Monday 2 June 2014

Latihan Bola Sepak dan Bola Baling

Pada hari Isnin 2 Jun 2014 jam 5 petang telah diadakan latihan bola sepak (lelaki) dan bola baling (perempuan) di padang SK Desa Pinggiran Putra. Ini adalah latihan pertama yang diadakan ketika waktu cuti sekolah ini. Hanya seramai 10 orang sahaja yang menghadiri latihan ini. Mungkin kerana masih ramai yang belum mengetahui adanya latihan bola sepak dan bola baling ketika waktu cuti sekolah ini. Walaupun tidak ramai tetapi latihan masih tetap dijalankan. Latihan bermula seawal pukul 5 petang dan berakhir pada pukul 6.30 petang. Latihan ini diadakan bagi memilih pasukan bola sepak dan bola baling bagi mewakili sekolah dalam kejohanan bawah 10 dan bawah 11 peringkat daerah Sepang yang akan diadakan pada  bulan September dan Oktober ini. Latihan bola sepak dan bola baling ini akan diadakan pada ketetapan berikut :

Hari   : Isnin - Jumaat
Tarikh : 2.6.2014 - 6.6.2014
Masa : 5.00 - 6.30 petang
Tempat : Padang SK Desa Pinggiran Putra

Diharap pada hari - hari berikutnya akan bertambah ramai penyertaan muridnya. Majulah sukan untuk SK Desa Pinggiran Putra.



Latihan bola sepak

Latihan bola baling


No comments:

Post a Comment