Monday 7 September 2015

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI 7 SEPTEMBER 2015

Tarikh     : 7 September 2015
Masa      : 7.40 pagi - 8.10 pagi
Hari        :  Isnin

GURU BERTUGAS

1.     Puan Norlizawati binti Mohd Razali       
2.      Puan Noor Hayati binti Miswan
3.     Puan Nur Izzati binti Muhammad Hairi                      
4.      Puan Noraida binti Abd Aziz

LAPORAN
 Perhimpunan Rasmi telah diacarakan oleh Puan Norlizawati binti Mohd Razali
 1. Bacaan doa yang dipimpin oleh Adik Fahmi bin Saipo
 2. Nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah
     yang dipimpin oleh Puan Norwati
 3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dipimpin oleh Puan      Norlizawati
 4. Bacaan ikrar murid oleh wakil murid Abdul Syamir Ikmal bin Abdul Salim.
 5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Syajaratuddur binti Mahamod:
    5.1  Ucapan tahniah kepada murid yang hadir Kem Bestari Solat pada 4 September 
    2015.
    5.2  P&P berjalan lancar
    5.3  Teguran untuk murid supaya tidak menjadikan bilik guru sebagai laluan penghubung.
6. Ucapan dari pentadbir oleh Encik Sukimin bin Juki :
   6.1 Encik Sukimin mengingatkan bahawa hari ini 7 September adalah hari terakhir bagi
   murid tahun 6 sebelum menduduki peperiksaan UPSR pada 8,9,10 September 2015.
   6.2 Murid lain diingatkan tentang jadual kehadiran ke sekolah secara bergilir sempena  
   UPSR
   6.3 Perlu ada disiplin dalam diri setiap murid. Pastikan diri sendiri, kelas dan lain-lain
   bersih dan kemas sentiasa. Gurumembimbing murid agar membersihkan kelas sebelum
   berlangsung sesi P&P.
   6.4 Nasihat untuk calon UPSR, Tahun 6 2015 adalah perintis UPSR SEDERAP. Jadi
   buktikan kecemerlangan semua. Jika berjaya akan ada potensi untuk menyambung
   pelajaran ke tingkatan satu di sekolah berasrama penuh. Justeru tumpukan segala
   perhatian pada setiap apa yang guru ajarkan di kelas dan jawab soalan dengan baik.

 7.Setelah selesai ucapan Encik Sukimin, perhimpunan diteruskan dengan Majlis Restu Ilmu
   untuk calon UPSR iaitu ‘guru menghalalkan ilmu yang dicurahkan dan mendoakan
   kejayaan murid-murid’.
  7.1 Puan Rozayma mewakili semua guru menyampaikan ucapan luahan hati ikhlas dari
   guru dan harapan guru kepada murid-murid. Suasana sayu dan hiba dirasai ketika ini.
   Semoga ianya menjadi penguat semangat buat anak-anak calon UPSR.
  7.2 Semua calon UPSR bersalaman dengan para guru, mengucapkan kata maaf, terima        kasih dan memohon doa buat mereka.


 Bacaan doa diketuai oleh Fahmi bin Saipo

 Nyanyian lagu dipimpin oleh Puan Norwati binti Mohd Supian

 Bacaan ikrar oleh Abdul Syamir Ikmal bin Abdul Salim

 Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Syajaratuddur binti Mahamod

 Ucapan pentadbir oleh Encik Sukimin bin Juki

 Ucapan pengharapan Majlis Restu Ilmu  
 Calon UPSR SEDERAP khusyuk menghayati bait-bait ucapan guru

Suasana hiba dan pilu 

Sesi bersalaman, memohon maaf dan doa

 Sesi bersalaman, memohon maaf dan doa

Sesi bersalaman, memohon maaf dan doa

KAMI WARGA SEDERAP MENGUCAPKAN SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN UPSR DAN DIDOAKAN SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG...
AMIN YA RABBAL 'ALAMIN...




    



No comments:

Post a Comment