MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH SK DESA PINGGIRAN PUTRA SESI 2017
Tarikh : 22 September 2016 (Khamis)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama SK Desa Pinggiran Putra
Pengerusi : En. Sukimin bin Juki (Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra)
Pada 22 September 2016 yang lalu, Mesyuarat JK Pemilihan Murid Prasekolah Sesi 2017 telah dilaksanakan. Mesyuarat ini bertujuan untuk memilih murid- murid yang layak untuk mengisi kekosongan di Prasekolah SEDERAP untuk sesi 2017. Daripada 63 permohonan yang telah diterima dan diproses, hanya 50 permohonan sahaja yang telah terpilih berdasarkan syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan. Keutamaan diberikan kepada murid yang berumur 6 tahun pada tahun persekolahan semasa. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Tn Hj. Jailani bin Kadir selaku wakil komuniti.
Kehadiran:
1. En. Sukimin bin Juki (Pengerusi)
2. Pn. Maznah binti Mohd Noor (PK Pentadbiran)
3. Tn. Hj. Jailani bin Kadir (Wakil Komuniti)
4. Cik Nik Asmah binti Ruman (Wakil Guru Tahap 1)
5. Pn. Nurulhanis binti Noh (Guru Prasekolah)
6. Cik Nur Afizah binti Azmi (PPM)
7. Pn. Nor Hasniza binti Ismail (PPM)
Mesyuarat berakhir pada jam 3.30 petang.
Mesyuarat dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Pengerusi, En. Sukimin bin Juki |
Sesi pemilihan murid prasekolah untuk sesi 2017 berlangsung |
Antara yang turut terlibat dalam Mesyuarat JK Pemilihan Murid Prasekolah Sesi 2017 |
En. Sukimin dan wakil komuniti, Tn. Hj. Jailani bin Kadir |
1 comment:
Easy "water hack" burns 2 lbs OVERNIGHT
Over 160 000 men and women are using a simple and secret "liquids hack" to drop 2 lbs every night as they sleep.
It's easy and works with everybody.
Just follow these easy step:
1) Hold a glass and fill it half glass
2) Then follow this crazy HACK
and be 2 lbs thinner the very next day!
Post a Comment