Wednesday 12 April 2023

LAPORAN MINGGU KE 3 PERSEKOLAHAN SESI PAGI 2023/2024

 Hari      : ISNIN

Tarikh   : 10  APRIL 2023

Masa    : 7.30-8.00 PAGI

Tempat : Dataran Perhimpunan SK Desa Pinggiran Putra


SENARAI GURU BERTUGAS PADA MINGGU INI :


1.       SYAHRIHA BINTI RAMAN (K)
2.       WAN MALAIKAH BINTI WAN ASHA'ARI
3.       MOHD MUSLIHUDDIN BIN MOHD NOOR
4.       SURYANA BINTI SHUIB
5.       SITI NUR AIN BINTI ABDUL RAHMAN
6.       NURUL HUDA HANANI BINTI AB GHANI 
7.       NIK ASMAH BINTI RUMAN


LAPORAN PERHIMPUNAN

1. Nyanyian 3 buah lagu - lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah.
2. Bacaan Doa oleh pengawas bertugas.
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh ketua guru bertugas.
4. Bacaan Ikrar Murid oleh pengawas bertugas.

LAPORAN GURU BERTUGAS PADA MINGGU LEPAS

1. Kehadiran murid : tahniah diucapkan kepada semua murid yang berjaya hadir ke sekolah awal. Diminta kepada semua murid untuk mematuhi waktu persekolahan yang bermula pada jam 7.30 pagi.


2. Murid yang berbasikal ke sekolah atau berjalan kaki. Hati-hati dan patuhi peraturan lalu lintas jalan raya untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.


3. Budaya bergurau dengan rakan-rakan perlu ada sempadan. Elakkan bergurau secara berlebihan yang boleh membawa kepada pergaduhan atau kecederaan.


4. Jaga disiplin diri sewaktu berada di dalam sesuatu majlis. Elakkan daripada berbual kosong, bermain dengan rakan sewaktu penceramah sedang berucap. Beri sepenuh tumpuan dan catat maklumat penting yang disampaikan.


UCAPAN EN.MAHADIR BIN MIDON, PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS

1. Murid diminta untuk menghormati majlis dan penceramah yang menyampaikan ucapan. Berikan tumpuan dan perhatian semasa majlis sedang berlangsung.

2. Murid diminta memakai uniform sekolah dengan betul terutamanya pada waktu perhimpunan rasmi.

3. Murid diminta untuk menghayati logo sekolah iaitu Berilmu, Beramal, Beriman: murid perlu rajin, fokus dan berdisiplin. 

4. Murid diminta untuk berhati-hati semasa perjalanan pulang dan tidak bergurau secara berlebihan. 

4. Murid diminta untuk menjaga rohani dan amal terutamanya ketika Bulan Ramadan. 


                                            

                                                            Barisan guru bertugas pada minggu ini











                                                       
                                                            Gambar-gambar sekitar waktu perhimpunan pagi


Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh :
WAN MALAIKAH BINTI WAN ASHA'ARI.

No comments:

Post a Comment