Saturday 10 May 2014

PERKHEMAHAN PERDANA BADAN BERUNIFORM SK DESA PINGGIRAN PUTRA, 2014

Hari Pertama Perkhemahan
Tarikh : 09 Mei 2014 (Jumaat)
Masa : 4.00 pm - 1.00 pagi


Laporan Pelaksanaan
1. Pendaftaran dimulakan mulai pukul 3.30 petang yang diketuai oleh Pn. Nur Hafizah .
2. Peserta Perkhemahan terdiri daripada murid Tahun 4 dan 5.
3. Seramai 75 orang murid telah menyertai perkhemahan ini iaitu:
    Peserta Perkhemahan Lelaki        = 39 orang
    Peserta Perkhemahan Perempuan = 36 orang
4. Kehadiran guru praktikum IPG Bangi ( En. Amin, Cik Mukaramah dan Norasyikin)
5. Walaupun angin bertiup kuat, namun aktiviti memasak dapat jua dilaksanakan. Menu pada malam ini ialah
    Sup ayam, Nasi putih dan air sirap.
6. Suasana agak kecoh sewaktu mandi. Ada peserta yang mandi terlalu lama dan ini telah menjadikan
   suasana bising tambahan pula tekanan air yang rendah menyebabkan ada yang terjerit meminta tolong
   disebabkan muka sudah dipenuhi dengan syampu mandi. Namun begitu gelagat mereka mencuit hati.
7. Tahniah kepada fasilitator yang hadir dan bermalam di khemah iaitu Cik Aqilah, Cik Ili, En. Zakaria, Pn.
    Rozayma dan juga guru praktikum yang bersedia menjadi  fasilitator. Pn. Ifahayati (fasilitator) tidak hadir.
8. Sebelum tidur kedengaran peserta membaca ayat-ayat Alquran yang telah dipesan oleh Ustaz Zulhilmi.

Senarai nama peserta mengikut kumpulan:
Kumpulan 8

Kumpulan 7

Kumpulan 6

Kumpulan 5

Kumpulan 4

Kumpulan 3

Kumpulan 2

Kumpulan 1

Pn. Noor Hayati - Ketua Memasak


Mendirikan Khemah


 Peserta membersihkan diri



AJK Penyediaan makanan

.
Mendirikan Solat Maghrib dan Isyak

En. Zulhilmi mengimamkan Solat Maghrib 


Khusyuk mendirikan solat

Penerangan oleh En. Maz Azlee


 Perbincangan Kumpulan

Perbincangan kumpulan dikendalikan oleh fasilitator



Dah dapat Tag nama

Kumpulan mengenalkan diri


Bersedia untuk melelapkan mata

Berat sama dipikul ringan sama dijinjing
Kreativiti Mendirikan khemah untuk memantau peserta perkhemahan

Kehadiran AJK PIBG

En. Hafizi - Anggota Polis yang membantu mengawal keselamatan peserta perkhemahan.


No comments:

Post a Comment