Friday, 15 April 2022

LAPORAN BERTUGAS MINGGUAN (MINGGU 4: 11-15 APRIL 2022)

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.


Berikut merupakan senarai guru yang bertugas pada minggu ini:

  1. Nur Izzati binti Muhammad Hairi (Ketua)
  2. Fauzan binti Muhammad
  3. Suryana binti Shuib
  4. Sha'azrina binti Mohd Imran
  5. Syahriha binti Raman
  6. Mohamed Fakarudin bin Abd Talib
  7. Norlizawati binti Mohammad Razali
  8. Muhammad Jawad Faruqi bin Zainal Abidin
  9. Siti Suhaida binti Saniman
  10. Mohd Shazuwan bin Che Lah
  11. Anis Farhah binti Md Isa
  12. Nor Sabariah binti Awang Ngah
  13. Nanthini A/P Mahaendran
  14. Rozayma binti Zaman
  15. Ili Syahirah binti Abd Ghani
  16. Norsyuhada binti Ramli

 

Minggu ini merupakan minggu keempat persekolahan dan merupakan penggiliran Kumpulan B bagi murid Tahun 3, 4 dan 5. Kehadiran murid-murid pada waktu pagi disambut oleh guru-guru yang bertugas di Pagar A dan B. Keadaan trafik di hadapan pintu pagar sekolah sepanjang minggu ini adalah terkawal. Murid-murid dikehendaki mensanitasi tangan terlebih dahulu sebelum memasuki kawasan sekolah. Murid-murid dikumpulkan di dewan terbuka bersama guru bertugas sebelum diarahkan untuk bergerak ke kelas masing-masing. Pergerakan murid sewaktu penyuraian juga adalah terkawal. Murid-murid akan bergerak ke pagar yang ditetapkan iaitu Pagar B, C dan D semasa waktu balik.


Program ”Jom Hadir Awal ke Sekolah” anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling  - 30 orang murid yang terawal sampai ke sekolah pada hari Isnin diberikan sijil penghargaan


Keadaan lalu lintas pada waktu pagi adalah terkawal


Murid mensanitasi tangan terlebih dahulu sebelum masuk ke kawasan sekolah


Sepanjang minggu ini, masih terdapat ramai murid yang hadir lewat ke sekolah iaitu selepas jam 7.30 pagi. Berikut merupakan bilangan murid lewat mengikut hari:

  • Isnin: 32
  • Selasa: 25
  • Rabu: 25
  • Khamis: 21
  • Jumaat: 22

 

Sepanjang minggu ini juga dijalankan Program Ihya’ Ramadan. Terdapat beberapa aktiviti bagi Program Ihya’ Ramadan yang telah diadakan iaitu Program Tadarrus Al-Quran (dijalankan pada waktu rehat), Pertandingan Mewarna Poster (PPKI, Prasekolah dan Tahun 1),Pertandingan Azan (terbuka kepada semua), Pertandingan Nasyid (Tahun 3), Pertandingan Hafazan (Tahun 4), Pertandingan Menulis Cerita Agama Pendek (Tahun 5) dan Kutipan Sumbangan Ihya’ Ramadan.


 

Pertandingan Mewarna
 


Pertandingan Mewarna

   


Program Tadarrus al-Quran sewaktu rehat


         

Program Tadarrus al-Quran sewaktu rehat

 

 


 

 


 

Friday, 8 April 2022

LAPORAN BERTUGAS MINGGUAN (MINGGU 3 : 4-8 APRIL 2022)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Minggu ini merupakan minggu ketiga persekolahan dan merupakan penggiliran Kumpulan A bagi murid Tahun 3, 4 dan 5. Kehadiran murid-murid pada waktu pagi disambut oleh guru-guru yang bertugas di Pagar A dan B. Sebelum masuk ke dalam kawasan sekolah, murid dikehendaki mensanitasi tangan terlebih dahulu. Murid-murid dikumpulkan di dewan terbuka sebelum diarahkan untuk bergerak ke kelas masing-masing. Pada waktu balik, murid dikumpulkan mengikut pagar iaitu Pagar B, C dan D. Senarai nama guru bertugas adalah seperti berikut:

1.     Tengku Fairus binti Raja Hassan

2.     Mohd Muslihuddin bin Mohd Noor

3.     Nur Syahirah binti Md Nasir

4.     Nurhafiza binti Mohamad Ramdzan

5.     Nurul Hanan binti Hussin

6.     Siti Aishah binti Md Sarif

7.     Siti Amalina binti Mazni

8.     Sofiah binti Abdul Halim

9.     Suraya binti Md Saad

10.  Nurul Huda binti Wan Abdullah

11.  Paiezah binti Ibrahim

12.  Fatin Habibah binti Mazlan

13.  Mohd Azizun Sauri bin Aziz

14.  Zuhaila binti Hamid

15.  Noraniza binti Salleh

16.  Syajaratuddur binti Mahamod

Bersempena dengan bulan Ramadan, Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadan 2022 anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah diadakan di dewan terbuka pada hari Isnin. Program ini telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran SK Desa Pinggiran Putra iaitu Puan Maznah binti Mohd. Noor.

Kehadiran murid pada waktu pagi





Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadan 2022



 



Monday, 4 April 2022

LAPORAN MINGGU KEDUA (28/03/2022-01/04/2022)


Assalamualikumwarahmatullahiwabaraktuh. 

Minggu ini merupakan kehadiran kali pertama bagi kumpulan B dan kali kedua untuk murid tahun 1,2 dan 6. Kehadiran murid disambut oleh guru bertugas di pagar A dan B. Murid masih dikawal penjarakkan dan tangan disanitasi. Murid diminta untuk berhimpun mengikut keas masing-masing di tapak perhimpunan manakala murid tahun satu masih dikumpulkan mengikut kelas di dewan terbuka. Senarai guru bertugas adalah seperti berikut:-

1. ZULHILMI BIN NAWAWI (KETUA)

2. SAL SABILA BINTI ZAINUDIN

3. SASHI KUMAR A/L VARATHARAJO

4. SITI HAJAQR BINTI MOHD NASIR

5. SITI MASRA BINTI ABDUL KADIR

6. SITI NORHAZWANI BINTI ZAINOL

7. SITI NORHIDAYAH BINTI AZMI

8. UMI NAZIHAH BINTI CHE GHANI

9. ANIS FARHAH BINTI MD ISA

10. HAFIDAH BINTI ABD HAMID

11. INTAN NAZIRAH BINTI BAHRI

12. NADIAH BINTI NAZARRUDIN

13. NIK ASMAH BINTI RUMAN

14. NOOR ASIAH BINTI MOHD YUSOF

15. NOOR HAYATI BINTI MISWAN

16. NORAIDA BINTI ABD AZIZ


SEKITAR KEHADIRAN MURID











Monday, 21 March 2022

LAPORAN BERTUGAS MINGGUAN (MINGGU 1: 21 - 25 MAC 2022)

 LAPORAN BERTUGAS MINGGUAN (MINGGU 1: 21 - 25 MAC 2022)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

            Hari ini bermulalah hari pertama persekolahan penggal pertama 2022/2023. Ramai murid yang hadir awal ke sekolah pada hari ini dengan iringan ibu bapa masing-masing. Berlaku sedikit kesesakan lalu lintas kerana terdapat ibu bapa yang meletakkan kenderaan di laluan drop-off murid. Sepatutnya ibu bapa yang ingin mengiringi anak ke pagar dan mengambil gambar anak perlu meletakkan kenderaan di tempat yang tidak menghalang laluan drop-off murid. Selain itu, laluan susur gajar di luar pagar juga agak sesak kerana terdapat ibu bapa murid tahun 1 yang melihat anak-anak mereka di luar pagar. Diharapkan ibu bapa menjaga SOP yang telah ditetapkan untuk memastikan keselamatan anak-anak kita semua.

       Di dalam pagar sekolah, semua murid Tahun 1 dikumpulkan di dewan terbuka manakala yang lain dikumpulkan di dataran perhimpunan mengikut kelas masing-masing sebelum naik ke kelas. Ini kerana terdapat perubahan kedudukan kelas dan guru kelas/pembantu guru kelas akan mengiringi murid naik ke masing-masing.

            Pada waktu pulang pula berlaku kesesakan lalu lintas kerana ibu bapa masih belum memahami Tatacara Mengambil Anak di Pintu B Versi 21 Mac 2022 (sila tonton video ini, https://youtu.be/pQ-mxYckowU) di mana guru-guru tidak akan memanggil nama murid seorang demi seorang tetapi murid akan beratur di luar pagar mengikut tahun dan masa yang telah ditetapkan. Justeru, kami menyarankan ibu bapa untuk memakir kereta dan datang berjalan kaki menjemput murid terutamanya bagi murid Tahun 1. Ibu bapa juga diingatkan untuk memakaikan tag label pintu pagar keluar kepada murid-murid untuk memudahkan guru menyusun murid ketika waktu tamat persekolahan.

Berikut ialah senarai guru bertugas pada minggu ini :

1. DAYANGKU NURHANIS BINTI AWANGKU ARNI (K)

2. FAZIRA BINTI ISMAIL

3. WAN MUHAMAD HAFIZ BIN WAN YASIN

4. NIK SUHAILA BINTI NIK AHMAD

5. ATIRAH BINTI MUSTAFA

6. POH EE CHIUN

7. SATRIANA BINTI HAPI

8. KAUSAR BINTI HAMDAN

9. NURUL RUHAMAAK BINTI AB RAHMAN

10. MUHAMAD ADIB NAJMI BIN ZAINUDDIN

11. WAN MALAIKAH BINTI WAN ASHA'ARI

12. MOHD FAIZUL BIN ZAKARIA

13. NUR HANANI BINTI RAMLAN

14. SITI NUR AIN BINTI ABDUL RAHMAN

15. NORWATI BINTI MOHAMMAD SUPIAN

16. NURUL HUDA HANANI BINTI AB GHANI

Pemeriksaan suhu badan sebelum masuk ke sekolah tidak lagi dilaksanakan. Diharapkan ibu bapa mengambil berat tentang keadaan anak-anak sebelum menghantar mereka ke sekolah. Kerjasama daripada ibu bapa dan penjaga amat diharapkan untuk kebaikan bersama.

Sekian, terima kasih.



KEADAAN WAKTU PAGI

 

Keadaan lalu lintas di hadapan sekolah.


Ibu bapa yang mengiringi murid di luar pagar diharap dapat menjaga SOP yang telah ditetapkan.



Tahniah kepada murid yang hadir awal ke sekolah.