Tuesday 30 December 2014

Sumbangan Untuk Mangsa Banjir


Gambar di atas ialah gambar sebenar yang di ambil oleh para sukarelawan yang menghantar bantuan ke Manik Urai pada minggu lepas. Dan sumbangan yang dikumpul ini adalah siri yang kedua oleh pihak sukarelawan tersebut.


Pihak Kelab Kebajikan Guru dan Staf SK Desa Pinggiran Putra Sepang rasa terpanggil untuk menghulurkan bantuan berbentuk barangan kepada mangsa banjir...

Sehubungan dengan itu, kami AJK KKGS memohon sumbangan ikhlas daripada tuan puan untuk berbuat demikian.

Antara barang yang boleh disumbangkan adalah seperti berikut :

Beras
Biskut
Gula
Tepung
Sardin
Air mineral
Ubat ubatan
Lilin dan portable stove
Lampin dan susu bayi
Selimut dan toto

Besarlah harapan kami agar tuan dan puan dapat membantu menyumbangkan barang barang tersebut mengikut kemampuan masing masing...

Semua barang boleh dikumpulkan di sekolah bermula esok Rabu 31.12.2014 hingga 6.00 petang Khamis 1.1.2015 dan urusan pengumpulan dan pengagihan akan dilakukan oleh cikgu Iqbal Hana (013-365 2558) dan cikgu Maz Azlee (010-535 2174).

Semoga niat murni dan usaha kita untuk membantu mereka yang memerlukan akan diberi pahala dan dimurahkan rezeki kita oleh Allah Ta'ala... Amiin

Terima kasih daripada pihak kami AJK KKGS SEDERAP. 

"Bersama Kita SEDERAP"✌

No comments:

Post a Comment