Saturday, 10 June 2023



Assalamu'alaikum w.b.t.

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-10 SK Desa Pinggiran Putra telah berjaya dilaksanakan dengan baik.

Ribuan terima kasih khususnya kepada barisan pentadbir, guru-guru serta AJK PIBG yang telah bertungkus lumus merencana serta melaksanakan Mesyuarat PIBG SK Desa Pinggiran Putra dengan baik dan lancar.

Tahniah kepada ibu bapa yang hadir memenuhi dewan sebagai tanda komitmen serta tanggungjawab sebagai ahli PIBG. Pelbagai usul, idea, komen serta cadangan yang diberikan oleh ibu bapa semasa mesyuarat amat dihargai.

Semoga kerjasama yang erat dan mesra antara ibu bapa, guru-guru dan wargaa sekolah terus terjalin demi kecemerlangan sekolah & kemenjadian murid.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan AJK PIBG bagi sidang 2022/2023 yang lalu atas khidmat bakti yang telah dicurahkan dengan sangat cemerlang. Tahniah juga kepada AJK PIBG yang baharu dilantik bagi sidang 2023/2024. Semoga dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi.

Berikut merupakan rakaman memori sepanjang majlis berlangsung :



Jemputan ke mesyuarat

Barisan AJK Pendaftaran

Barisan AJK program

Pengurusan makanan bagi tetamu

Sambutan tetamu dan VIP


Ucapan Perasmi


Ucapan Puan Guru Besar

Mesyuarat PIBG sedang berlangsung



Hamper bagi cabutan bertuah









 


Wednesday, 7 June 2023



MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-10 . Mesyuarat Agung PIBG kali yang ke-10 Tahun 2023/2024 akan diadakan mengikut ketetapan berikut: Tarikh : 10 Jun 2022 Masa. : 8.00 pagi Tempat : Dewan Terbuka SK Desa Pinggiran Putra Hadiah cabutan bertuah yg menarik disediakan. Semua waris dijemput hadir .

 

Friday, 26 May 2023

MAKLUMAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK DESA PINGGIRAN PUTRA


 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Makluman untuk semua ibubapa/penjaga murid-murid SK Desa Pinggiran Putra. Mesyuarat Agung PIBG kali ke-10 SKDPP akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut: Tarikh : 10  Jun 2023 (Sabtu) Masa  :  8.00 pagi - 1.00 tengah hari Tempat :  Dewan Terbuka SK Desa Pinggiran Putra Harap maklum dan terima kasih.

Thursday, 18 May 2023

LAPORAN MINGGU KE 7 PERSEKOLAHAN SESI PAGI 2023/2024

Hari      : ISNIN

Tarikh   : 15 Mei 2023


SENARAI GURU BERTUGAS PADA MINGGU INI :


1. NAFSAH BINTI KASSIM (K)

2. TENGKU FAIRUS BINTI RAJA HASSAN

3. ATIRAH BINTI MUSTAFA

4. FAZIRA BINTI ISMAIL

5. SITI SUHAIDA BINTI SANIMAN

6. NURUL HANAN BINTI HUSSIN (PAGI/PETANG)

7. SASHI KUMAR A/L VARATHARAJOO




Tuesday, 2 May 2023

 

LAPORAN MINGGU KE 6 PERSEKOLAHAN SESI PAGI 2023/2024

 Hari      : Selasa

Tarikh   : 2 Mei 2023


SENARAI GURU BERTUGAS PADA MINGGU INI :


1.       HAFIDAH BINTI ABD HAMID (K)
2.       UMI NAZIHAH BINTI CHE GHANI
3.       PAIEZAH BINTI IBRAHIM
4.       MOHD SHAZUWAN BIN CHE LAH
5.       ZAHARIAH BINTI ZAINAL ABIDIN
6.       NORWATI BINTI MOHAMMAD SUPIAN


Keadaan lalu lintas pada waktu pagi






Suasana di Dewan Terbuka. Kehadiran pada waktu pagi




Wednesday, 12 April 2023

LAPORAN MINGGU KE 3 PERSEKOLAHAN SESI PAGI 2023/2024

 Hari      : ISNIN

Tarikh   : 10  APRIL 2023

Masa    : 7.30-8.00 PAGI

Tempat : Dataran Perhimpunan SK Desa Pinggiran Putra


SENARAI GURU BERTUGAS PADA MINGGU INI :


1.       SYAHRIHA BINTI RAMAN (K)
2.       WAN MALAIKAH BINTI WAN ASHA'ARI
3.       MOHD MUSLIHUDDIN BIN MOHD NOOR
4.       SURYANA BINTI SHUIB
5.       SITI NUR AIN BINTI ABDUL RAHMAN
6.       NURUL HUDA HANANI BINTI AB GHANI 
7.       NIK ASMAH BINTI RUMAN


LAPORAN PERHIMPUNAN

1. Nyanyian 3 buah lagu - lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah.
2. Bacaan Doa oleh pengawas bertugas.
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh ketua guru bertugas.
4. Bacaan Ikrar Murid oleh pengawas bertugas.

LAPORAN GURU BERTUGAS PADA MINGGU LEPAS

1. Kehadiran murid : tahniah diucapkan kepada semua murid yang berjaya hadir ke sekolah awal. Diminta kepada semua murid untuk mematuhi waktu persekolahan yang bermula pada jam 7.30 pagi.


2. Murid yang berbasikal ke sekolah atau berjalan kaki. Hati-hati dan patuhi peraturan lalu lintas jalan raya untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.


3. Budaya bergurau dengan rakan-rakan perlu ada sempadan. Elakkan bergurau secara berlebihan yang boleh membawa kepada pergaduhan atau kecederaan.


4. Jaga disiplin diri sewaktu berada di dalam sesuatu majlis. Elakkan daripada berbual kosong, bermain dengan rakan sewaktu penceramah sedang berucap. Beri sepenuh tumpuan dan catat maklumat penting yang disampaikan.


UCAPAN EN.MAHADIR BIN MIDON, PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS

1. Murid diminta untuk menghormati majlis dan penceramah yang menyampaikan ucapan. Berikan tumpuan dan perhatian semasa majlis sedang berlangsung.

2. Murid diminta memakai uniform sekolah dengan betul terutamanya pada waktu perhimpunan rasmi.

3. Murid diminta untuk menghayati logo sekolah iaitu Berilmu, Beramal, Beriman: murid perlu rajin, fokus dan berdisiplin. 

4. Murid diminta untuk berhati-hati semasa perjalanan pulang dan tidak bergurau secara berlebihan. 

4. Murid diminta untuk menjaga rohani dan amal terutamanya ketika Bulan Ramadan. 


                                            

                                                            Barisan guru bertugas pada minggu ini











                                                       
                                                            Gambar-gambar sekitar waktu perhimpunan pagi


Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh :
WAN MALAIKAH BINTI WAN ASHA'ARI.

Tuesday, 11 April 2023

LAPORAN MINGGU KE 3 PERSEKOLAHAN SESI PETANG 2023/2024

 

Hari       : ISNIN

Tarikh   : 10  APRIL 2023

Masa    : 5.05 - 5.30 PETANG

Tempat : Dataran Perhimpunan SK Desa Pinggiran Putra


SENARAI GURU BERTUGAS PADA MINGGU INI :

1.            NORANIZA BINTI SALLEH (K)

2.            FAUZAN BINTI MUHAMMAD

3.            NUR SYAHIRAH BINTI MD NASIR

4.            SHA’AZRINA BINTIMOHD IMRAN

5.            SITI HAJAR BINTI MOHD NASIR

6.            MOHD FAIZUL BIN ZAKARIA

 

LAPORAN PERHIMPUNAN

1.             Nyanyian 3 buah lagu - Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.

2.             Bacaan Doa oleh Ustaz Muhammad Arsya Bin Arbi.

3.             Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya.

4.             Bacaan Ikrar Murid oleh pengawas bertugas


5.     

Bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Arsyad Bin Arbi

   
Barisan Guru Sesi Petang



6.       Ucapan Wakil Pentadbir, Cikgu Amir Hamzah Bin Suleiman

          1. Murid dinasihatkan jangan berjalan ketika bacaan doa, nyanyi 3 buah lagu rasmi, bacaan ikrar                  rukun negara, ikrar jalan raya dan ikrar murid.

          2. Berjalan dengan teratur dan jangan tolak menolak ketika di tangga waktu balik.

 


Ucapan Penolong Kanan Petang : Amir Hamzah Bin Suleiman


7.       Perhimpunan tamat tepat jam 5:30


Sekian Laporan, terima kasih.


Laporan disediakan oleh:

Mohd Faizul Bin Zakaria