Tuesday, 19 April 2016

KENALI KANAK-KANAK AUTISME

Bersempena dengan HARI KESEDARAN AUTISME SEDUNIA, sedikit info berkaitan anak istimewa ini mungkin dapat dikongsi bersama.

Menurut Pakar Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr. Zasmani Shafiee, autisme adalah gangguan perkembangan otak kanak-kanak yang menyebabkan mereka akan mengalami masalah tertentu. Katanya, kanak-kanak autisme ini biasanya menghadapi masalah komunikasi, interaksi sosial, pemikiran dan emosi serta berkaitan IQ.


Ciri-ciri yang jelas boleh dilihat adalah dalam aspek ketidakupayaan dalam komunikasi. Kanak-kanak autistik menghadapi masalah untuk berkomunikasi, menjalin hubungan sosial dan berfikir secara kreatif. Pada peringkat bayi, anak autistik tidak peduli sama ada dipeluk atau tidak oleh ibu bapanya. Mereka hidup di dalam dunia mereka sendiri.


Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka akan mengasingkan diri serta menunjukkan reaksi yang agresif ketika dipegang, disentuh dan dipeluk. Mereka tidak suka senyum dan bertentang mata ketika berkomunikasi. Jika sakit, luka atau duka, anak autistik tidak akan meluahkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya ekspresi perasaan muka dalam pertuturan. Mereka suka berseorangan, tidak suka menjalinkan hubungan dengan orang lain dan hidup dalam dunianya sendiri. Mereka mempunyai suatu corak komunikasi yang digelar ‘echolalia’, iaitu suka mengulangi percakapan orang lain. Selain itu, mereka sanggup menggunakan masa yang panjang untuk mengulangi sesuatu perbuatan seperti memusingkan badan dalam bulatan, melambai tangan di depan mata sendiri atau menggigit kuku.

Tanda-tanda lain yang ada pada pengidap Autisme
1. Tidak boleh menguasai atau sangat lambat dalam penguasaan bahasa harian
2. Hanya boleh mengulangi beberapa perkataan sahaja
3. Mata yang tidak jernih atau tidak bersinar
4. Tidak suka atau tidak mahu melihat mata orang lain
5. Hanya suka mainannya sendiri (kebanyakan hanya satu mainan itu sahaja)

6. Tidak suka berbual dengan orang lain.

FILEM BERKAITAN AUTISME DIINSPIRASIKAN DARI KISAH BENAR

Filem Redha arahan Tunku Mona Riza bakal menemui penonton di pawagam bermula 14 April. Filem inspirasi dari kisah benar itu menceritakan tentang kehidupan ibu bapa membesarkan anaknya yang menghidap autisme. 

Autisme merupakan masalah gangguan otak yang membatasi kemampuan penghidap tersebut dalam aspek komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku.


Menampilkan lakonan pasangan suami isteri Namron dan June Lojong. Manakala Harith Haziq dan Izzy Reef sebagai kanak autisme. Turut dibintangi oleh Nadiya Nisaa, Remy Ishak, Ruminah Sidek, dan Susan Lancester.

1 comment:

Blogger said...

If you're looking to lose kilograms then you certainly have to start following this brand new custom keto meal plan diet.

To create this service, licenced nutritionists, fitness couches, and top chefs joined together to develop keto meal plans that are useful, convenient, money-efficient, and enjoyable.

Since their launch in early 2019, 100's of people have already transformed their figure and well-being with the benefits a certified keto meal plan diet can offer.

Speaking of benefits: in this link, you'll discover eight scientifically-confirmed ones offered by the keto meal plan diet.

Post a Comment