Murid Tahun 6 2016
Dengan segala hormat dimaklumkan bahawa penempatan murid tahun 6 2016 telah diluluskan oleh PPD Sepang seperti berikut;
Penempatan : BEA9612 SMK Dato Abu Bakar Baginda.
Tarikh Pengesahan Penempatan : 07 November hingga 18 November 2016
Tuan/puan dan anak jagaan tuan/puan boleh membuat pengesahan penempatan seperti tarikh dan tempat yang dinyatakan dan WAJIB membawa bersama salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut;
- Surat penempatan Murid Tahun 6 ke Tingkatan Satu Sekolah Menengah Harian sesi Persekolahan 2017 ( telah diserahkan kepada murid)
- Sijil Kelahiran murid
- Kad Pengenalan Murid (jika ada) dan ibu bapa
- Slip menduduki peperiksaan UPSR 2016 atau slip Keputusan UPSR 2016
Ibu bapa/Penjaga dikehendaki hadir bersama-sama anak-anak jagaan semasa tempoh pengesahan penempatan dijalankan.
Kegagalan pihak tuan/puan untuk membuat pengesahan penempatan di sekolah yang diluluskan, tuan/puan dianggap menolak penempatan ini.
Waktu pengesahan boleh dilakukan pada waktu pejabat iaitu dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi nombor telefon berikut 03-89266839.
Berikut adalah tarikh-tarikh penting proses kemasukan murid Tingkatan Satu 1 2017 ke SMK Dato Abu Bakar Baginda,
PROSES PENEMPATAN TAHUN 6 KE TINGKATAN SATU 2017
Bil
|
Tarikh
|
Perkara
|
Tindakan/ Tempat
|
1.
|
01 Nov. 2016 – 07 Nov. 2016
|
Surat Penempatan dikeluarkan
|
JPNS/PPD/ SKDPP
|
2.
|
08 Nov. 2016 – 18 Nov. 2016
|
Pengesahan Penempatan ke Tingkatan Satu 2016. * Boleh membuat rayuan pertukaran penempatan ke sekolah lain.
|
SMK DABB
|
3.
|
20 Nov.2015 - 09 Dis. 2016
|
Proses kelulusan rayuan penempatan semula oleh PPD.
|
SMK DAB/ PPD/JPNS
|
4.
|
11 Dis. 2016 – 16 Dis. 2016
|
Mencetak kelulusan rayuan di sekolah menenagah asal.
|
SMKDABB/PPD/JPNS
|
5.
|
18 Dis. – 23 Dis. 2016
| Pengesahan pendaftaran kes rayuan ke sekolah menengah baru. |
Sekolah yang dipohon
|
6.
|
30 Dis. 2016
| Pendaftaran Tingkatan 1 /Hari Orientasi |
SMKDABB
|
7.
|
02 Jan. 2017 – 15 Jan. 2017
|
Murid Melapor diri.
|
Jika selepas tarikh tersebut murid tidak melapor diri, segala permohonan akan dibuat secara manual dan pengesahan dilakukan oleh pihak PPD
|
1 comment:
As reported by Stanford Medical, It's in fact the ONLY reason women in this country get to live 10 years more and weigh 42 pounds lighter than we do.
(And really, it really has NOTHING to do with genetics or some secret-exercise and really, EVERYTHING to around "how" they eat.)
BTW, I said "HOW", not "what"...
Click on this link to see if this brief quiz can help you unlock your real weight loss possibility
Post a Comment