Wednesday 12 August 2015

Perhimpunan Rasmi 10 Ogos 2015

Tarikh     : 10 Ogos 2015
Masa       : 7.40 pagi - 8.10 pagi
Hari        :  Isnin

GURU BERTUGAS

1.      Encik Hazim bin Harun         
2.            Puan Fauzan binti Hj. Muhammad
3.      Cik Nurul Aqilah binti Mohd Tahir                      
4.            Puan Nurul Hidayah binti Wahid @ Ab. Wahid

LAPORAN
 1. Bacaan doa yang dipimpin oleh Adik Fahmi bin Saipo
 2. Nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu `Negaraku', lagu `Negeri Selangor' dan lagu  “Sekolah”.
 3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dipimpin oleh Encik Hazim bin Harun
 4. Bacaan ikrar murid oleh wakil murid Abdul Syamir Ikmal bin Abdul Salim.
 5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Hannah Najihah binti Abd Razak
         5.1  Murid dilarang berlari dalam kawasan sekolah terutamanya dalam bilik guru dan kelas
         5.2  Kebersihan sekolah adalah tanggungjawab semua. Semasa di kantin, pinggan dan cawan yang telah                   digunakan hendaklah diletakkan ke dalam besen yang telah disediakan.
         5.3  Sampah mestilahn dibuang ke dalam tong sampah, bukannya dibiarkan bersepah-sepah di merata                       tempat.
 6. Slot Anti Dadah oleh Puan Norlizawati binti Razali mengenai jenis-jenis alkohol      
 7. Pada 5 Ogos 2015, Persatuan Puteri Islam Malaysia telah mengadakan program "Hari Puteri Daerah                 Sepang". Sekolah telah mendapat tempat ke-3 bagi kategori memasang khemah dan gajet. Antara                      pemenangnya ialah :
  • Nur Syuhyada Insyirah binti Mohd Amir (6 UPM)
  • Wan Maria Irshadiah binti Wan Zuraidi (6 UPM)
  • Nur Hazlina binti Suladi (6 UPM)
  • Fadhlina Nur Azzyyatie binti Mohd Rasbi (5 Marikh)
8. Pada 5 hingga 6 Ogos 2015 telah berlangsung program "Jom Cakna" dibawah kelolaan kelas Pemulihan dan       PPKI. Antara pemenang sekolah ialah :
      a)  Muhammad Izwan Fahmi bin Turwida : Tempat ke-3 Kategori Membaca
      b)  Nur Hadirah binti Mohamad Husaini    : Tempat ke-3 Kategori Ejaan dan Silang Kata 
                                                                   : Johan Kategori Operasi Tolak

9. Ucapan dari pentadbir oleh Encik Rosdin bin Ibrahim :
        9.1  Tahniah atas kejayaan bagi pemenang-pemenang pertandingan program Hari Puteri Daerah Sepang                  dan Jom Cakna.
      9.2  Penemuan terbaru tentang produk bernama Shisha Stick (seperti rokok yang mengakibatkan ketagihan).             Murid-murid dinasihatkan jangan terpedaya jika ada orang luar menawarkannya. Tindakan tegas akan                  diambil jika murid didapati memilikinya.
     9.3   Pada minggu ini, murid-murid Tahun 6 akan menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR. Minta warga                  sekolah mendoakan kejayaan mereka dan memberi kerjasama sepenuhnya.
     9.4  Murid-murid diminta untuk bijak menguruskan masa. Manfaatkan masa tersebut sebaik-baiknya dengan               aktiviti berfaedah.



Bacaan doa dipimpin oleh Fahmi bin Saipo


Nyanyian tiga buah lagu dipimpin oleh Puan Norwati



Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Rukun Negara dipimpin oleh En Hazim

Bacaan Ikrar Murid oleh Abdul Syamir Ikmal bin Abdul Salim



Laporan guru bertugas minggu lalu oleh Puan Hannah Najihah


Slot PPDA  oleh Puan Norlizawati 






Pemenang pertandingan sempena 'Hari Puteri Daerah Sepang'





Pemenang pertandingan sempena 'Jom Cakna'

Ucapan dari pentadbir, Encik Rosdin 




No comments:

Post a Comment