Saturday, 29 October 2016

TAKLIMAT DAN MESYUARAT PRASEKOLAH BIL. 1/2017


Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Prasekolah 2017 telahpun diadakan pada 22 September 2016. Pihak sekolah telah menerima sebanyak 63 permohonan, namun hanya 50 tempat sahaja yang ditawarkan bagi mengisi kekosongan.

Bagi melicinkan lagi urusan kemasukan murid ke kelas prasekolah 2017, Tuan/Puan yang telah BERJAYA dalam pemilihan ini diminta hadir mendaftar pada ketetapan berikut :

Tarikh  : 05 November 2016 (Sabtu)
Masa    : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
Tempat : Pusat Sumber, SK Desa Pinggiran Putra

Dengan membawa bersama dokumen berikut :

  • Borang Butir Diri yang telah lengkap diisi (yang dilampirkan)
  • 4 keping gambar pasport (tulis nama di belakang setiap gambar)
Disamping itu, perlantikan Jawatankuasa Prasekolah (PEWARIS) dari kalangan ibu bapa/penjaga murid turut akan diadakan dalam mesyuarat ini bagi memastikan perlaksanaan pengurusan prasekolah dapat berjalan dengan lancar pada tahun 2017.

Tuan/Puan dianggap menolak tawaran ini sekiranya gagal hadir untuk mendaftar. Kerjasama dan perhatian Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

No comments:

Post a Comment