Friday, 15 April 2022

LAPORAN BERTUGAS MINGGUAN (MINGGU 4: 11-15 APRIL 2022)

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.


Berikut merupakan senarai guru yang bertugas pada minggu ini:

  1. Nur Izzati binti Muhammad Hairi (Ketua)
  2. Fauzan binti Muhammad
  3. Suryana binti Shuib
  4. Sha'azrina binti Mohd Imran
  5. Syahriha binti Raman
  6. Mohamed Fakarudin bin Abd Talib
  7. Norlizawati binti Mohammad Razali
  8. Muhammad Jawad Faruqi bin Zainal Abidin
  9. Siti Suhaida binti Saniman
  10. Mohd Shazuwan bin Che Lah
  11. Anis Farhah binti Md Isa
  12. Nor Sabariah binti Awang Ngah
  13. Nanthini A/P Mahaendran
  14. Rozayma binti Zaman
  15. Ili Syahirah binti Abd Ghani
  16. Norsyuhada binti Ramli

 

Minggu ini merupakan minggu keempat persekolahan dan merupakan penggiliran Kumpulan B bagi murid Tahun 3, 4 dan 5. Kehadiran murid-murid pada waktu pagi disambut oleh guru-guru yang bertugas di Pagar A dan B. Keadaan trafik di hadapan pintu pagar sekolah sepanjang minggu ini adalah terkawal. Murid-murid dikehendaki mensanitasi tangan terlebih dahulu sebelum memasuki kawasan sekolah. Murid-murid dikumpulkan di dewan terbuka bersama guru bertugas sebelum diarahkan untuk bergerak ke kelas masing-masing. Pergerakan murid sewaktu penyuraian juga adalah terkawal. Murid-murid akan bergerak ke pagar yang ditetapkan iaitu Pagar B, C dan D semasa waktu balik.


Program ”Jom Hadir Awal ke Sekolah” anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling  - 30 orang murid yang terawal sampai ke sekolah pada hari Isnin diberikan sijil penghargaan


Keadaan lalu lintas pada waktu pagi adalah terkawal


Murid mensanitasi tangan terlebih dahulu sebelum masuk ke kawasan sekolah


Sepanjang minggu ini, masih terdapat ramai murid yang hadir lewat ke sekolah iaitu selepas jam 7.30 pagi. Berikut merupakan bilangan murid lewat mengikut hari:

  • Isnin: 32
  • Selasa: 25
  • Rabu: 25
  • Khamis: 21
  • Jumaat: 22

 

Sepanjang minggu ini juga dijalankan Program Ihya’ Ramadan. Terdapat beberapa aktiviti bagi Program Ihya’ Ramadan yang telah diadakan iaitu Program Tadarrus Al-Quran (dijalankan pada waktu rehat), Pertandingan Mewarna Poster (PPKI, Prasekolah dan Tahun 1),Pertandingan Azan (terbuka kepada semua), Pertandingan Nasyid (Tahun 3), Pertandingan Hafazan (Tahun 4), Pertandingan Menulis Cerita Agama Pendek (Tahun 5) dan Kutipan Sumbangan Ihya’ Ramadan.


 

Pertandingan Mewarna
 


Pertandingan Mewarna

   


Program Tadarrus al-Quran sewaktu rehat


         

Program Tadarrus al-Quran sewaktu rehat

 

 


 

 


 

No comments:

Post a Comment