Monday 11 May 2015

PELANCARAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH

Pelancaran Program Susu 1Malaysia (PS1M) telah dilancarkan oleh Puan Maznah binti Mohd Noor PK 1 pada tarikh dan masa seperti berikut;

Tarikh  : 05.05.2015 Hari Selasa
Masa   : 7.40 pagi
Tempat : Dataran Perhimpnan SEDERAP

Program ini adalah kesinambungan program bantuan susu sekolah (Program Susu Sekolah) yang dimulakan oleh KPM pada tahun 1983. Ia merupakan satu program bagi meningkatkan tahap pemakanan murid-murid sekolah rendah terutama di sekolah-sekolah luar bandar.Di bawah program ini murid-murid sekolah akan diberi susu LHT sepanjang perlaksanaan program yang bermula dari bulan Mei 2015 sehingga bulan Oktober 2015. Murid-murid  akan mendapat 2 kotak susu berperisa coklat sebanyak  2 kali seminggu iaitu setiap hari Selasa dan hari Khamis mulai jam 11 pagi.

Puan Shaazrina, guru penyelaras PP1M memberi taklimat tentang cara minum susu yang
betul  iaitu meminta murid melihat jika  tarikh luput susu itu sudah tamat.

Guru-guru bekerjasama memastikan kotak susu yang sudah diminum dibuangkan
 dalam plastik atau bekas yang disediakan

Semua guru kelas membuat semakan nama murid yang bersetuju
untuk minum susu dari borang pengesahan persetujuan  ibubapa.

Bagi murid Tahun 1 ini merupakan pengalaman kali pertama mereka dapat
 minum  susu. Puan Fauzan guru Tahun1 Jaguar mengedarkan susu kepada murid-murid.

Ustazah Noorhayati memantau untuk memastikan semua kotak  susu yang
 telah diminum dimasukkan kedalam plastik yang disediakan.

No comments:

Post a Comment