ain't it right?
Your very own success story is going to start. You just need to take a leap of faith in YOURSELF.
WATCH WESLEY SPEAK NOW
Post a Comment