Tarikh : 17 Mei 2017
Masa : 7.30 pagi - 2.30 petang
Tempat : Dominos Pizza, Bangi & Farm In The City, Sri Kembangan
Program lawatan sambil belajar merupakan salah satu aktiviti tahunan Prasekolah SK Desa Pinggiran Putra. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberikan pengalaman semulajadi kepada murid-murid prasekolah terhadap kehidupan semulajadi flora dan fauna disamping memupuk sifat ingin tahu dalam diri murid-murid prasekolah tentang keadaan di sekeliling mereka.
Program lawatan prasekolah pada kali ini juga adalah dengan kerjasama En. Alias daripada Syarikat Hani Genius yang bertindak sebagai pemandu arah bersama-sama dengan seorang pembantu beliau iaitu En. Zaki. Rombongan lawatan ini diiringi oleh 5 orang guru daripada Prasekolah dan PPKI serta 3 orang PPM dan turut disertai oleh 52 orang murid termasuk 12 orang murid daripada Program Pemulihan Khas Integrasi (PPKI).
Bas yang kami naiki memulakan perjalanan dari sekolah pada jam 8 pagi. Destinasi pertama kami adalah ke Dominos Pizza yang terletak di Seksyen 3, Bangi. Perjalanan dari sekolah ke sini mengambil masa lebih kurang setengah jam. Murid-murid sempat bersarapan pagi di dalam bas sebelum tiba ke destinasi yang dituju. Sejurus tiba di premis tersebut, kami telah disambut oleh Pengurus Dominos Pizza yang bertugas iaitu En Azman. Murid-murid dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil untuk sesi lawatan di sekitar dapur dan juga untuk melihat dengan lebih dekat demonstrasi untuk membuat roti pintal dan pizza.
Murid turut berpeluang untuk menghasilkan sendiri roti pintal dengan bimbingan daripada pekerja-pekerja di sana. Disamping dapat melihat demonstrasi, kami juga telah dihidangkan dengan pizza serta roti pintal yang dihasilkan oleh murid-murid. Sebelum balik, setiap murid dan guru telah dibekalkan dengan sekeping pizza saiz personal daripada En. Azman dan kami berpeluang bergambar kenang-kenangan bersama-sama sebelum menaiki bas.
Seterusnya, pada jam 10.30 pagi, kami memulakan perjalanan ke Farm In The City yang terletak di Sri Kembangan. Perjalanan ke Farm In The City memakan masa hampir setengah jam. Setibanya di Farm In The City, kami telah disambut oleh petugas di sana. Sementara menunggu En. Alias menguruskan pas masuk, kami telah ditaklimatkan oleh petugas di sana perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan di dalam taman ini. Contohnya, apa yang perlu dilakukan semasa memberi makan kepada haiwan, jangan berlari-lari atau menolak kawan-kawan dan sebagainya. Selepas memastikan setiap murid mempunyai pas masuk masing-masing petugas telah membahagikan murid kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan lelaki dan perempuan. Terlebih dahulu kami telah dibawa untuk menyaksikan persembahan burung kakak tua. Semua murid tekun dan kagum menyaksikan kebijaksanaan 3 ekor burung kakak tua yang membuat persembahan.
Kemudiannya, murid telah dibawa berjalan di sekitar Farm In The City. Kebanyakan haiwan jinak seperti kambing, kambing biri-biri, ayam, burung di sini dibiarkan bebas dengan pengawasan. Murid-murid sungguh teruja dapat memberi makan kepada haiwan-haiwan tersebut. Murid-murid juga berpeluang untuk memberi makan kepada kura-kura gergasi yang merupakan antara haiwan yang tertua di sana. Murid-murid telah dibawa bersiar-siar ke kolam ikan koi di mana terdapat beratus-ratus ikan koi yang bersaiz besar di dalam kolam tersebut. Aktiviti yang sangat menyeronokkan ialah apabila murid diberi peluang untuk menangkap ikan-ikan kecil di dalam kolam kecil. Ada diantara murid hampir terjatuh ke dalam kolam kecil tersebut kerana berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ikan.
Murid-murid telah memberikan perhatian yang sangat baik semasa sesi penerangan oleh petugas di sana tentang hidupan di taman tersebut, Walaupun ada kalanya sesetengah murid sukar untuk dikawal namun guru-guru pengiring telah memainkan peranan masing-masing dengan amat baik. Kami telah berhenti rehat untuk makan tengah hari di Restoran Nasi Briyani yang terletak di Saujana Impian bersebelahan dengan Tesco Kajang pada jam 1.30 petang. Murid-murid telah dihidangkan dengan menu nasi ayam dan air sirap. Walaupun kepenatan tetapi juadah yang dihidangkan di makan dengan penuh berselera.
Kami bertolak pulang pada jam 2.15 petang dan tiba di sekolah pada jam 2.45 petang. Pengalaman baru yang diperolehi oleh murid pada sesi lawatan pada kali ini sesuatu yang sangat berharga buat mereka dalam meniti kehidupan yang mendatang. Walaupun masing-masing kepenatan namun di wajah mereka jelas terpancar kegembiraan dan kepuasaan kerana dapat berjalan bersama rakan-rakan dan guru-guru. Disamping kegembiraan dan pengalaman yang diperolehi, aktiviti lawatan ini juga diharapkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid disamping memupuk perkembangan jasmani, rohani, emosi, intelek dan sahsiah selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Gambar:
|
Murid berkumpul di prasekolah sementara menunggu bas tib |
Murid berbaris sebelum menaiki bas
|
Kegembiraan jelas terpancar di wajah masing-masing |
|
Tiba di Dominos Pizza, seksyen 3 |
|
Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan sebelum sesi lawatan di sekitar premis |
|
Murid perlu membasuh tangan terlebih dahulu sebelum dibawa melawat |
|
Murid dipakaikan topi khas untuk tujuan kebersihan |
|
Sesi penerangan oleh Pengurus Dominos, En. Azman |
|
Murid berpeluang menghasilkan roti pintal |
|
Hasilnya.... |
|
Demonstrasi membuat pizza oleh pekerja di sana |
|
Murid menjamu selera dengan sekeping pizza dan roti pintal selepas selesai sesi lawatan di Dominos |
|
Bergambar kenang-kenangan di luar premis sebelum bergerak ke destinasi seterusnya
|
|
Tiba di Farm In The City |
|
Sesi penerangan oleh petugas Farm In The City |
|
Masing-masing teruja melihat haiwan di sana |
|
Menyaksikan persembahan burung kakak tua |
|
Khusyuk dan tekun masing-masing... |
|
Murid berpeluang memberi makan kepada kura-kura gergasi |
|
Kenyang kura-kura dapat makan banyak hari ni..:) |
|
Takut-takut berani nak pegang rusa.. |
|
Jumpa biri-biri pula.. |
|
Boleh bagi makan lagi.. |
|
Dah puas beri makan pada haiwan, kita tangkap ikan pula.. |
|
Murid lain takut bila suruh pegang anak ayam ni.. |
|
Anak ular sawa.. |
|
Guru-guru dan PPM prasekolah |
|
Lepas penat melawat kita menjamu selera dahulu |
|
Makan banyak-banyak ye, lepas ni kita nak balik sekolah:) |
2 comments:
If you're trying to lose weight then you need to start using this brand new tailor-made keto meal plan diet.
To produce this keto diet service, certified nutritionists, fitness trainers, and chefs have united to develop keto meal plans that are powerful, convenient, money-efficient, and delightful.
Since their launch in 2019, hundreds of individuals have already completely transformed their figure and health with the benefits a smart keto meal plan diet can give.
Speaking of benefits; in this link, you'll discover 8 scientifically-certified ones given by the keto meal plan diet.
Use this diet hack to drop 2 lb of fat in just 8 hours
More than 160 thousand women and men are hacking their diet with a easy and SECRET "liquids hack" to burn 2lbs each and every night while they sleep.
It is very easy and works all the time.
This is how you can do it yourself:
1) Go grab a drinking glass and fill it half glass
2) And then use this amazing HACK
and become 2lbs thinner the next day!
Post a Comment