Monday 11 May 2015

KEMPEN MENABUNG BERSAMA BSN ZON PUTRAJAYA

Program Menabung Bersama BSN Zon Putrajaya telah diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut;

Tarikh   : 07.05.2015
Masa    : 10.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Ruang Lobi SKDPP

Objektif program ini ialah;

1. Menanam sikap suka menyimpan dan menabung dari kecil lagi di kalangan murid-murid sekolah.
2. Memberi peluang kepada murid-murid untuk membuka akaun simpanan yang masih belum ada akaun bank. 
3. Menjalin hubungan dengan agensi kerajaan bersama pihak sekolah dan  PIBG sekolah yang merupakan salah satu agenda dalan Sarana Ibubapa dan Sekolah

Pada keseluruhannya penyertaan murid menggalakan dan baik. Seramai 70 orang murid telah membuka akaun simpanan bersama BSN. 

Untuk makluman ibubapa dan penjaga,  pihak BSN akan menyerahkan buku simpanan bank kepada murid-murid  seminggu selepas tarikh pendaftaran.

Pihak BSN juga akan membuat kunjungan sebulan sekali ke sekolah untuk murid-murid yang ingin menyimpan dan mengeluarkan simpanan.Proses pengeluaran wang hanya boleh dilakukan oleh murid itu sendiri dengan menggunakan'thumb print' murid tersebut dan membawa salinan surat beranak.

Jadual kunjungan pihak BSN ke sekolah akan dimaklumkan melalui blog sekolah, fb sekolah dan buku komunikasi murid.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Puan Rosnita bt Sarponin, Ketua Zon Putrajaya di telefon berikut, 0123603859

Murid-murid sedang beratur untuk membuka buku  simpanan sambil
mendengar taklimat dari pegawai BSN Putrajya En. Khairul Rizal Muhd. Laki 



Puan Rosnita bt Sarponin Ketua Zon Putrajaya turut
 membantu mendaftarkan pendeposit cilik ini.

Ibubapa juga turut hadir untuk memastikan pendaftaran buku simpanan
anak-anak  mereka berjalan dengan lancar



Sebahagian daripada murid-murid beratur menunggu
giliran mengikut kelas masing-masing



Murid-murid dengan cenderamata yang mereka terima bersama dengan
En. Rosdin PK HEM, Pn. Salmah PK Koko dan Pn. Umi Nazihah guru penyelaras program ini.



Di antara cenderamata yang diterima oleh murid jika mereka menyimpan RM50



Di antara cenderamata yang diberikan jika memenyimpan RM50


No comments:

Post a Comment