Friday 21 August 2015

TATACARA TINDAKAN IBU BAPA /PENJAGA

A) Dalam kes disiplin

  1. Hadir ke sekolah setelah menerima surat atau panggilan telefon dari sekolah dengan kadar segera.
  2. Perbincangan dua hala dalam keadaan harmoni.
  3. Bersedia menandatangani surat jaminan atau akujanji bertulis bahawa anak atau anak jagaannya akan diberhentikan jika salahlaku berulang termasuk denda dan buang sekolah.
  4. Bersedia memberi keizinan kepada pihak sekolah untuk mengenakan tindakan disiplin salahlaku ketidakhadiran sekolah berterusan atau berulang termasuk denda dan buang sekolah.
  5. Sentiasa menghubungi pihak sekolah untuk memantau perkembangan anak atau anak jagaannya di sekolah.
  6. Kes dirujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk sesi kaunseling dan laporan hendaklah dimaklumkan kepada penjaga dan pihak sekolah.
  7. Kes diserahkan kepada guru disiplin untuk pemantauan dan pemerhatian.

B) Berurusan dengan sekolah

  1. Lapor diri di Pondok Pengawal di Pintu Utama  SK Desa Pinggiran Putra.
  2. Memperolehi Pas Pelawat.
  3. Dapatkan Kebenaran dari Guru Besar atau Pihak Pengurusan Sekolah dan menandatangani buku pelawat ibu bapa sebelum berjumpa murid atau guru.
  4. Ibubapa/penjaga tidak dibenarkan berlegar di kawasan Sekolah untuk waktu yang lama.
  5. Sewaktu berurusan dengan sekolah mesti berpakaian sopan.
  6. Ibubapa tidak dibenarkan menghantar makanan pada waktu rehat.
  7. Membawa murid keluar dari kawasan sekolah pada waktu persekolahan perlu mendapat kebenaran Guru Besar atau Pihak Pengurusan dan perlu mencatat buku keluar yang disediakan

 Disediakan oleh;

Unit HEM
SK Desa Pinggiran Putra

No comments:

Post a Comment