Tuesday, 11 July 2017

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH SK DESA PINGGIRAN PUTRA SESI 2018

Tarikh      : 7 Julai 2017 (Jumaat)
Masa        : 3.00 petang
Tempat     : Bilik Mesyuarat Kecil SK Desa Pinggiran Putra
Pengerusi : En. Sukimin bin Juki (Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra)


Pada 7 Julai 2017, Mesyuarat JK Pemilihan Murid Prasekolah Sesi 2018 telah dilaksanakan. Mesyuarat ini bertujuan untuk memilih murid-murid yang layak untuk mengisi kekosongan di Prasekolah SEDERAP untuk sesi pembelajaran 2018. Daripada 83 permohonan yang telah diterima dan diproses, hanya 50 permohonan sahaja yang telah terpilih berdasarkan syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan. Keutamaan diberikan kepada murid yang berumur 6 tahun pada tahun persekolahan semasa. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Tuan Haji Jailani bin Kadir selaku wakil komuniti.

Kehadiran :

1. En. Sukimin bin Juki (Pengerusi)
2. Pn. Maznah binti Mohd Noor (PK Pentadbiran)
3. Tn. Haji Jailani bin Kadir (Wakil Komuniti)
4. Cik Nik Asmah binti Ruman (Wakil Guru Tahap 1)
5. Pn. Wan Salawati binti W. Md. Nor (Guru Prasekolah)
6. Cik Nur Afizah binti Azmi (Pembantu Pengurusan Murid)
7. Pn. Zulaikha binti Daud (Pembantu Pengurusan Murid)

Mesyuarat berakhir pada jam 4.30 petang.

En. Sukimin dan wakil komuniti, Tn. Haji Jailani bin Kadir


Antara yang terlibat dalam Mesyuarat JK Pemilihan Murid Prasekolah Sesi 2018


Sesi pemilihan murid prasekolah untuk Sesi 2018 berlangsung


Monday, 10 July 2017

SUKAN TAHUNAN 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kepada,
Ibu bapa dan Penjaga,
Murid-Murid,
SK Desa Pinggiran Putra.

PENANGGUHAN SUKAN TAHUNAN KALI KEEMPAT, 
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PINGGIRAN PUTRA TAHUN 2017.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah memohon maaf kerana Sukan Tahunan yang sepatutnya dilaksanakan pada tarikh 16 Julai 2017 telah ditangguhkan tarikhnya kepada:

            Tarikh : 24 September 2017
            Hari     : Ahad

Ini adalah disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan dan juga memberi ruang kepada ibu bapa dan anak-anak SEDERAP yang masih lagi meraikan Aidil Fitri.

Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan amat kami hargai dan diucapkan terima kasih.

SALMAH BINTI ISMAIL
PK Kokurikulum
SK Desa Pinggiran Putra

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

TARIKH : 10 April 2017
HARI : Isnin
MASA : 7.30 Pagi hingga 8.30 Pagi



Guru Bertugas
1)Nurul Ruhamaak Bt Ab Rahman
2)Norlizawati Bt Mohd. Razali
3)Salwa Bt Mohd. Hadi
4)Nor Herda Irdiawaty Bt basiran
5)Suraya Bt Md Saad
6)Syajaratuddur Bt Mahamod


Pengacara Majlis : Pn. Nurul Ruhamaak Bt Ab Rahman
Pembaca Doa : Adik Alif Firhan
Pembaca Ikrar : Adik Amirul Hakim


Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
(Pn. Noor Hayati Binti Miswan)

1)Murid-murid tidak digalakkan terlalu kerap membeli minuman manis di "Vending machine"
2)Minuman yang digalakkan adalah air kosong atau air mineral.
3)Minuman manis tidak baik untuk kesihatan.
4)Jangan membazir duit untuk membeli air manis ketika ketika tiada keperluan hanya kerana mengikut-ikut kawan kerana membazir adalah amalan syaitan.


Laporan Guru Disiplin
(Cik Salwa Binti Mohd. hadi)
1)Terdapat murid lelaki yang berambut panjang dan berfesyen. Murid-murid lelaki yang berambut panjang hendaklah memotong rambut.
2)Ponteng adalah perbuatan yang melanggar disiplin sekolah. Terdapat 3 jenis ponteng iaitu 1)Ponteng sekolah (Tidak hadir ke sekolah tanpa sebab) 2)Ponteng kelas (Tidak masuk ke kelas tanpa sebab) 3)Ponteng kokurikulum (Tidak hadir kokurikulum tanpa sebab)
3)Murid yang tidak hadir ke sekolah hendaklah memaklumkan kepada guru kelas sebab tidak hadir atau akan dicatat sebagai ponteng.
4)Murid-murid yang ingin keluar sekolah pada waktu kokurikulum hendaklah mendapat kebenaran Pn. Salmah terlebih dahulu.


Ucapan Pentadbir
(En. Sukimin Bin Juki)
1)Terima kasih kepada semua guru yang bekerjasama dalam melancarkan persekolahan.
2)Murid-murid perlu bijak membuat pilihan samada membeli atau tidak air mengikut keperluan dan kemampuan.
3)Murid-murid hendaklah membuang kotak minuman di dalam tong sampah dan bukan meletupkan kotak minuman tersebut serta membiarkan bersepah di kawasan sekolah.

Bacaan doa dan ikrar


Ucapan Guru Besar : En. Sukimin Bin Juki

Wednesday, 5 July 2017

LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM

LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM
Tarikh                    : 05 Julai  2017
Hari                        : Rabu
Masa                     : 2.30-3.30 petang
Perjumpaan          : Kelab dan  Persatuan Bil 08/2017
BIL
UNIT KOKO
TEMPAT
AKTIVITI
KEHADIRAN
Guru
Murid
1
Bahasa Melayu
2 Timina
Aktiviti:
Menghasilkan sampul duit raya

3/4
21/28
2
Bahasa Inggeris
1 Kenyalang
Aktiviti:
1. Ps sit in groups.
2. Language games
3. Presentation
4. Remark

2/5
20/24
3
Agama Islam
Dewan Terbuka
Aktiviti:
1. Smart jawi: buat karangan jawi (tajuk: kenapa saya memilih persatuan agama Islam)

2. Keluar ceramah di hadapan. Smart Jawi
4/5
24/25
4
RBT & Rekacipta
Bilik RBT
Aktiviti:
Memasang poket lampu dinding
4/5
23/26
5
Doktor Muda
Lobi
Aktiviti:
1. Taklimat Buku catatan aktiviti harian Dr Muda
2. Penerangan peranan Dr Muda
5/5
42/42
6
Komputer
Makmal Komputer
Aktiviti:
Kemahiran membuat Kad Raya menggunakan power point
3/3
22/24
7
SPBT
Bilik BOSS
Aktiviti:
1. Membuat penyendal pintu menggunakan tin.
3/3
19/21
8.
Robotik
Bilik Gerbang Minda
Aktiviti:
Memasang model robot berdasarkan manual software
3
10/10
9.
Kitar Semula
Dewan terbuka
Aktiviti:
Inovasi guna bekas polyester

4
11/13
10.
Rukun Negara
Bilik Tayangan PSS
Aktiviti:
1. Mengenal Jata Negara
2.Mewarna Jata negara
3
13/13

Jumlah Kehadiran                            : 215      
Jumlah Kehadiran Sepatutnya         : 229      
Peratus Kehadiran                        : 93.88 %             

RUMUSAN
Aktiviti mingguan kokurikulum dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Peratus kehadiran  93.88% . Namun begitu murid  yang tidak hadir akan diambil tindakan.


Disediakan oleh                                                                                                              

Salmah binti Ismail (PK Koko)


                                                              LAPORAN BERGAMBAR



                                                         AKTIVITI KELAB PERSATUAN



                                  LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM

Tarikh                    : 05 Julai 2017
Hari                        : Rabu
Masa                     : 3.30-4.30 petang
Perjumpaan          : Sukan dan Permainan  Bil 08/2017

BIL
UNIT KOKO
TEMPAT
AKTIVITI
KEHADIRAN
Guru
Murid
1
Bola Baling
Dataran Terbuka
 Tayangan teknik balingan
Hantaran sisi
Hantaran lantunan

6/6
28/29
2
Bola Jaring
Dataran Terbuka
Latihan persediaan untuk permainan dalaman
7/8
35/36
3
Badminton
Dewan Terbuka
1. Memanaskan badan
2. Latih tubi servis
3. Latihan menguatkan kaki
6/8
50/57
4
Ping Pong
Bilik gerakan koko
1. Memanaskan badan
2. Latih tubi servis
3. Perlawanan mini
5/7
18/20
5
Bola Sepak
Padang
Perlawanan Persahabatan
3/5
47/50
6
Sepak Takraw
Gelanggang takraw
1. Peraturan takraw
2. Teknik pemanasan badan
3/3
09/12
7
Catur
Bilik Mesyuarat
Teknik gerakan queenside
3/3
22/24

Jumlah Kehadiran                            :               215
Jumlah Kehadiran Sepatutnya         :               229        
Peratus Kehadiran                           :               93.88%

RUMUSAN
Aktiviti Sukan Permainan1M1S pada minggu ini  dapat dilaksanakan dengan baik..Kehadiran guru pelatih membantu pelaksanaan 1M1S.

 
                                                  AKTIVITI SUKAN PERMAINAN

 
                                                                AKTIVITI SILAT

 Aktiviti: Latihan ulangkaji kemahiran yang telah dipelajari untuk anugerah bengkong.
Kehadiran : 33/42





Tuesday, 4 July 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

Tarikh : 3 Julai 2017
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi - 8.10 pagi

Guru Bertugas:
1) Pn. Noor Hayati binti Miswan
2) Pn. Wan Salawati binti W. Md. Nor
3) Ustaz Azizun Sauri bin Aziz
4) Pn. Siti NorHazwani binti Zainol
5) Pn. Che Siti Hariyani binti Che Said
6) Pn. Sha’azrina binti Mohd Imran

Pengacara Majlis : Pn. Noor Hayati binti Miswan
Pembaca Doa : Adik Alif Firhan
Pembaca Ikrar : Adik Amirul Hakim bin Zamri

Ucapan Guru Bertugas Minggu Ini
(Pn. Noor Hayati binti Miswan)

- Guru bertugas memperkenalkan guru baru iaitu Ustaz Azizun.
- Guru bertugas memperkenalkan 5 orang guru praktikum dari Kampus Guru Bangi iaitu Ustazah Nur Shahida, Ustazah Nur Syazriza, Ustazah Khairunisa, Ustazah Aisyahtul Amani dan Ustazah Safura.

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
(Cik Nanthini A/P Mahaendran)

Disiplin

- Masalah disiplin murid pada minggu sebelum cuti hari raya agak terkawal kerana semua murid berpuasa. Semua murid diingatkan supaya tidak berlari-lari selepas rehat dan bermain-main di dewan terbuka. Semua murid juga diingatkan supaya tidak bising apabila berada di dalam Pusat Sumber dan dikehendaki untuk menyusun buku apabila sudah siap membaca.

Laporan Disiplin

(Ustazah Salwa binti Mohd Hadi)

1. Adab di Kantin

- Semua murid dikehendaki makan dengan senyap. Selepas makan, semua murid dikehendaki untuk meletakkan cawan dan bekas makanan ke dalam besen yang telah disediakan. Plastik sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah.

2. Vending Mesin


- Penggunaan vending mesin hanya selepas waktu rehat. Semua murid dikehendaki untuk beratur apabila membeli air di mesin. Tidak boleh memasukkan benda lain selain duit ke dalam mesin supaya mesin tidak rosak.

3. Budaya Beri Salam

- Semua murid digalakkan untuk memberi salam apabila berjumpa dengan cikgu atau sesiapa sahaja yang lebih tua.

4. Potong Rambut
- Potong rambut jangan berfesyen bagi murid-murid lelaki.


Ucapan Pentadbir
(En. Sukimin bin Juki)

1. Selamat Kembali ke Sekolah

- Semua Murid hadir ke sekolah setelah seminggu cuti beraya. Niatkan segala yang baik apabila hadir ke sekolah. Ucapan Selamat datang kepada guru-guru praktikum.


2. Jadual Yang Ketat

- Online pencerapan sebelum Julai bagi guru terutama guru praktikum agar tidak tercicir di dalam pencerapan. Settlekn kerja ikut jadual . Murid yang puasa 6 atau tidak makan boleh berada di dewan terbuka. Jangan berada di kelas. Penuhkan masa dengan benda berfaedah seperti membaca buku

3. Hari Anugerah Cemerlang

- Hujung tahun ada Peperiksaan Akhir Tahun. Buat betul-betul pepeperiksaan akhir tahun. Rebut Anugerah yang disediakan. Tanam azam dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat yang terbaik. Terdapat ganjaran dan anugerah yang akan diberikan kepada murid-murid apabila mendapat markah yang cemerlang. Untuk Murid Tahun 6 ada tokoh Murid (Tokoh Bestari) untuk Anugerah Akademik, Anugerah Sahsiah dan Anugerah Kokurikulum.


Guru Praktikum memperkenalkan diri



Guru Pratikum memperkenalkan diri
Guru Praktikum memperkenalkan diri


Ucapan dari pentadbir Encik Sukimin bin Juki
Guru Praktikum memperkenalkan diri
Guru Praktikum memperkenalkan diri

Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Amirul Hakim

Ucapan Guru Bertugas oleh Pn. Noor Hayati
Ustaz Azizun Sauri memperkenalkan diri
Laporan Disiplin oleh Ustazah Salwa


Bacaan Doa oleh Adik Alif Firhan

Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan Pn. Norwati

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas oleh Cik Nanthini