Tuesday 24 June 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-23

Tarikh                          :   23/6/2014
Hari                             :   Isnin
Masa                            :   7.40 - 8.10 pagi
Tempat                        :   Dataran Perhimpunan, SKDPP
Guru Bertugas              :   (1) Encik Maz Azlee bin Azahari
                                       (2) Puan Noor Hayati binti Miswan
                                       (3) Puan Nor Asiah binti Mohd Yusof
                                       (4) Puan Wan Salawati binti Wan Md. Nor
Kehadiran guru             :   23/30
Guru Tidak Hadir          :    Pn Anis Farhah – Cuti Bersalin
                                         Pn Umi Nazihah – Cuti Bersalin
                                         En Sukimin – Persidangan Pendidikan Kebangsaan JPN
                                         Pn Maznah – Taklimat / Bengkel PIC (PPD)
                                        Cik Ili – Taklimat / Bengkel PIC (PPD)
                                        Pn Iqbal – Cuti Sakit
                                        Pn Zahrulhuda – Taklimat KPM
Laporan                        : 

1. Nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang diketuai oleh Puan Norwati binti Mohammad Supian.
2. Bacaan doa oleh adik Ahmad Kamal bin Muhammad Khir.
3. Bacaan ikrar Rukun Negara serta ikrar Pengguna Jalanraya yang dipimpin oleh Encik Maz Azlee.
4. Bacaan ikrar murid oleh adik Nor Fizri Nazrin bin Nordin.

5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh  Puan Fauzan. Antara isi kandungannya ialah:   
    - Jaga keselamatan diri apabila pulang dari sekolah. Menjerit dengan sekuat hati jika terdapat orang yang         tidak dikenali mendekati kita. Ini kerana terdapat kes penculikan kanak-kanak dimana penculik                       mengambil organ-organ dalaman untuk dijual di sempadan.
    - Keadaan cuaca yang sangat panas. Murid-murid hendaklah mengurangkan aktiviti luaran.
    - Pergi ke tandas. Murid-murid hendaklah bergilir apabila hendak pergi ke tandas. Elakkan pembaziran air.
    - Sampah di dalam laci meja. Murid-murid hendaklah membuang sampah di dalam tong sampah yang telah         disediakan.

6. Ucapan Guru Bertugas oleh Encik Maz Azlee binti Azahari yang bertemakan “Tazkirah Ramadhan”. Antara         isi kandungannya ialah:
    - Umat islam akan menyambut bulan Ramadhan pada hari ahad ini.
    - Murid-murid hendaklah belajar berpuasa terutamanya murid tahun 1. Kalu tidak larat, murid-murid boleh         berpuasa sehingga tengahari sahaja.
    - Antara syarat wajib berpuasa ialah islam, berakal dan cukup umur.
    - Berpuasa seumpama kita solat 5 waktu. Sekiranya seseorang itu tidak solat dimana umurnya telah                   mencapai 7 tahun, wajiblah dirotan ke atas dirinya.

7. Ucapan oleh Puan Salmah binti Ismail selaku Guru Penolong Kanan KoKurikulum berkaitan dengan budaya           memberi salam dan hormat kepada guru.
     - Walaupun sudah bersekolah selama 6 bulan, masih terdapat murid-murid yang tidak memberi salam dan          hormat kepada guru.
     - Apabila guru masuk ke dalam kelas, murid-murid tidak bangun untuk memberikan hormat.
     - Hanya seorang murid tahun 4 yang bersalam dengan Guru Besar apabila berjumpa.
     - Murid-murid hendaklah memberi salam apabila berjumpa dengan guru dan ada perubahan tingkah laku            yang akan berlaku di masa-masa hadapan.
-  Akhir sekali, Puan Salmah mengucapkan selamat berpuasa kepada guru-guru dan murid-murid.


Bacaan ikrar oleh adik Nor Fizri Nazrin

Bacaan doa oleh adik Ahmad Kamal

Laporan oleh Puan Fauzan selaku guru bertugas minggu lepas

Ucapan oleh guru bertugas iaitu Encik Maz Azlee

Ucapan oleh Puan Salmah selaku Guru Penolong Kanan KoKurikulum

Murid-murid sedang mendengar ucapan dari guru-guru yang berucap.









No comments:

Post a Comment