Friday 12 May 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN

 Tarikh : 8 Mei 2017
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi - 8.30 pagi

Guru Bertugas:
1) Pn. NurHafiza binti  Mohamad Ramdzan
2) Pn. Rozayma binti Zaman
3) Pn. Hannah Najihah binti Abdul Razak
4) En. Hazim bin Harun
5) Pn. Umi Nazihah binti Che Ghani


Pengacara Majlis : Pn. Nor Hafiza binti Mohd Ramdzan
Pembaca Doa : Adik Alif Firhan
Pembaca Ikrar : Adik Amirul Hakim bin Zamri

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas

(Puan Norlizawati binti Mohd Razali )

1. Disiplin

- Keadan murid sewaktu berada di dewan terbuka masih kurang memuaskan. Murid bising semasa berada di dewan terbuka selepas waktu rehat.

2. Kantin

- Murid diingatkan sekali lagi supaya meletakkan pinggan yang telah digunakan ke dalam besen yang telah disediakan oleh pihak pengurusan kantin. Murid turut diingatkan supaya tidak meninggalkan sebarang sampah atau pembalut makanan di atas meja di kantin.

3. Kitar Semula

- Sangkar kitar semula perlulah digunakan dengan sebaiknya. Murid perlu mengenalpasti terlebih dahulu ruangan yang betul sebelum membuang sesuatu bahan sama ada palstik, kaca atau kertas. Jangan dibuang benda yang tidak berkaitan atau sampah yang busuk di dalam sangkar kitar semula.


Laporan Keceriaan Kelas

Tahap 1

1) 3 Cheetah - 76%
2) 3 Jaguar - 72%
3) 3 Puma - 69%

Tahap 2

1) 6 Exora - 75%
2) 5 Amanah - 73%
3) 4 Bakawali- 72%

Laporan Disiplin

(Ustazah Salwa binti Mohd Hadi)

1. Pas Keluar

- Pas keluar perlu dipakai bukan dipegang semasa ingin keluar dari kelas atas sesuatu urusan. Hanya seorang murid dibenarkan keluar untuk satu pas yang dipakai. Elakkan untuk keluar berdua atau lebih daripada seorang dengan menggunakan satu pas. Selesaikan urusan dengan segera dan kembali ke kelas juga dengan segera.

2. Bergurau Kasar


- Murid juga diingatkan supaya tidak bergurau secara berlebihan. Elakkan penggunaan bahasa yang kasar semasa bergurau dan jangan bergurau secara fizikal. Elakkan juga bergurau dengan memalukan rakan di depan rakan yang lain. Bergurau ada batasannya.

3. Berlari di Kawasan Koridor

- Murid diingatkan supaya berjalan dengan elok di kawasan koridor dan tidak berlari.



Ucapan Pentadbir
(En. Rosdin bin Ibrahim)

1. Disiplin murid

- Murid hadir ke sekolah dengan muka dan hati yang gembira. Niatkan segala yang baik apabila hadir ke sekolah.



Laporan Mingguan
(Puan Rozayma binti Zaman)

1.      Taklimat “Suku-suku Separuh”

-         Program pinggang sihat Malaysia bertujuan meningkatkan pengambilan buah, bijiran penuh, protein dalam diet yang lebih sihat.
-         5 mesej utama :

-         Makan 3 hidangan utama.

-         Makan 1 hingga 2 makanan ringan yang sihat jika perlu.

-         Pastikan ½ bijian yang diambil adalah bijian penuh.

-         Makan masakan di rumah dengan lebih kerap.


GAMBAR :
















1 comment:

Blogger said...

Water Hack Burns 2 lb of Fat OVERNIGHT

Well over 160 000 men and women are hacking their diet with a simple and secret "liquid hack" to drop 1-2 lbs each and every night while they sleep.

It's scientific and it works on anybody.

This is how you can do it yourself:

1) Go get a clear glass and fill it up half full

2) Proceed to use this weight losing HACK

and you'll become 1-2 lbs thinner the next day!

Post a Comment