Wednesday, 20 September 2017

Program Minggu Ini

Perkara 1:  Latihan/Raptai/Acara Akhir Sukan Tahunan
Latihan/Raptai/Acara Akhir Sukan Tahunan akan diadakan pada 18 hingga 21 September 2017 (Isnin hingga Khamis).  Murid tidak perlu membawa buku/beg.  Bawa air minuman.

Perkara 2: Gotong-royong Perdana
Gotong-royong perdana akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh          :    23 September 2017
Hari             :    Sabtu
Masa           :    08.00 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat        :    SK Desa Pinggiran Putra
Oleh itu, mohon kerjasama semua ibu bapa/penjaga murid untuk hadir bagi membantu persiapan padang dan membawa sebatang pokok buah-buahan atau sebatang pokok bunga (tanaman bunga hias, tanaman hias dan juga tanaman pelindung) setiap satu keluarga untuk menjayakan Program Dusun@MySchool dan Program Bungaceria@MySchool.

Perkara 3: Pengisian Sukan Tahunan  
Sukan Tahunan akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh          :    24 September 2017
Hari             :    Ahad
Masa           :    08.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat        :    Padang SK Desa Pinggiran Putra

Acara/Aktiviti yang disediakan:
  1. Senamrobik - 7.30 pagi - Ibu bapa dijemput bersenam bersama-sama
  2. Gerai Jualan Makanan dan Minuman
  3. Cabutan Bertuah
  4. Acara Menarik untuk Ibu Bapa(Kayuh basikal lambat, bowling belon dll)
  5. Booth SPR/NGO/Bank
  6. Kaunter PIBG - di lobi sekolah
    1. Sumbangan PIBG RM50.00 sekeluarga (bagi yang belum menjelaskan)
    2. Projek Tiles RM20.00 sekeluarga
Kerjasama ibu bapa untuk hadir dan memastikan kehadiran anak/jagaan tuan/puan ke sekolah.

Perkara 4:  Cuti Sekolah
Sekolah akan bercuti pada 22 September 2017 (Jumaat) sempena Awal Muharram dan 25 September 2017 (Isnin) sempena Sukan Tahunan.  Murid-murid akan kembali bersekolah semula pada 26 September 2017 (Selasa).

*Rumusan:

  1. 18 - 21 September 2017 (Isnin - Khamis) - Latihan/Raptai  Sukan.  Tidak perlu bawa buku/beg.  Bawa air minuman secukupnya.
  2. 22 September 2017 (Jumaat) : Cuti Umum
  3. 23 September 2017 (Sabtu) : Gotong-royong Perdana
  4. 24 September 2017 (Ahad) : Sukan Tahunan
  5. 25 September 2017 (Isnin) : Cuti Peristiwa
  6. 26 September 2017 (Selasa) : Sekolah seperti biasa

1 comment:

Blogger said...

Water Hack Burns 2lb of Fat OVERNIGHT

More than 160 thousand men and women are utilizing a simple and SECRET "water hack" to lose 1-2lbs every night as they sleep.

It's painless and works with anybody.

Here are the easy steps for this hack:

1) Go grab a glass and fill it with water half glass

2) Then do this amazing hack

and you'll be 1-2lbs lighter the very next day!

Post a Comment